Friday, April 1, 2011

Alhamdulillah, hujan dan bola dah kembali


Hari ini turun jugak hujan.Dah agak lama juga aku rasa tak hujan kawasan Serdang nie terutamanya.Yang lebih pelik, Perlis dah banjir, kat Pantai Timur pun dengar khabar hampir setiap hari hujan.Tapi kat KL nie, panas terik. Petang nie hujan pun sekejap je. Memang bumi kita nie dah amat tua.Cuaca memang tak menentu.

Lagi 2 minggu dan semester 4 akan berakhir. Ada cuti study week seminggu kemudian final exam. Selepas itu cuti semester yang memang sangat panjang. 4 bulan. Masih tercari-cari mahu membuat apa waktu cuti. Kalau ternak ayam rasanya sempat kot tengok ayam tue dijual dalam masa 4 bulan.Sebelum cuti, masih banyak kerja-kerja yang perlu disiapkan. Perlu siapkan diri untuk kajian, ‘review’, menjawab borang kaji selidik serta ‘presentation’.

Beralih kepada dunia bola sepak pula. Malam ini bermula kembali liga bola sepak tempatan. Setelah rehat yang lebih lama daripada cuti sekolah, peminat tempatan pasti dahaga nak tengok kembali persembahan pemain-pemain tempatan. Perlawanan malam ini, Kelantan lawan Harimau Muda A. Kelantan perlu mencari 3 mata penuh sekiranya mahu memimpin tangga teratas liga. Rehat yang panjang nie diharapkan Datuk M dapat mencari formula baru agar skuad Kelantan dapat mencari kemenangan dalam liga super setelah mengalami kekalahan kepada Pahang sebelum rehat baru-baru ini. Kelantan perlu mencari kemenangan sebanyak yang mungkin sebelum perlawanan tumpuan Separuh Akhir Piala FA bertemu Selangor dalam bulan Mei nanti.

Di Eropah pula, Inter akan bertemu AC Milan ahad nanti. Aku tak pasti aku mahu keluar berjaga atau tidak untuk perlawanan ini. Perlawanan ini memang sangat penting pada kedua-dua pasukan. AC masih di atas tapi dipisahkan hanya 2 mata. Inter pula mahu merapatkan jurang sebelum saingan Champion League bermula Selasa nanti.

Sekian dulu buat santai petang jumaat ini. Sesiapa yang mahu duit lebih, boleh pergi ke Kuching Sarawak. Sekarang nie tengah rancak kempen.Mana tau kot dapat duit poket dan kek lapis Sarawak daripada Taib Mahmud. Lagi best dapat tengok bini Lubnan Taib.hhahaha

2 comments:

  1. ishh~
    seriously kat tempat syaz dah bape hari x
    berenti hujan dari pagi sampailah mlm..
    alhamdulillah..
    hari ni panas je x hujan pon.. :)

    ReplyDelete
  2. "Lagi best dapat tengok bini Lubnan Taib.hhahaha" ~LIKE

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share