Saturday, March 5, 2011

Surat kepada George Lucas

Kepada Tuan George Lucas,

Anda memang seorang pengarah yang hebat.Memang tidak dinafikan. Tengok saja idea Starwars anda. Saya tak tahu sangat mengenai filem-filem anda yang lain tapi kalau mengenai Starwars saya memang mengetahui sangat. Saya beli baju Darth Vader, meskipun dari bundle.

Seminggu ini, saya dan rakan sebilik menghabiskan masa menonton kembali kesemua filem starwars anda.Memang terbaik.Lihat saja Starwars Episode 4. Meskipun dibuat dan ditayangkan pada tahun 1977 tapi idea tuan memang melangkau zaman tersebut. Pada zaman tersebut tuan dah terfikir mengenai hologram dan kereta terbang. Lightsaber yang obi wan dan Luke pakai pun sampai sekarang takde orang boleh buat lagi. Tapi dalam filem tersebut, tuan dah mencadangkan satu cetusan revolusi teknologi yang amat maju. Jalan cerita juga sama.

Tuan,

Saya paling minat tengok Starwars Episode 3 - Revenge of the Sith. Kenapa? Satunya sebab dalam episode ini saya dapat lihat Master Yoda main pedang dengan Lord Sidius. Kedua, Darth Vader diperkenalkan dan tersangat jahat.Ketiga, dapat tengok Obi Wan lawan pedang dengan Anakin Skywalker. Lama mereka berdua bermain lightsaber.Dua jedi yang terkenal dalam galaxy Starwars.

Baiklah.Sebenarnya surat saya ini adalah untuk merayu kepada tuan. Tolong buat atau sambung filem starwars lagi. Peminat Starwars semua pasti akan gembira kalau tuan menyambung lagi. Buat la filem starwars episode 7,8 dan 9. Buat zaman Luke Skywalker pulak. Pasal anak dia ke. Pasal cucu ke. Tapi jangan buat anak lawan ayah lagi. Buat pasal jedi hapuskan planet yang ada golongan Sith.Saya pasti dalam fikiran tuan pasti ada satu planet atau system yang menempatkan golongan Sith nie.

Semoga tuan mempertimbangkan surat saya ini.Kalau tuan rasa dah tua, dan saya pasti tuan pun dah tua, tuan bagi saja jalan cerita starwars yang baru ini kepada pengarah yang lain. Kepada Michael Bay ke, pengarah Transformer. Dengar-dengar Michael Bay dah tak nak buat filem transformer dah. Transformer yang akan keluar pada bulan julai ini adalah filem nya yang terakhir hasil kerja Michael Bay. Saya pasti Michael Bay tak akan menolak permintaan untuk menyambung trilogi Starwars tersebut.

Sekian terima kasih

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share