Sejujurnya, aku memang kurang amat tonton drama Melayu.Lebih-lebih lagi slot-slot drama yang ada kat tv.Bukan apa, media negara kita nie banyak siar drama-drama luar negara.Dulu dari venezuela, philipines la, thailand la, korea la, indonesia tue takyah cakap la kan.Daripada feedback yang aku korek daripada peminat-peminat drama-drama luar negara nie, intipati utama yang ada pasti pasal cinta, kemudian ada main tarik tali sedikit sebanyak, pastu ada pulak kaitan keluarga.Yang tue yang jadi panjang gila satu-satu drama tue.Satu lagi alasan aku tak tonton drama sebab masa dia selalunya main tengah hari.Memang waktu tue paling afdal untuk tidur.Tapi memandangkan sekarang nie aku selalu kerja tengah hari, semasa duk termenung kat kaunter, jadi aku isi la juga masa aku dengan tengok drama yang ada kat tv3.Dalam masa 2,3 minggu nie dah boleh tangkap la sket2 drama yang ada kat tv tue.Yang aku paling ingat sekarang nie Nora Elena.Drama nie orang kata adaptasi dari novel.Kalau novel jalan cerita dia memang best la kan tapi bila nak terjemah dalam drama tue macam susah sket la.Tapi yang aku boleh kata drama nie agak best.Mungkin sebab pelakon wanita dia cun kot.Aku sampai sekarang pun tak tau nama apa dia tue sebenarnya.Dan dalam drama nie baru aku kenal bahawa dia nie sebenarnya pelakon drama.Nak kata dia nie lawa sangat-sangat, ramai akan kata pelakon-pelakon lain lagi lawa.Nak kata dia power, aku rasa ada lagi orang yang lagi power.Tapi aku rasa pelakon nie memang masuk dengan watak dalam Nora Elena nie.Aku pun tak tau aura apa yang dia ada.Kalau pelakon lelaki tue aku kenal la Aaron Aziz.Yang lain-lain tue macam familiar muka tapi tak tau nama.
Okay, tue drama yang Melayu.Pastu aku rasa petang-petang kalau tak silap aku, drama Nur Kasih disiarkan kembali.Aku sebelum nie tak tau pun pasal Nur Kasih tapi bulan puasa tahun lepas, rumah sewa member aku tiap-tiap pagi lepas sahur mesti diorang layan drama nie so aku yang tumpang tidur situ lama-lama jadi tau la serba sedikit drama tue.
Yang drama luar negara pula, sebelum nie staff kat tempat kerja aku tue minat gila dengan drama marimar.Laki n pompuan sama naik.Yang laki sebab nak tengok pelakon indon yang cun gila.Yang pompuan sebab suka tengok citer-citer cinta pelakon hensem.Tapi aku duk tengok, drama indon nie mesti banyak je scene suspens yang tak kena tempat dan mesti banyak scene speechless dengan reaksi muka macam baru jumpa UFO dan nak marah kat bini atau suami.2 minit tak cakap apa-apa tapi duk pandang, tatap muka masing-masing.Memang tak faham betul.Hari nie pulak, drama indon yang ada kuda boleh cakap kena sihir pastu ahli sihir naik penyapu terbang.Memang mengarut kalah Hollywood.
Okey lah, sekian dulu coretan drama kat tv negara kita.Sebenarnya aku nak cerita pasal Smallville.tapi nampaknya tertangguh lagi.Lain kali saja.Mahu tidur esok kena bangun awal...
p/s-nanti bagitau aku siapa nama pelakon utama Nora Elena ye.agak-agak umur berapa ek?
The true test of character is not how much we know how to do, but how we behave when we don't know what to do.
