Sunday, March 20, 2011

Merah jumpa Merah Kuning pulok

Selesai sudah peringkat suku akhir Piala FA. Selepas ini perlawanan Separuh akhir Piala FA akan menemukan Pahang dengan Terengganu, Kelantan dengan Selangor.
Kalau sebelum nie penyokong Perak kuat heboh pasal pasukan mereka 'unbeaten' la, apa lagi la, semangat hantu kak limah la.tapi nampaknya malam nie, hantu kak limah leka sangat makan kepok losong kat Pantai Batu Buruk gamaknya sampai kena bedal di Kuala Terengganu. Pahang pula seperti biasa, mungkin ada lagi daulah Sultan Bola yang menyebabkan mereka masuk separuh akhir.
Sementara itu, di KB, aku mula-mula sakit hati jugak dengan FAM. Macam tak lojik pasukan Felda kena bermain dua perlawanan berturutan di KB. Dari satu segi memang peminat Kelantan di KL memang kempunan. Tapi segi yang lain pulak, memang peminat Red Warrior di Kelantan 'happy'. Dimaklumkan, tiket untuk perlawanan malam tadi di KB pecah rekod. Kire macam sold out. Tapi aku rasa bukan selalu dah sold out ke.Tambah lagi ramai yang balik kenduri kahwin terus pergi ke stadium. Rasa agak menyesal tak balik kb minggu nie tapi apakan daya. Jika perlawanan pertama ramai yang mula memandang rendah keupayaan Kelantan disebabkan seri dengan Felda Utd, malam tadi red warrior membuktikan sekali lagi bahawa pasukan Sang Kijang bukanlah satu pasukan yang one shot wonder. Keputusan 3-0 membuktikan bahawa Kelantan mampu bermain dibawah tekanan dan tidak sekadar mengharapkan NorShahrul Idlan untuk menjaringkan gol. Chanturu, Nizad Ayub dan Nor Azuwan Roya mampu menggalas tanggungjawab menjaringkan gol. Sekarang nie aku masih tunggu bila Nicholas Chan dan Khalid Jamlus nak jaringkan gol pulak. Selangor? Gergasi Merah Kuning kalau dilihat sebelum nie agak pincang selepas hilang Safee Sali tapi kembali ke rentak asal mereka. Dan perlawanan malam tadi menentang Johor FA bukanlah satu medan sebenar untuk melihat kekuatan mereka. Pasti Red Giant tak sabar nak berjumpa Red Warrior setelah Kelantan memalukan mereka di laman sendiri pada awal tahun ini. Dan Insyaallah, aku akan ke Shah Alam nanti. Last aku pergi sana, Kelantan julang Piala Sumbangsih dan perlawanan dihentikan 10 minit. Harapnya selepas nie takde dah perlakuan kurang elok penyokong Red Warrior dan Kelantan akan sekali lagi melangkah ke Final Piala FA
Disebabkan aku 3 tahun belajar di Kuala Terengganu dan teman sebilik aku sendiri orang ganu walaupun dia tak tau sangat pasal bola (sokong Argentina tapi minat dengan Arsenal? aku sendiri tak nampak link pemain argentina kat Arsenal nie), aku hendak katakan disini, perlawanan akhir antara Kelantan dan Terengganu memang satu perkara yang amat dinanti-nantikan. Dua buah negeri berjiran. Politik, ekonomi dan sejarah memang banyak berkait. '

Budak Kelantan sekolah di Terengganu, kerja di KB. Budak Terengganu kerja di KB, kahwin dengan orang Pasir Mas. Budak Kelantan bergewe dengan orang Kuala Terengganu dan sebagainya lagi lah cerita yang boleh kita nak kait kalau bercakap mengenai dua buah negeri nie.Jadi aku memang berharap Kelantan dapat berjumpa Terengganu di Bukit Jalil nanti. Selepas game, bagi orang Besut dan Setiu pilih negeri mana mereka mahu masuk, Kelantan atau Terengganu. Jangan Ayah Pin turun sudah nanti di Bukit Jalil.Lagi molek kalau sebelum match tue Tok Guru Hadi dan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat sama-sama baca doa kat semua peminat dalam stadium. Baru berkat.

Okey lah.Sekian dulu penangan Piala FA.Siapa kata bola sepak tempatan mundur. Yang mundur hanyalah pengurusan FAM.hahah.Penyokong terbaik. Tengok gambar bawah (kredit dari laman web Sokerleaks)
nie adalah gambar peminat red warrior yang lihat perlawanan di skrin besar di luar stadium,

1 comment:

  1. Terengganu vs kelatan? mmg terbaek r.pasti akan turun padang! hehe

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share