Wednesday, April 13, 2011

i am number 2

Meskipun masih kecewa, sedih dan geram dengan kekalahan Kelantan semalam, aku masih bernafsu untuk menonton filem i am number 4 sebelum tidur.Filem nie kalau tak silap aku sudah lama tapi baru sekarang aku berkesempatan untuk menontonnya. Secara keseluruhannya, aku boleh katakan filem nie agak bagus.Tapi seperti kisah alien, superhero dan remaja hollywood yang lain, banyak sangat elemen-elemen tipikal yang ada dalam filem nie
Sebagai contohnya, kalau dah nama hero, mesti dia akan berbadan tegap, mantap dan macam malik noor masa dia muda-muda. Lepas tue, mesti si hero nie akan mempunyai satu misi yang memang sangat besar.Sejarah hero nie pula seperti biasa memang sadis.Kalau tak kena tinggal oleh ibubapa, mesti ada sesuatu yang menghubungkaitkan sejarah silam hero nie dengan tujuan dia. Tak percaya? tengok saja filem remaja dan fiksyen hollywood yang lain. Twilight sebagai contohnya. Hero mesti hensem gile. Ada kuasa yang memang buat orang kagum. Pastu ada sejarah yang memang boleh buat novel. Tengok Smallville. Ya, betul lah Clark Kent tue ada misi iaitu jadi Superman tapi takkan la dari kecik sampai besar dia dah mempunyai badan yang memang kalah Sazali sebagai Mr Universe. Tau la Superman pun tapi tunggu la buat masa dewasa baru pergi gym. Duduk pun dengan ladang terperosok, aku sendiri tak tau macam mana dia boleh buat badan berketul-ketul.
Elemen tipikal yang lain, kalau ada hero, pasti ada heroin. Si hero nie macam filem i am number four, baru je berpindah di sekolah baru, kawasan baru, rumah baru , tapi boleh pulak dah terpikat dan disukai oleh budak perempuan yang cun tahap maksima kat sekolah baru tue.Kenapa budak baru tue tak terpikat kat budak lain. Bookworm ke.Pastu pulak, budak perempuan aka heroin nie pasti senang je tangkap cintan dengan budak baru datang tue aka hero tadi. Sama juga dengan Twilight kan.Sama juga dengan Smallville. Dan filem-filem remaja yang lain.
Ok, elemen lain yang tipikal lagi yang ada dalam filem nie adalah musuh. Kalau hero tue datangnya dari planet lain, mesti ada juga makhluk planet lain yang datang.Makhluk nie tujuan dia satu je, mahu musnahkan hero. Watak diorang mesti jahat gile, ganas gile dan tak berperikemanusiaan langsung.Kemusnahan kalau si hero dan si jahat tadi bergaduh memang kalah letupan nuklear atom di Hiroshima dan Nagasaki dalam perang dunia kedua dulu.Kenapa si jahat tue perlu juga nak cari si hero.Kalau dia dah jahat gila, takluk saja dunia nie, bagi si hero cari dia.Tapi takleh, mesti diorang yang bersusah payah cari si hero. Si hero pula kerja nak lari je tapi bila dah bertemu akhirnya, akan menang juga.
Jadi begitulah sedikit sebanyak pendapat aku mengenai filem nie.Orang lain mungkin ada pendapat yang berbeza kan.Sekian

p/s.minggu depan dah bermula minggu ulangkaji.

1 comment:

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share