Sunday, April 3, 2011

Kalah Derby

Football is not just a matter of life and death..I can assure you, it's much more than that.Itu kata Lagenda Liverpool, Shankly.Sape yang tak kenal Shankly, sila google atau cari dalam wikipedia. Dan berkaitan dengan bola jugak, awal pagi semalam, Inter kalah dalam perlawanan Derby.AC Milan menang 3-0.Dengan kekalahan tersebut, Inter ketinggalan 5 mata dengan berbaki 7 perlawanan dalam Serie A. Secara matematiknya Inter masih berpeluang tapi itu perlu mengharapkan AC Milan kalah 2 perlawanan dari 7 Perlawanan. Dari segi moral, Inter mungkin agak keletihan kerana masih perlu bersaing dalam Coppa Italia dan Champions Leagues. Pada pandangan aku, agak sukar untuk Inter mengugat kedudukan AC.Tapi dalam bola sepak, apa-apa pun boleh terjadi kan. Dan dengan kekalahan tersebut, mood untuk hari ini sedikit hilang. Kalau ikutkan hati mau saja bersantai atas katil atau menghadap laptop tengok cerita-cerita lama. Tapi apakan daya, mood kena datang juga sebab mahu siapkan tugasan yang ada lagi. Tak mengapa, bola sepak ini memang macam nie. kadang-kadang menang, kadang-kadang kalah. Apa-apa pun, kepada peminat bola, selasa dan rabu nie saingan suku akhir pertama Champions League akan bermula. Siapkan diri untuk berjaga.hahaha.

Sekian coretan ringkas waktu tengah hari. Mahu menyambung 'plagarism'.hahah

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share