Wednesday, February 23, 2011

UPM ..Untuk Pelajar Matang

Pilihanraya kampus yang dijalankan serentak pada hari Isnin lepas telah melihatkan satu perubahan dalam arus politik bagi IPTA di dalam negara kita. UM dan UKM dikatakan telah dikuasai oleh pihak pro mahasiswa. Pro mahasiswa seringkali dilabelkan sebagai anak buah parti pembangkang manakala pro aspirasi yang sebelum ini menguasai hampir semua IPTA pula dikatakan sebagai anak buah HEP atau pihak kerajaan.UIA dan UITM bermula lambat pilihanraya kampus dan UIA dikatakan juga akan dikuasai oleh pro mahasiswa.

Bila dilihat balik kepada suasana pilihanraya kampus ini, pasti rakyat Malaysia akan meneliti perkembangan mahasiswa sebagai anak muda yang menggalas tanggungjawab masyarakat untuk menjadi tonggak negara masa depan. Jadi tak heranlah apabila suasana pilihanraya kampus dikatakan mirip kepada pilihanraya umum. Banyak insiden-insiden yang berlaku yang boleh terjemahkan sebagai satu perkembangan paradigma mahasiswa.

Aku secara jujurnya tidak mahu terlibat dengan pergerakan politik kampus. Malah, aku akui merit aku di UPM ini boleh dibilang dengan jari. Tetapi aku sedar, mahasiswa mempunyai hak untuk bersuara. Kenapa perlu kita berdiam diri sekiranya hak yang sepatutnya kita dapat , dinafikan oleh sesetengah pihak?

Seperti yang aku katakan pada entri sebelum ini, bagi aku, mana-mana calon pun yang akan terpilih menjadi MPP universiti nanti, adakah mereka dapat kotakan apa seperti yang mereka katakan sebelum pilihanraya. Aku tidak saja tujukan kepada pro aspirasi malah kepada pro mahasiswa sendiri. Kerana , sistem pentadbiran di IPTA kita nie masih dibawah kekangan AUKU dan kuasa muktamad adalah HEP. Mahasiswa kita tidak boleh bergerak sangat. Negara kita tidak seperti Indonesia yang mana mahasiswa nya sendiri bergerak di jalanan menjatuhkan pemimpin negara, atau seperti di UK dimana pelajar universiti membuat demonstrasi membantah kenaikan yuran. Mahasiswa negara kita lemah dan puncanya adalah AUKU.

Adakah salah untuk mahasiswa meluahkan isi hati mereka? Bagi mereka yang menyokong AUKU, mereka berpendapat bahawa mahasiswa perlu menjaga tatatertib  pelajar yang terpilih untuk masuk dalam universiti. Tetapi masalahnya, segala permasalahan pelajar universiti tidak diendahkan dalam kota-kotak cadangan atau dalam mesyuarat HEP. Jika kita lihat pada sejarah lalu, kebanyakkan pemimpin negara kita semasa dalam universiti turut bergerak di jalan-jalan raya. Tetapi setelah AUKU dilaksana, mahasiswa terkongkong. Dan sekarang ini semua orang menuding jari kepada mahasiswa atau graduan apabila ramai graduan yang keluar menganggur. Salah mahasiswa? Selidiki dulu kenapa mahasiswa sekarang kurang kemahiran berfikir dan banyak lagi seperti yang selalu diuar-uarkan oleh media dan pemimpin apabila berbicara mengenai mahasiswa dan penggangguran. Bagi aku, punca utama adalah AUKU. Aku tidak kata AUKU patut dihapuskan tetapi AUKU patut digubal semula.Beri lebih ruang kepada mahasiswa.

Sebagai contoh, aku tak amek jauh, aku amek kolej aku sendiri. Jawatankuasa yang dipilih sekadar melepas batuk ditangga. Mungkin ada pelajar yang betul-betul layak untuk memimpin kolej tetapi tidak nampak.Apa sumbangan jawatan kuasa ini untuk pelajar kolej yang lain? Buat sukaneka. Buat program yang syok sendiri je aku selalu nampak Langsung tiada program yang menampak ciri-ciri pelajar universiti. Sekurang-kurangnya kolej patut meriah dengan aktiviti atau program yang dapat tambah ilmu dan kemahiran kepada pelajar. Contoh di UDM dahulu ada jugak program keagamaan meskipun kecil tetapi sekurang-kurangnya terisi dengan ilmu agama. Aku puji kepada k14 sebab pada hujung minggu lepas mengadakan karnival. Karnival yang dianjurkan oleh mereka bagi aku sangat meriah dan berbaloi. Menaikkan nama k14 dan menambah kemahiran dan pengalaman kepada seluruh jawatankuasa k14.Aku juga dengar universiti lain mengadakan lawatan ke luar negara. Tetapi UPM? sekadar membawa geng MPP dan jawatan kuasa kolej tetapi hasil kerja kepada Kolej langsung tiada.Alasan tipikal yang diberikan pelajar, duit takde, HEP tak bagi, takde masa, pelajar tak berminat, susah la.boo...freaking ..hoo