Tuesday, May 31, 2011
Sunday, May 29, 2011
Tahniah Barcelona
Tahniah buat Barcelona selepas memenangi trofi Champions League buat kali ketiga semalam setelah menewaskan Man Utd dengan jaringan 3-1 di Wembley.Semalam, semua peminat boleh lihat, dan aku rasa peminat Man Utd walaupun kecewa dengan kekalahan terpaksa akui, tiga serangkai, Xavi, Iniesta dan Messi memang antara gandingan yang paling mantap untuk musim ini.Ada orang cakap perlawanan semalam merupakan perlawanan akhir yang paling ditunggu-tunggu untuk dekad ini dalam saingan Champion League.Tapi betul kah? Masing-masing adili sendiri.
Sekali lagi, tahniah buat peminat Barcelona.Sekarang mereka pasti mengharapkan Pep terus bersama mereka. Ferguson sudah membuktikan dia adalah salah seorang pengurus yang paling berjaya dalam dunia bola sepak dengan Man Utd.Cuma malam tadi mungkin tuah dan Barcelona terlalu kuat untuk Man Utd.Mungkin juga Ferguson sudah memberi isyarat kepada Pep untuk menggantinya di Old Trafford.
Musim depan, Barcelona selaku juara bertahan pasti akan berdepan dengan cabaran yang sengit untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi semalam.Man Utd juga pasti akan menguatkan skuad mereka untuk cuba merampas trofi tersebut.Untuk masa sekarang, buat peminat Barcelona, raikan sepuas nya.Musim depan, semua pasukan mahukan trofi tersebut.
p/s..Bola sepak memang gila. Semalam kelantan dengan jaringan tipis 1-0 ke atas Pahang dan Terengganu pula kalah tempat sendiri kepada Kedah.Selangor turut menang. Nampaknya saingan perebutan juara liga super masih terbuka kepada ketiga-tiga pasukan.Kelantan perlu memenangi kesemua perlawanan selepas ini.Gomo Kelate Gomo.Nampaknya musim nie takde pasukan yang mampu mengekalkan rekod tanpa kalah di tempat sendiri.
Friday, May 27, 2011
Dia tak solat tapi dapat jugak berjaya kat dunia nie.
Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.
Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?
Maka saya hendak bertanya kepada anda.
Adakah anda tahu apa itu istidraj?
Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.
Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.
Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,
“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”
Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.
Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al- Quran.Nah… Apakah itu yang kita mahu?
Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?
Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.
Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.
Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.
Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.
Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.
“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,
“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”
Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,
“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”
Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.
Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?
Saya yakin tidak..
Anda tenang sekarang?
Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.
Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.
Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.
p/s Satu tulisan yang sangat dekat dengan kita dan amat wajar dan perlu untuk kita renungi balik segala perbuatan kita selama ini.Kredit tulisan daripada blog Azman .Di pagi Jumaat yang mulia ini, ada baiknya kita berfikir tentang ilmu, amal dan taqwa kita.
Wednesday, May 25, 2011
Check In, Check Out
Hari nie aku dah terima kontrak keje.Kontrak selama 3 bulan. Memang ngam2 lah sepanjang cuti semester aku nie. Agak2 dah habis 3 bulan nanti, memang cari idea nak chow lah.Sekarang nie dah masuk 2 minggu keje.Setakat nie , ok lah.Biasa lah kerja kaunter kan, asyik berdiri je lah.Duduk pun kejap-kejap je.Tapi yang best, memandangkan sekarang nie musim panas, so aku nikmati sepenuhnya waktu kerja sebab berada dalam aircond.haha.Bab lain, so far not bad.In fact, i found this job really train my communications skills.The most important part that i found for the past 2 weeks, experience is gold.Another thing is, this job also help me to improve and polish my english.i thought my english is good but i thought wrong.Totally wrong.And this is the perfect platfrom for me, for the whole 3 months for me to polish up again my english, especially speaking . In addition to that, i get to add new experience and gained new knowledge about world view from the hotel or tourism perspective. Unfortunately, i found one little disturbing problem , which is clashes with Red Warrior. My line work require me to work in shift and right now i have to carefully manage my work timetable so that i would be able to watch Red Warrior played.The most anticipated date would be this upcoming FA Cup Final on 11 June. I think i have to make up some concrete excuses.Just don't tell my bos.I guess that's all for now.Need to get some sleep and some food.Bye.
