Sunday, April 10, 2011

Jadi hantu

Hantu..Satu perkara atau benda yang memang boleh dikatakan pasti ada dalam setiap bangsa atau budaya atas dunia nie. Orang Cina ada hantu Cina. Orang Asia hantu dia lain daripada hantu orang Eropah. Orang Afrika pun ada hantu, tapi aku tak tau lah hantu apa yang ada kat Afrika tapi yang pasti, bila sesuatu budaya atau masyarakat mempercayai dunia selepas mati, maka dengan automatiknya, akan wujud lah hantu.

Orang Melayu sangat taksub dengan fenomena hantu nie.Dari aku kecik sampai besar, memang tak lekang dari mendengar, membaca kisah-kisah hantu. Samada hantu yang benar-benar ghaib ataupun hantu yang direka dan juga hantu yang diberi gelaran.Ada pensyarah aku pernah mengatakan dulu bahawa, fenomena hantu ini penyumbang utamanya adalah Majalah Mastika. Majalah nie dah ada di Malaysia dah beberapa puluh tahun dan masih lagi mendapat perhatian orang ramai.

Bila Malaysia masuk ke zaman serba canggih, ramai yang berpendapat kepercayaan terhadap hantu akan terlupus tapi mereka silap.Teknologi tidak dapat dengan mudah mengikis kepercayaan orang Melayu terhadap hantu. Malah, dengan teknologi, kewujudan hantu dapat dibuktikan dengan lebih berkesan. Dah berapa ramai yang mengaku pernah mengambil gambar hantu malah ada juga yang pernah merekodkan kewujudan hantu.

Bercakap lagi mengenai hantu, sejak dua menjak ini, filem tempatan banyak dipelopori oleh elemen hantu.Tengok saja kutipan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Ngankung, Jangan pandang belakang, jangan pandang belakang congkak, Khurafat.Mungkin sesetengah filem yang disebut diatas tidak menampilkan hantu tapi sedikit sebanyak terselit elemen hantu didalamnya.Sesetengah orang tidak boleh menafikan bahawa elemen suspens dengan menggunakan hantu amat berkesan dalam menakutkan orang.Bukan sahaja di malaysia malah di hollywood sendiri. Tengok saja filem-filem suspens berhantu seperti Amytville Horror, Friday 13th, Jason, The Mummy, The exorcist. semuanya mempunyai elemen hantu. Tapi elemen hantu mereka sangat berbeza dengan yang ada di Malaysia kerana mereka mempunyai budaya yang berbeza daripada kita.

kenapa aku bercakap mengenai hantu pada tulisan kali ini? Sebabnya sepatutnya pagi tadi aku dikehendaki menjadi 'hantu'.Hantu untuk larian amal.Boleh bayangkan tak? Hantu..Bukan jadi hantu tiket ataupun hantu bola ataupun yang sebagainya.Boleh pulak aku kena pakai kostum dan bermake up untuk jadi hantu. Memang buang tebiat.Tapi maaflah. Aku tak akan buat benda yang bodoh macam tue.Aku tak kisah kalau tadi kena ambil tindakan ke apa ke.Untuk perbodohkan diri didepan orang ramai? maaf.Kirim salam je lah. Dan perbodohkan diri untuk beramal pulak tue alasan yang diberi.Cerdik sangat sesiapa yang mahukan aku buat sebegitu.Badut yang selalu buat persembahan memperbodohkan diri sendiri untuk orang ramai tue buat macam tue dibayar, bukan semata-mata buat saja-saja.

Jadi kepada sesiapa yang mahukan aku menjadi hantu, sila dengar baik-baik. Aku tak kata aku nie ego tinggi tapi ada ketikanya orang kena jaga maruah depan orang ramai.Mana boleh bagi tengok kita macam orang bodoh. Mungkin ada orang berpendapat sebaliknya kan.Aku tak kata aku betul, aku mungkin salah.Aku boleh jadi hantu, tapi sekadar hantu bola, hantu makan, hantu filem ataupun hantu game.Hantu sebegitu boleh di'consider' lagi.Hantu yang lain harap maaf.

p/s..Filem hantu apa yang terbaik? filem hantu yang betul-betul seram dan bukannya yang ada selingan komedi. Kalau yang komedi sudah pasti Hantu Kak Limah walaupun kak limah tue bukannya sebenarnya adalah hantu.Untuk penyokong Perak..Tunggu Selasa malam.Sek kelate datang Ipoh nak tengok Kak Limah.hahah

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share