Ok, berbalik kepada senario pilihanraya kampus di UPM. Semalam (tak silap) UPM iaitu melalui HEP membatalkan kemenangan 10 calon pro m yang menang dalam pilihanraya isnin lepas.. Pagi ini (kalau tak silap) setelah media (malaysian insider dan malaysiakini) melaporkan mengenai pembatalan kemenangan berkenaan, pihak KPT telah menggesa UPM agar menarik balik pembatalan berkenaann.TNC UPM setelah diberitahu oleh KPT, telah menarik balik pembatalan kemenangan calon pro m. Alasan UPM kepada pembatalan kemenangan tersebut adalah calon-calon pro m didapati berkempen secara berkumpulan dan itu adalah salah dari segi akta berkempen (itu jawapan UPM). Pihak pro m UPM telah berkampung didepan pejabat HEP mulai pagi tadi menggesa agar TNC menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.Meskipun pro m diberikan balik kemenangan, pihak mereka masih mendesak agar TNC memberitahu dan menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi. Malah, dikatakan petang tadi, berlaku pergelutan antara pihak keselamatan dan pihak pro m di bangunan HEP.

Apa yang kita dapat daripada semua ini? Malu? tak jugak.Ok, daripada pandangan aku, apa sebenarnya yang UPM nak jelaskan. Kenapa pihak UPM dilihat mengambil langkah terdesak untuk menidakkan kemenangan calon pro m. Sekiranya pro-m didapati bersalah dalam berkempen sepatutnya memberitahu lebih awal. Jika pro m didapati bersalah sepatutnya membatalkan kesemua calon-calon pro m, samada yang kalah dan yang menang dan jalankan pilihanraya sekali lagi. Aku rasakan geng pro aspirasi turut berkempen secara berkumpulan.Dan semasa berkempen juga, geng pro m dah adakan gerakan mengangkat keranda di bangunan pentadbiran sebagai simbolik kepada kematian demokrasi di UPM.

Dalam segala kekalutan ini, yang menjadi mangsa adalah UPM, staf-stafnya serta tenaga pengajar dan pelajar UPM. Aku tak sokong sepenuhnya pro m . tak juga sokong pro aspirasi.Betul, suara mahasiswa perlu didengari tetapi aku tidak mahu menjejaskan masa depan aku. Pro aspirasi pula tidak seharusnya melihat pro m salah semua segi. Bagi aku pro m dan pro aspirasi perlu wujud bersama. Bersama mengimbangi masing-masing. Sama seperti politik negara kita, Pakatan rakyat perlu ada untuk mengimbangi BN. Tetapi aku tidak bermaksud untuk neutral. Dalam dunia ini kita perlu memilih. kita perlu pilih hitam atau putih. Hijau atau biru. Jahat atau baik. Syurga atau neraka.Tiada ketetapan untuk berdiri diatas pagar.Apa pun yang kita pilih, kita perlu bertanggungjawab diatasnya. Seperti hidup, setiap hari kita mengambil risiko, dan risiko itu kita perlu jadi matang dan kawal serta kuasai apa yang kita pilih diatas risiko yang kita ambil.

Sebagai pengakhirannya, kita sendiri fikir dan tentukan sendiri. Aku sebagai pelajar UPM , tetap terasa bahang tetapi selagi sessi pelajaran aku tidak tergangguu, aku ok.

 ok..ini petikan aku jumpa daripada blog ini.dan aku rasa ini daripada Pro Aspirasi UPM.

 
 
dua petikan diatas berkaitan dengan pembatalan dan penarikan balik. Sumber dipetik daripada Ameno World


ini pula adalah gambar kereta seorang pegawai HEP UPM dimana cat telah disimbah kearah keretanya pada malam kempen pilihanraya baru-baru ini. 


suasana penyokong pro M di bangunan pentadbiran UPM. untuk ketahui lebih lanjut pasal pro m UPM sila ke sini


p/s..Semua dah selesai rasanya dan harapkan semua yang menang dapat berbakti kepada pengundi ye.
Sape sokong aku tengok inter lawan bayern munich malam ini?Jom Interundi(tiru afundi)

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share