p/s those want to book rooms in KB, just give me a call.haha
Sunday, May 22, 2011
Sama-sama sedekahkan Al Fatihah
Negara kita digemparkan dengan kejadian tanah runtuh di Hulu Langat semalam. Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa.Sehingga sekarang ini, seramai 16 orang mangsa disahkan terkorban dalam tragedi tersebut. Kita sebagai saudara Muslim seharusnya menolong apa yang patut kepada mereka. Amat besar pahala kepada mereka yang membantu anak-anak yatim tersebut yang sekarang sangat memerlukan pertolongan.Tragedi ini merupakan satu ujian daripada Allah kepada kita semua.Bersamalah kita sedekahkan Al Fatihah kepada mangsa tragedi.
p/s/ Selangor adalah sebuah negeri dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat.Aku tak pelik kalau tragedi ini akan dimanipulasi oleh mana-mana parti politik.Tunggu dan Lihat.
p/s/ Selangor adalah sebuah negeri dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat.Aku tak pelik kalau tragedi ini akan dimanipulasi oleh mana-mana parti politik.Tunggu dan Lihat.
Thursday, May 19, 2011
Sekitar berita ringkas pasal 'Naik'
Sekitar seminggu dua nie banyak berita pasal 'kenaikan'.Tak percaya? Cuba belek balik surat khabar, baca dalam blog atau tengok kat dalam FB, dari sukan sampai ke politik dan barang-barang keperluan harian biasa, boleh dikatakan semuanya naik. Dulu ada orang pernah cakap, kat Malaysia, selalunya banyak yang 'naik', yang selalu turun hanyalah hujan.Tapi musim sekarang (kat Kelantan la), hujan pun tak turun. Panas terik setiap hari. Hanya semalam baru hujan. Baiklah jom kita tengok apa yang menarik mengenai isu 'kenaikan' seminggu dua nie.
- Ron 97 dah naik. Si Ayah Dafi cakap kerajaan akan kaji harga Ron 95 pulak lepas nie.Senang cerita akan naik jugak lah minyak tue nanti.Ingat orang bodoh dengan ayat macam tue.Betul tak?
- Gula naik jugak.Mungkin selepas nie sekilo gula kena bayar 5.00.Alasan kerajaan, dapat kurang pesakit diabetes dan kencing manis.Naikkan je jadi 10rm sekilo, baru ramai yang tanam tebu sendiri kat halaman rumah.Yang duk flet atau apartmen, tanam je kat beranda.Tiada beranda? letak dalam pasu, letak kat dapur. Menteri-menteri senang-senang je naikkan gula, jenis suka tanam tebu di bibir.Yang menderita orang bawah-bawah nie.
- Tarif Elektrik pun akan naik jugak nanti.Aku rasa negara kita nie banyak empangan yang digunakan untuk memacu tenaga hidro, tapi kenapa perlu lagi naikkan tarif.Satu alasan yang dibaca,dikeluarkan oleh kementerian , disebabkan kenaikan harga petrol.Jadi selepas nie, kena kurangkan penggunaan komputer untuk surf lah.Dah la panas, perlu pasang kipas atau aircond, sekarang elektrik naik pula, kena berjimat.
- Baru sekejap ini Kelantan naik ke puncak Liga Super.Dengan kemenangan 3-1 ke atas Felda ditambah dengan Selangor yang mengalami 3 kekalahan berturut-turut, yang terbaru di tangan Tteam di Terengganu, Kelantan naik kembali merampas puncak takhta liga daripada Selangor.Selepas ini diharapkan Kelantan dapat mengekalkan konsistensi dalam mengharungi baki perlawanan liga super disamping bersiap menentang Terengganu dalam perlawanan akhir Piala FA nanti pada bulan depan.
