Tuesday, March 15, 2011

Perlawanan malam ini

Malam ini dua perlawanan penting akan berlangsung..

Satunya..Kelantan akan menerima kunjungan Felda United dalam saingan pertama Suku Akhir Piala FA di KB.Felda United memang membuat kejutan sekarang ini dalam liga super apabila berkongsi mata dengan Kelantan dan Selangor di tangga teratas liga. Kelantan pasti mahu bangkit dari kekalahan sabtu lepas kepada Pahang dan mahu meneruskan kemaraan dalam Piala FA.

Keduanya..Inter Milan akan berkunjung ke Alianz Arena menentang Bayern Munich untuk saingan kedua Pusingan Kedua Champions League. Inter perlu menang setelah kalah 1-0 pada lewat permainan di San Siro sebelum ini.Inter menjadi wakil tunggal dari Serie A dalam Champions League musim ini dan pasti tidak mahu melepaskan trofi yang dimenangi pada musim lepas.

Semoga-moga kedua-dua pasukan menang pada malam ini. Malangnya aku tak dapat menonton kedua-dua perlawanan pada malam ini.

Ada orang cakap football is more than just a matter of life and death
Ada orang pulak orang cakap, there's more to life than just football
Whatever it is, life is just a life.any minute any how any why will be gone.
Condolences to all Japanese that are affected by tsunami, earth quake and now hunger and nuclear treat.The world is really coming to the end

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share