Saturday, March 19, 2011

update mase subuh

Setelah menghilang diri buat seketika, akhirnya aku baru ketahui bahawa wireless uspot nie paling mantap untuk digunakan semasa subuh.Faktor utama sudah pastinya sebab ketiadaan tuan-tuan laptop untuk menggunakan wireless. Jadi aku pun yang masih tidak tidur lagi, boleh lah menggunakan internet buat pagi ini setelah agak lama tidak dapat melayari dunia web.

Ok.Malam semalam memang semua rancangan untuk mengeluarkan peluh terkandas. Puncanya adalah kebodohannya KBS yang buat gelanggang futsal tanpa bumbung. Mereka ingat Malaysia nie dalam benua afrika kot buat tempat nak main futsal tanpa bumbung.Kat negara kita nie beriklim khatulistiwa, maknanya akan selalu hujan dan panas lembab sepanjang tahun. Jadi aku tak tau jurutera ataupun kontraktor mana yang bijak pandai buat tempat main futsal 1Malaysia di Putrajaya tanpa bumbung. Apabila semalam hujan dari petang lagi, maka tak dapatlah nak bermain futsal kat sana walaupun dah bayar duit sewa. Junior aku kata boleh tunda. Kalau boleh nasib baik lah.Mana tau kan. sekarang nie semua benda orang nak songlap duit je keje.

Dah agak lama juga tak bersenam nie. Badminton pun hampir 2 minggu dah tak sentuh.Bila sampai masa nak main futsal, cuaca pula tak mengizinkan.Kena angkat raket balik lah macam nie. Minggu depan kena mula balik demam badminton nie.Walaupun demam assignment masih belum tamat, aktiviti senaman perlu diteruskan, barulah badan kekal sihat,betul tak?

Ok,pagi nie pun agak kecewa sebabnya baru aku ketahui bahawa perlawanan Felda Utd lawan Kelantan dalam suku akhir Piala FA akan berlangsung di KB. Sebelum nie aku ingatkan akan bermain di KL. Jadi boleh lah juga singgah tengok bagi sokongan. Tapi memandangkan Tan Sri Annuar Musa sendiri cakap yang perlawanan akan berlangsung di KB maka kempunan la nak tengok. Aku sendiri tak tau kenapa main di KB.Mungkin stadium di KL tak menepati syarat FAM.Apa-apa pun aku yakin Kelantan akan melangkah ke separuh akhir nanti tak kira main di ceruk mana sekalipun di dunia nie.

Bercakap juga mengenai bola. Inter akan bertemu Schalke di perlawanan suku akhir nanti. Barcelona pula bertemu Shaktar dan Real Madrid akan jumpa Tot Spurs. Man utd pula akan jumpa musuh dari London, Chelsea.Perlawanan akan dilangsungkan pada awal bulan April.Dari pandangan aku, Barca dan Inter memang favourite untuk ke separuh akhir tapi lawan mereka sebenarnya pun bukan sekadar bergantung pada nasib semata-mata untuk melangkah ke peringkat sebegini. Man Utd - Chelsea pasti menarik. Real lawan Spurs pun tak kurang juga menarik. Jadi sama-sama kita peminat bola tunggu awal bulan 4 nanti ye

Rasanya disini saja nukilan kali nie. Hidup pelajar kalau masa hujung minggu nie macam kelawar dah. Siang hari baru nak tutup mata. Malam pulak baru bukak. Jadi aku pun pada hari Sabtu nie akan bertindak seperti kelawar jugak.Tapi takdelah melampau sampai malam baru bangun kan.

Selamat pagi!hahah

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share