Thursday, February 3, 2011

Pergolakan di Mesir..persoalan kita harus jawab

Pergolakan di Mesir sudah masuk hari ke 9 hari ini. Tanda-tanda bahawa pihak pro demokrasi untuk kembali aman tidak kesampaian meskipun Presiden Hosni Mubarak memberi jaminan bahawa dia tidak akan bertanding dan akan meletakkan jawatan pada september ini. Pihak pro demokrasi tidak mempercayai kata-kata presiden tersebut dan memberi tempoh sehingga esok agar regim Mubarak turut daripada jawatan. Pergolakan dilihat semakin buruk apabila pihak penyokong Mubarak turut keluar ke bandar-bandar besar Mesir dan di sesetengah tempat mereka bertempur dengan pihak pro demokrasi.


Ramai pihak beranggapan, Hosni Mubarak berdepan dengan dilema. Ramai mengetahui bahawa Mubarak adalah sekutu dengan Israel dan Amerika Syarikat. Dia telah memerintah Mesir dalam tempoh yang lama dan telah menjadi seperti seorang diktator. Rakyat Mesir sudah hilang sabar dan itulah punca berlakunya pergolakan di sana. Semua mata tertumpu kepada Mesir sekarang ini menunggu apa tindakan selanjutnya yang akan diambil Mubarak. Mubarak seolah-olah tidak mahu tunduk pada tuntutan pro demokrasi dan masih berdegil mahu memegang jawatan. Ini memburukkan lagi suasana disana apabila ada pihak yang mengatakan Mubarak mencipta rusuhan diantara demonstrasi pihak pro demokrasi dengan mengarahkan polis berpakaian biasa melakukan kekasaran.

Pergolakan di Mesir juga telah menunjukkan impaknya kepada Tunisia dimana presidennya menyatakan tidak akan bertanding pada penggal baru nanti. Negara-negara arab lain juga turut menanti perubahan politik Mesir. Kenapa Mesir penting di Timur Tengah?


Satunya, Mesir merupakan sekutu kuat Amerika dan Israel. Dengan turunnya Mubarak, pihak pembangkang yang akan naik mungkin akan menukar polisi baru dan ini yang ditakuti oleh Amerika dan terutama sekali Israel. Palestina serta Hamas turut menyokong pihak pro demokrasi Mesir dan sekiranya pembangkang memerintah di Mesir, haluan Israel di Timur Tengah mungkin terancam.

Keduanya, Mesir mempunyai kepentingan ekonomi yang tersangat penting di terusan Suez. Negara eropah dan Amerika memerlukan Mesir agar kapal-kapal dagang mereka dapat melalui terusan Suez terus ke laut Mediterranean dengan selamat.


Ketiganya, pihak pro demokrasi di Mesir adalah penyokong kuat Islam. Kerajaan Iran sejak dari dulu lagi meskipun bermazhab Syiah tidak sekufu dengan Mubarak. Mubarak dilihat banyak menindas orang Islam di Mesir.

petikan-petikan dibawah dipinjam daripada blog Faisal Tehrani.

Ayatullah Ruhullah Khomeini juga menegaskan tentang Hosni Mubarak, “This second president that has been forced on the nation [Hosni Mubarak] imagines that he will reign in Egypt as the other one [Anwar Sadat] did. Before he became president he announced his solidarity with Israel and America. He overlooked that the people threw his predecessor into hell; they will do the same to him. Egypt must know that if they rise as Iran rose they will be successful. The Egyptian nation should not fear martial law; should disregard it just as Iran broke the martial law and came into the streets. The Egyptian scholars should stand up and defend Islam.” (Sahifah-i Imam, jilid.15,  halaman.285)

Jadi boleh dilihat secara lebih mendalam sekiranya pihak pro demokrasi berjaya di Mesir, pasti satu revolusi Islam yang baru dapat ditegakkan di rantau timur tengah. Revolusi yang terakhir yang berjaya adalah revolusi Iran pada tahun 70-an dulu. Orang -orang Yahudi serta Kristian amat takut kepada revolusi Islam yang baru. Ini kerana sekiranya revolusi Islam di Mesir berjaya dan Mubarak digulingkan sama seperti Anwar Sadat dulu maka negara-negara Islam lain di Timur Tengah akan mengambil contoh dan cuba melakukan benda yang sama. Israel adalah negara yang paling takut sekarang. Tidak mustahil, Israel dan Amerika Syarikat akan menggunakan helah dalam meruntuhkan revolusi Islam di Mesir ini.

Bagaimana pula dengan negara kita?

Kita sendiri maklum, kerajaan kita sudah menghantar misi Piramid untuk mengambil balik seramai 11000 (anggaran) pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir. Mereka berada dalam ketakutan di sana. Meskipun begitu, langkah kerajaan ini dilihat sedikit lewat dan seperti takut kepada kuasa besar lain. Malaysia dan Mesir sudah mempunyai hubungan sejak dari dulu lagi. Ramai anak-anak muda melanjutkan pengajian di Universiti Al Azhar (universiti tertua). Bukan saja dalam bidang pengajian islam tapi dalam bidang perubatan. Dalam usaha menyelamatkan pelajar dan rakyat Malaysia disana, ada juga berbunyi unsur-unsur politik.Ada pihak berkata patut diselamatkan pelajar yang mendapat tajaan JPA dan MARA sahaja malah ada yang mengatakan bahawa hanya orang-orang yang sokong UMNO diberi keutamaan pulang ke Malaysia.


