Sunday, March 13, 2011

Unknown

Jumaat lepas dunia digemparkan dengan berita gempa bumi yang amat kuat berlaku di Jepun. Dan belum saja reda dengan tragedi tersebut, berlaku pula tsunami. Kini, rakyat Jepun diberitakan amat risau terhadap kemungkinan berlaku letupan di sebuah reaktor nuklear di sana. Angka korban akibat tragedi gempa bumi dan tsunami dikatakan akan terus meningkat.Setakat ini dikhabarkan sudah lebih 1 ribu lebih angka kematian. Diharapkan, pelajar-pelajar serta warganegara Malaysia yang ada di jepun sekarang ini dalam keadaan selamat semuanya. Kejadian ini memberikan satu lagi petunjuk bahawa dunia kita ini semakin menghampiri kepada kiamat. Kejadian ini juga sepatutnya memberikan teladan kepada kita sebagai umat Islam bahawa kekuasaan Allah itu tidak terhingga.

Hujung minggu ini juga Kelantan tewas kepada pasukan Pahang. Bagi penyokong Kelantan, boleh dianggap sebagai satu tragedi kepada bola sepak Kelantan. Tapi jangan risau. Perjalanan liga masih panjang. Kekalahan ini memberi petunjuk masih banyak perkara yang perlu Kelantan baiki. 12 Mac nanti Kelantan akan bertemu Felda Utd dalam Piala FA. Semua pemain Kelantan perlu bangkit daripada kekalahan di Stadium Darul Makmur. Selangor dan Felda Utd serta Perak mengikuti rapat Kelantan dalam saingan sebagai pendahulu takhta liga.

Inter Milan juga seri pada hujung minggu ini dengan Brescia. Inter akan berkunjung ke Allianz Arena pada Selasa ini dalam saingan kedua champions league. Van Gaal sebagai pengurus Bayern sudah diberitakan akan ditamatkan kontrak pada penghujung musim. Inter perlu menang di Munich untuk meneruskan saingan Champions League.

Arsenal kalah pula pada hujung minggu. Setelah mereka mengalami kekalahan kepada Birmingham City dan Barcelona tempoh hari, Arsenal tersungkur pula kepada Man Utd. Sekarang ini, hanya tinggal perebutan liga yang masih menjadi harapan Arsenal.

Hujung minggu ini juga ramai yang melangsungkan perkahwinan.Tahniah kepada pengantin-pengantin baru. Semoga kekal bahagia sehingga ke anak cucu. Aku memohon maaf kepada kenduri-kenduri yang tidak sempat untuk aku kunjungi.

Hikayat Merong Mahawangsa dah pun kuar hujung minggu nie. Dilaporkan semua panggung wayang penuh. Kawan aku tidak berkesempatan hendak menonton filem tersebut.Sebagai alternatifnya, akan menonton filem Unknown. Daripada tajuknya pun dah misteri. Memang unknown filem nie. Filem baru tapi yang aku tahu, pelakon utamanya Liam Neelson dan Diane Kruger.Takpe selepas tengok filem nie baru lah tak jadi unknown nanti.

Bercakap pasal unknown juga, minggu nie aku ada banyak kerja yang hendak diselesaikan. Kalau masih bertangguh, nanti status unknown jugak lah jawabnya kerja-kerja tue nanti. Sekarang pun ada beberapa kerja yang unknown sebab tak sentuh dan tak reti nak mulakan macam mana. Kerja yang agak unknown adalah untuk mencari trek larian amal nanti. Agak-agak 10 km dari mana sampai ke mana dalam UPM ye?

Ok, selesai bercerita. Sekarang rehat seketika. Selepas ini mulakan apa yang perlu dimulakan sebelum terlambat.Dateline dah semakin hampir.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share