Saturday, February 19, 2011

Penalti pun penalti lah

Kelantan menang malam ini dalam perlawanan pertama Piala FA apabila berjaya menumpaskan TTeam dengan kemenangan dari sepakan penalti yang memihak kepada Kelantan 6-5. Pemain pertahanan TTeam, NorFadzli tidak berjaya menjaringkan gol dalam sepakan penalti terakhir taid dan memberikan kemenangan kepada Kelantan setelah perlawanan seri dengan 1-1 setelah tamat 90 minit dan 30 minit masa tambahan.

Secara keseluruhannya, Kelantan tidak bermain pada prestasi sebenar malam ini.Mungkin taktik Datuk Karathu tidak menjadi apabila Subramaniam yang dimasukkan untuk posisi pertahanan tengah dilihat gugup dan seringkali hilang bola. Nurul Azwan Roya juga tidak menunjukkan aksi seperti perlawanan sebelum ini. Pertahanan Kelantan seringkali kucar kacir apabila TTeam menyerang dengan gandingan Indra, NorFarhan dan Haris Safwan mereka.

Kelantan terlebih dahulu mendahului melalui Rizal Fahmy. TTeam kemudiannya menyamakan kedudukan dengan rembatan kencang Indra Putra. Kelantan berpeluang memenangi perlawanan pada masa sebenar apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit-akhir perlawanan malangnya NorShahrul mensia-siakan peluang tersebut apabila sepakannya melepasi palang gol TTeam.

Azizi Mat Rose , bak kata pengulas beraksi cemerlang mengawal setiap pergerakan NorShahrul Idlan. Piya dan Shakir kelihatan seperti hilang idea malam ini dan Piya digantikan dengan Daniel Fadli pada separuh masa kedua.

Kemenangan ini memberikan satu kepuasan kepada Kelantan kerana 3 pemain utama musim lepas, Indra, NorFarhan dan Azizi Mat Rose berhijrah secara tiba-tiba ke TTeam. Rasanya semua pemain dan penyokong Kelantan berpuas hati dengan kemenangan malam ini meskipun terpaksa menunggu sehingga kepada sepakan penalti.

Semoga Kelantan akan mara lebih jauh dalam saingan Piala FA.

p/s Cakap-cakap dari orang ganu, Mat Said sangat marah malam ini dengan TTeam dan mungkin Norfadzli yang 'miss' sepakan penalti akan dibuang dan berkerja dengan T Lekor nanti. Yunus Alif juga akan disuruh berkerja dengan T dagang (bak kata rumate aku).

Apa -apa pun penalti memang mendebarkan. Pakcik depan aku tadi membuat tumbukan padu ke udara apabila Kelantan menang. Tahniah Kelantan.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share