Monday, February 21, 2011

Seorang penjual ABC


Penjual ABC baru sahaja melabuhkan punggung dalam van buruk kecik milik ayahnya. Dia berfikir panjang. Kelihatan peluh di dahinya. Hari ini dia puas hati.Cuaca di sisinya. Tapi pada kebanyakan hari yang lain, baru sahaja dia membuka bonet vannya, angin mula bertiup kuat, petanda hari akan hujan. Tetapi dia cekal.

Penjual tadi mula membuka tingkap vannya. Membiarkan angin menerpa masuk ke dalam. Memberikan satu kelegaan. Matahari memancar terik hari ini. Dan dengan itu, wang penjualannya juga meningkat. Tetapi ada masanya, dia langsung tidak peroleh apa-apa. Dia tidak kecewa. Walhal sudah banyak kali dia termenung sendirian. Memikirkan masa depannya.

"Apa yang boleh aku buat"

"Apa lagi yang tak cukup?"

Pertanyaan yang sering dia utarakan dalam benak mindanya. Tetapi dia bersyukur. Walaupun hari selalu hujan, dia tahu, ada hari , matahari akan bersinar. Dia tetap bersabar. Kerana dia tahu Allah akan beri nikmat kepada mereka yang sabar. Dia tetap sabar walaupun perniagaanya ibarat kais pagi makan pagi sahaja. Tetapi itu saja dia tahu.

Dia sudah berusaha. Dia sudah ikhtiar. Tapi apakan daya. Cuaca bukan sesuatu boleh dikawal. Tetapi dia tetap akan cekal dan tabah. Selama mana dia boleh bermimpi, selama itu dia akan terus berniaga.

Sebab dia tahu, ada pelanggan setianya yang akan menunggu ABC nya. Dia tahu, pelanggan-pelanggan setianya akan datang membeli ABC daripadanya. Dia tidak akan berganjak. Dia akan tetap di situ.

Penjual tadi menghidupkan vannya.Kedengaran enjin buruk van putih itu apabila dihidupkan oleh tuannya. Penjual meneruskan pemanduannya. Membelah jalan. Mengharap pada hari esok. Bermimpi untuk yang lain.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share