Saturday, April 2, 2011

Abg Jib dan Abg WeL berpoco-poco isi RON95

Abg Wel cakap mungkin RON95 akan naik lagi.Terima kasih banyak-banyak..
Abg Jib pula tak cakap pape.
Orang sekarang duk kalut cara pasal video seks..tulen ke tak? Polis kata tulen.Tapi tak dedah jugak siapa.Daripada duk kalut kat video seks yang dituduh tue, baik orang ramai, ahjli politik duk pikir cara bagaimana nak bendung video seks orang malaysia yang berlambak lagi kat dalam tenet tue. Semua kaum ada.Cina ke India ke dan paling banyak mestilah Melayu kan. Jadi daripada duk kalut nak tubuh suruhanjaya diraja ntah apa lagi ntah baik tubuh dan perbanyakkan penguatkuas untuk bendung kegiatan yang dapat membuat remaja-remaja yang hanyut dalam membuat video seks.Tue lagi baik.
Mungkin nie semua 'trick'..sekarang kan pilihanraya Sarawak.
Minyak naik pun orang tak heboh mana sekarang.Memang la Ron97 yang naik.Lepas nie Ron95 pula yang naik.Ayam pun dah naik.Nak tau, harga nasi lauk ayam seketul kat cafe sekarang nie pun dah naik jadi RM4. Anak-anak Najib ada makan ke cafe universiti? Anak Muhyidin ada makan ke kat cafe universiti? Mestilah tak kan. Anak raja mana yang makan kat cafe dalam IPTA malaysia nie? Bagitau aku, kalau ada aku rela jadi rakyat raja tersebut. Semua mana main cafe IPTA.mana ada kelas. Ada diorang isi minyak kat stesen minyak? Duit minyak pun duit rakyat. Rakyat yang bagi, rakyat yang seksa. Yang tinggi sedap la.Yang rendah nie selalu sakit. Tapi tak mengapa. Rakyat kita kan suka merendah diri. Takpe lah minyak naik pun. Takpe lah ayam naik pun. Takpe lah benda-benda lain naik sekalipun. Kami rakyat Malaysia sentiasa sokong Abg JIb. Kami selalu sokong Kak Mah . Biarpun kak mah tak pernah isi sendiri minyak dalam kereta. Biarpun Kak Mah tak beli sendiri ayam kat pasar. Biarpun Kak Mah  tak rasa susahnya cari duit.
Tapi , betul lah. Rakyat kita baik. Daripada duk pk pasal ekonomi, ramai lagi duk berkira, AF bila nak stat ye? Ehh,,Aznil ada balik la.. Ramai juga duk berbalah..Poco-poco haram laa.Ala..susah la macam tue, macam nak nari pasnie. Menari poco-poco ke, menari pocong ke..Solat 5 waktu tue dah cukup senaman. Tak perlu nak berpoco-poco utk senaman. banyak benda lain boleh buat untuk senaman. Duk kalut benda yang remeh temeh.Akal ada tapi fikir takda.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share