Kenapa perlu mempolitikkan benda sebegini? Salahkan pelajar Malaysia yang menyokong PAS contohnya yang belajar di Mesir? Kenapa perlu dianaktirikan. Aku akui ramai juga mengetahui ramai anak-anak muda Kelantan yang melanjutkan pelajaran dalam bidang agama di Mesir. Dan stereotype dibina dimana jika anak-anak muda yang belajar agama maka mereka adalah penyokong PAS. Tak kira apa juga pegangan politik anak-anak muda di Mesir, mereka semua adalah rakyat Malaysia dan kerajaan bertanggungjawab terhadap semua rakyat Malaysia. Diharapkan semoga semua rakyat Malaysia di Mesir selamat dan berjaya pulang ke tanahair.

Satu isu lain yang berkaitan dengan Mesir dan Malaysia adalah adakah rakyat Malaysia mampu buat seperti yang dilakukan oleh rakyat Mesir?

baca dibawah nie (dipetik juga daripada blog Faisal Tehrani)


Dua ahli akademik Israel, Prof. Tamir Sheafer dan Dr. Shaul Shenhav menulis untuk Journal of Conflict Resolution menyatakan meskipun tahap demokrasi di Malaysia adalah rendah, aspirasi rakyat terhadap demokrasi juga rendah yang membolehkan pemerintah terus berkuasa, lantas mengelakkan 'kebangkitan popular rakyat' seperti yang terjadi di Tunisia dan Mesir. Mungkin juga ahli sains politik Yahudi tersebut memaksudkan rakyat di Malaysia 'kurang cerdik politik' atau 'tidak celik demokrasi' berbanding rakyat Mesir.

"In Jordan, Algeria and Malaysia, however, the findings point to a "positive democratic gap" and a coup is unlikely. In these countries, although they are not characterized by a high level of democratization, the citizens' democratic aspirations are lower, and in such a situation the danger of governmental instability is smaller."


Apa yang boleh kita rumuskan daripada petikan diatas? Adakah Israel beranggapan bahawa rakyat negara kita penakut ataupun tidak cerdik? Adakah mereka yakin bahawa parti pemerintah di Malaysia akan terus memerintah negara ini tidak kira apa jua yang terjadi dan pembangkang akan terus bermimpi di siang hari? Kenapa Israel mengambil kisah mengenai politik negara kita?
jawapannya terletak di selatan tanah air.Singapura. Singapura memang semua maklum adalah sekutu kuat kepada Amerika Syarikat. Mereka juga bimbang sekiranya pembangkang mengambil alih negara ini, politik di laluan selat melaka akan berubah. Laluan selat melaka adalah yang tersibuk di dunia.Masing-masing mahu menjaga kepentingan ekonomi di laluan ini.

Tapi persoalan harus ditanya kepada semua rakyat Malaysia. Tak kira yang berpegang kepada dacing atau bulan. Adakah kita mahu situasi yang berlaku di Mesir terjadi di Putrajaya ataupun di Kuala Lumpur sebagai contohnya? Adakah kerajaan BN merasa terlalu selesa dengan 50 tahun lebih memerintah Malaysia. Adakah pihak pembangkang boleh lagi sabar dengan ketidak adilan yang ada di Malaysia?

Sama-sama kita renung dan fikir. Apa yang kita mahu untuk anak dan cucu kita? Jangan sekadar fikir untuk kebaikan kita tapi untuk generasi akan datang. Jika hari ini minyak dah bernilai hampir RM3 untuk RON97 dan pasti selepas ini RON95 akan naik juga, bayangkan berapa harga minyak di Malaysia untuk 10 tahun lagi. Berapa banyak lagi tanah orang Melayu akan dijual sewenang-wenangnya. Berapa banyak lagi surau akan diroboh dengan alasan pembangunan. Berapa ramai lagi kaum Cina akan berhijrah ke Amerika. Berapa ramai lagi kaum India akan terus menoreh getah dalam estet-estet. Berapa lama lagi kaum pribumi akan terus menetap dalam hutan.

Fikir dan tentu la sendiri. Tengok sekeliling. Buka mata. Buka minda.

3 comments:

  1. Walaupun Mesir bukan negara pengeluar minyak utama namun ia amat penting bagi Amarika dan barat kerana Mesir lah yang mengawal Terusan Suez. Terusan yang menbolehkan kapal2 dagang melauinya. Jika tidak, masa perjalaan akan bertambah selama 6 hari.

    Amerika sering mengatakan meraka ada pro demokrasi dan anti kekejaman, skarang apa dah jadi?

    ReplyDelete
  2. errmm.. cuba try tengok pendapat saya plak...

    http://zulfikarhazri.blogspot.com/2011/01/dilema-seorang-fresh-graduate.html

    ReplyDelete
  3. suhanasoft: Surat is one of the great commercial hub of India. it increases India's economy. Surat has many industries like textile industry, silk, chemical industry etc but the one which has most strong influence on economy is http://www.shoppingsurat.com/surat-diamond-jewellry.Diamond Industry of Surat. It is the only city of India where diamond industry has grown up. More or less 250,000 workers work over here daily . In the year 2005 this industry cut 95% of the world's diamond pieces and earned India $15 billion in exports. By the 1970s Surat-based diamond cutters began exporting stones to the US for the first time. Though much of the polishing work takes place on small weight stones, Surat's diamond businessmen have set their eyes on the lucrative market for finishing larger, pricier stones in the future. According to ‘Wall Street journal’,80% of the world's finished diamonds are cut and polished in this city.

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share