Wednesday, March 9, 2011

Aku dan RM10


RM10.Kalau 10 tahun yang lepas, nilai RM10 memang besar. Kalau 10 tahun sebelum 10 tahun yang lepas, lagi bertambah besar nilai RM10 tue.10 tahun yang lepas aku kat sekolah menengah.RM10 tue bleh buat makan 3 hari kot.Tapi masa tue tak mengapa sebab tak pakai kete, tak pakai handset.Masa tue air milo pun 50sen, nasi lauk ayam paling mahal pun RM3.

Sekarang? Semua pasti tahu. Tadi aku gunting rambut pun dah RM10. Nanti kalau mahu isi minyak RM10 berapa jauh sangat boleh pergi. Nak basuh kereta pun dah RM10.Nasi lemak ayam pun dah separuh RM10.Apa nak dibuat kan

Salah siapa? Mereka dan keluarga mereka serta kroni-kroni mereka lah.Orang yang duk kat atas mana tau basuh kereta RM10 kan, takkan la bawak kereta besar-besar nak bayar RM10 je. Mereka-mereka yang kaya raya mana tau gunting rambut RM10, mesti masuk salun yang paling rendah pun RM50 setakat gunting 3,4 helai rambut.

Jadi jangkaan penganalisis sosiologi bahawa selepas ini di Malaysia nie bilangan rakyat yang masuk kelas pertengahan akan berkurangan, hanya akan ada 2 kelas, kelas bawahan yang selalu tak cukup duit dan kelas atasan yang selalu tak pernah tak cukup duit. Nanti aku tak pelik kalau kat Malaysia nie jadi macam sistem Komunis. Dan yang kelas atasan akan selalu cakap, "tue laa, tak nak belajar rajin-rajin, tak nak usaha cari duit lebih". Alasan paling bodoh kat atas muka bumi nie. Ingat semua orang bernasib baik macam dia ke. Orang nie tak bernasib baik lahir dalam keluarga yang dah kaya, mak bapak dah ada tanah berekar-ekar, dah ada kereta besar-besar dan ada kad kredit berpuluh-puluh keping. Kami juga tak bernasib baik dapat kerja kat syarikat besar-besar yang minum kopi ais pun kat starbucks. Kami tak juga bernasib baik dapat beli rumah yang besar-besar di kawasan yang strategik dan selesa.

Sekian.Sebelum merepek lebih lama, merapu lebih panjang dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada kelas atasan, aku nak berenti dulu di sini. Kesimpulannya, RM10 sekarang ini habis dalam masa 1 saat saja.

1 comment:

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share