Tuesday, March 8, 2011

Liga Super top of the table clash

Demam Starwars masih belum kebah. Kali nie aku guna firasat Yoda untuk ramal perlawanan clash top of the table. Tapi maaf ye bukan aku ramal untuk game Arsenal lawan Manchester. EPL nie memang tak boleh ramal kan. Siapa sangka Kuyt menang lawan Man Utd. Bukan juga ramal Derby Barcelona lawan Real. Match tue tak best kalau ramal, kena tengok baru feel. Ataupun bukan juga aku ramal game Derby Milano, Inter lawan AC Milan sebab Derby nie aku memang nak tengok sendiri, kalah menang aku terima je semua.Sebabnya Inter musim ini bermula gara-gara penangan Beni"fool"tez.

Aku guna firasat Yoda untuk ramal match yang akan datang dalam liga Super.Kelantan dan Perak. Sekarang nie Kelantan diatas Perak dengan 2 mata dan selepas ini pasti perlawanan kedua-dua pasukan ini akan diikuti oleh ramai peminat bola sepak tempatan. Sebabnya mesti ramai peminat negeri lain tak mahu Kelantan terus memimpin liga terutamanya pasti peminat Negeri Sembilan dan Selangor.Tapi aku, sebagai peminat Red Warrior, tetap yakin bahawa Kelantan akan terus memimpin liga melainkan Sultan Bola mengambil tindakan yang betul-betul tak boleh masuk akal untuk menjatuhkan Kelantan.

Ok, kat bawah ini ramalan daripada aku


hahaha.mustahil? tak mustahil.Idlan hatrik, Ramzul satu dan Piya satu gol. Gol Perak pula dari Akmal Rizal.Semoga ramalan aku tepat nanti

1 comment:

  1. bekeng rmalan Yoda tuh.... lwn Pahang weekend ni brp gol mau? hehe...

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share