Tuesday, March 22, 2011

Libya dan politik

Hujan dan hujan..Sekarang nie gamaknya musim hujan. Tambah pula dengan kesan tragedi tsunami dan gempa bumi di Jepun, ramai yang beritahu agar berhati-hati kalau kena hujan kat Malaysia sekarang nie. Alasannya, takut air hujan nie ada kesan radiasi ekoran 3 reaktor di Jepun yang mengalami kerosakan minggu lepas. Tapi dari yang aku baca, sekarang nie, pihak Jepun dah pun berjaya kawal kesemua reaktor. Mereka dah pun berjaya menyambung kembali kuasa untuk hidupkan 'water pump' kat reaktor-reaktor tue semua. Jadi, tak perlulah takut sangat ye dengan hujan kat Malaysia nie. Teramat jauh jarak untuk radiasi atau apa sekalipun dari Jepun hendak sampai kat negara kita nie.

Satu benda yang turut diperkatakan minggu ini adalah pergolakan di Libya. US dan British dengan 'keizinan' UN dah pun melancarkan serangan ke tempat-tempat strategik di Libya. Tapi Gaddafi masih juga tidak dapat dikesan. Serangan tersebut mendapat perhatian oleh masyarakat dunia. Ada yang menyokong. Ada yang membantah. Pihak pemberontak Libya menyambut baik serangan tersebut yang banyak melumpuhkan pergerakan puak penyokong Gaddafi. Rusia dan China yang boleh dianggap sekutuk Libya, risau serangan sedemikian akan memberi kesan kepada rakyat awam Libya terutamanya wanita dan kanak-kanak. Rakyat amerika pula tidak senang dengan penglibatan tentera mereka dengan politik di Libya.Mereka tidak mahu perkara yang sama berlaku seperti di Iraq. Mereka berpendapat adalah lebih baik Barrack Obama menumpukan wang cukai rakyat kepada perkara yang lebih penting dalam negara mereka daripada menjalankan operasi ketenteraan di Libya. Tambahan lagi, mereka risau dengan penglibatan Amerika di sebuah lagi negara yang ada rakyat Muslim, masyarakat Muslim terutamanya pergerakan Al Qaeda akan meningkatkan rasa kebencian dan dendam terhadap US. Malaysia pula bagaimana?

Negara kita sekarang nie terlalu sibuk untuk membicarakan mengenai politik dunia. Politik dalam negara kita sendiri masih kelam kabut. DUN Sarawak baru dibubarkan. Dikhabarkan Taib Mahmud tidak akan bertanding. Kalau betul, syukur la. Dah banyak sangat pun harta kekayaan Sarawak yang diambil Taib Mahmud. Mungkin Taib Mahmud mahu berbulan madu dengan Isteri Lebanonnya. Heboh juga sekarang nie ada video klips seks yang dikatakan orang, berkait dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tak sudah-sudah Datuk Seri Anwar Ibrahim dikaitkan dengan kes-kes sebegini.Bila difikirkan, semacam dah takde idea ke bagi sesiapa yang memanipulasi kes-kes sebegini. Aku sebagai rakyat Malaysia malu. Daripada wakil-wakil rakyat kita membicarakan kes-kes sebegini, adalah lebih baik menumpukan perhatian kepada benda yang lebih penting. kadar penggangguran, pelajaran, isu ekonomi ke. Tue lagi berfaedah kepada rakyat. Paling tidak pun pasal pembangunan bola sepak.

Mengenai bola sepak tempatan. Aku sebagai penyokong dan peminat Red Warrior aka Kelantan berasa sangat kagum dan hormat dengan segala kerja Tan Sri Annuar Musa. Dari fb beliau, beliau berangkat ke Eropah untuk menguruskan pembelian berkaitan dengan akademi bola sepak kelantan dan mengumpul maklumat untuk cara-cara memperbaiki mutu stadium di Kb dan secara amnya di Malaysia. Langkah Tan Sri yang dilihat memandang jauh amat dikagumi. Perlu diingat bahawa, dengan penglibatan dan kesungguhan Tan Sri dalam membangunkan bola sepak Kelantan bukan sahaja menguntungkan rakyat dan peminat Kelantan tapi turut akan memberi kesan kepada bola sepak Malaysia. Pengetahuan Tan Sri dalam dunia korporat pasti akan membantu menaikkan lagi mutu bola sepak tempatan. Tidak mustahil jika diberi peluang yang lebih, Tan Sri dapat merangka pelbagai langkah untuk meningkatkan lagi mutu liga-liga tempatan.

Pasukan Kelantan akan menentang Selangor pada peringkat Separuh Akhir nanti. Inter pula akan bertemu Schalke. Memang selepas ini, musim bola sepak akan mencapai kepada kemuncaknya. Peminat bola pasti kurang tidur malam beberapa minggu yang akan datang. Harapnya aku dapat tengok perlawanan melibatkan Kelantan dan Inter, samada di stadium ataupun di dalam tv.

Sekian dulu. mahu beradu. Meskipun Maya Karin dan Remy Ishak akan datang di fakulti aku, tarikan untuk tidur lebih kuat.hahah.Maklumlah, hujan waktu pagi-pagi macam nie memang sangat menggoda. Janda Muda macam Maya Karin pun tak mampu nak tarik perhatian aku daripada penangan katil yang tidak berapa empuk nie. Selamat tidur.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share