Thursday, April 28, 2011

Hello Dexter Morgan

Salah satu siri drama televisyen yang amat popular di US.Dexter.Dan aku telah berjaya menghabiskan kelima-lima musim Dexter.Dikhabarkan musim ke 6 akan bermula pada bulan September nanti.Secara ringkasnya, Dexter mengisarkan mengenai seorang serial killer yang bertindak sebagai vigilante.Siri ini penuh dengan suspens, kekeluargaan dan ada sedikit sebanyak elemen CSI.Kepada peminat siri televisyen, aku sangat-sangat mengesyorkan siri dexter nie.

Beralih kepada bola sepak sekejap. Saingan liga super semakin rancak. Perebutan Juara Liga dilihat semakin sengit. Esok Terengganu akan menentang Selangor. Sekiranya Kelantan menang lawan KL, dan Selangor berkongsi mata dengan Terengganu, Kelantan akan memimpin liga Super.El Classico tinggal lagi satu perlawanan pada minggu depan.Setakat ini Barca menang 2 seri 1 dan kalah sekali kepada Real Madrid. Madrid perlu melakukan sesuatu yang ajaib untuk menang dan masuk final Champions League nanti.

Satu hari lagi aku akan berada di UPM dan jika tiada aral melintang, sabtu ini akan pulang ke KB.Cuti semester yang sangat panjang menanti dan pada semester hadapan akan bermula kembali perjalanan terakhir mengenggam ijazah. Sudah mula memikirkan untuk tahun akhir. Sudah juga memikirkan perkara-perkara yang akan perlu,akan dan kena buat semasa cuti semester nanti.

Life is so funny.Once we thought it's all over, the truth is, it's only just begin. Life did not end with death, it's just another life.We may never get what we wanted all along, we only get what we deserve

1 comment:

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share