Saturday, April 16, 2011

Keputusan PRU Sarawak..Bola Sepak

Mengikut yang aku baca baru sebentar tadi..Semua pusat pengundian bagi Pilihanraya Sarawak dah tutup.Sekarang nie tengok duk mengira undi dan rasa-rasanya akan dapat tau keputusan penuh petang nie. Sama-samalah kita nantikan samada Taib Mahmud dapat kahwin satu lagi atau tidak.Ehh..silap..taib mahmud dah taknak pegang jawatan.Balak belakang umah dia dah banyak sangat jadi dia nak bagi kat orang lain pula.Ada ura-ura yang katakan Pakatan Rakyat akan dapat tumbangkan BN di Sarawak. Kalau betul jadi macam tue, Parlimen Malaysia akan betul-betul berubah wajah. Lihat saja kerusi Parlimen Sarawak.Memang banyak walhal kawasan Parlimen dia tidaklah sepadat seperti yang ada di Semenanjung. Tapi aku kurang yakin yang Pakatan dapat menang sepenuhnya di Sarawak. Kenapa? BN pasti akan berusaha bersungguh memastikan mereka akan dapat mentadbir Sarawak lagi. Tapi siapa lah aku kan.Sekarang nie macam-macam benda boleh terjadi.

Bercakap juga mengenai keputusan.Minggu nie keputusan bola sepak memang mengharukan. Mungkin tidak bagi orang lain tapi kepada aku. Kelantan kena belasah dek Perak. Inter pula kalah lagi dan menamatkan saingan Champions League di German. Malam ini pula Kelantan akan menentang Sabah di KB dengan misi untuk merawat luka. Harapnya Red Warrior dapat mengubat luka kekalahan besar di tangan Perak baru-baru ini.Satu lagi perlawanan yang menjadi tumpuan adalah Perak lawan Selangor. Memang saingan liga super musim ini sangat menarik. Sesiapa yang kalah pada malam ini, kedudukan mereka dalam liga akan berubah pantas. Aku  jamin dan tak mustahil, Kelantan akan menang besar pada malam ini sebagai ubat luka kepada para penyokong mereka. Datuk Karathu mesti mencongak strategi untuk mengambil hati Presiden Kafa kembali serta ribuan penyokong peminat Red Warriors.

Dalam perkembangan bola sepak juga, El Classico..Real Madrid lawan Barcelona atau Barcelona lawan Real Madrid akan memulakan satu lagi pertembungan hebat dua gergasi Sepanyol ini pada awal pagi nanti. Dan yang lebih menarik, ada 3 perlawanan El Classico yang akan berlangsung dalam 2 minggu ini. Malam ini pertemuan untuk saingan la liga, kemudaian Copa Del Rey, diikuti dengan Separuh Akhir Champions League. Bagi peminat neutral bola sepak, keempat-empat perlawanan ini pasti akan menjanjikan satu persembahan bola sepak yang sangat hebat. Sama-sama kita saksikan, jika berkesempatan.

Sekian dulu. Hari ini bermula minggu ulangkaji tapi nampaknya masih lagi mengulangkaji game-game yang cikai kat dalam laptop.Esok masih ada.hahaha

1 comment:

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share