- Yang terakhir. Darah naik.Ini adalah kombinasi apabila semua harga barang keperluan akan naik akibat daripada kenaikan minyak dan gula serta tarif elektrik.Dari penjual kepada pemborong serta pembeli, pasti semua akan marah.Cuba cakap siapa yang tak marah bila terpaksa keluarkan duit lebih untuk menyara keluarga? Bagi pak-pak menteri yang dah ada elaun ribu-ribuan tak mengapalah, yang sakit adalah rakyat biasa.Tapi bila pilihanraya, rakyat biasa nie mudah saja tertipu dengan sogokan seratus dua untuk undi parti-parti yang bertanding.Padahal kita ambil seratus dua yang diambil dari kita lebih daripada itu.
- Aku harapkan selepas ini parti lain yang naik untuk tadbir negara.Ada kajian yang agak lucu bagi aku apabila sebuah kajian mendapati populariti pemimpin parti Merah semakin naik di Kelantan dan pemimpin utama parti Hijau di Kelantan semakin menurun. Yang aku dapat lihat, secara keseluruhannya, populariti parti Hijau serta 'kawan-kawan' semakin menaik di negara kita. Kajian tersebut mungkin sekadar untuk menaikkan semangat parti tertentu barangkali.
Wednesday, May 18, 2011
Stadium Baru
Hari ini, Dato Tuan Guru Nik Aziz, selaku MB Kelantan buat pengumuman kepada media bahawa kerajaan negeri bersetuju untuk membina sebuah stadium baru yang boleh memuatkan sehingga 40 ribu penyokong bagi satu-satu masa. Ini merupakan satu berita gembira kepada seluruh peminat Red Warrior.Buat masa sekarang , sudah ada persetujuan untuk mendirikan stadium tersebut di Bukit Merbau, Pasir Putih. Selepas ini kerajaan negeri akan membuat perancangan yang lebih lanjut mengenai siapa yang dipertanggungjawabkan untuk membuat stadium tersebut dan seterusnya bila tarikh stadium dijangka siap.
Berita ini merupakan satu berita yang sangat-sangat ditunggu oleh semua rakyat Kelantan.Semua sedia maklum stadium Sultan Muhammad ke 4 sudah terlalu lama dan tidak mampu lagi menampung kapasiti penyokong yang ramai setiap kali ada perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Kelantan.Seiring dengan peningkatan prestasi skuad Red Warrior sekarang, stadium baru amatlah perlu.Dengan stadium baru ini, bukan saja dapat menjana pendapatan kepada KAFA, kerajaan negeri, penduduk sekitar dan seterusnya kepada peminat dan pembangunan sukan bola sepak di negeri Kelantan.Diharapkan sangat agar pembinaan stadium ini dapat dilakukan dengan segera dan tidak menjadi satu lagi projek gajah putih.Meskipun begitu, kerajaan negeri perlu memantau setiap projek stadium oleh kontraktor agar tiada masalah yang terjadi seperti yang berlaku di Terengganu.Stadium baru ini perlu berciri moden dan bersifat islamik dalam usaha menyediakan keselesaan kepada para peminat.
Gomo Kelate Gomo
Terima Kasih kerajaan negeri.Tidak perlu lagi bergantung kepada kerajaan BN.
p/s..baru balik kerja.Esok perlu mula shift pagi.awal pagi.Menunggu keputusan FAM untuk tetapka\n tarikh dan tempat final Piala FA baru mahu rancang pergi tengok Kelantan lwn Terengganu nanti.

Sunday, May 15, 2011
Rasuah Bola Sepak
Bola sepak dan wang ringgit memang tidak boleh dipisahkan. Bagai aur dengan tebing.Saling membantu dan juga saling membunuh dan merosakkan. Sekarang ini semua orang boleh saksikan, liga bola sepak tempatan semakin rancak dan prestasi pasukan negara juga meningkat setelah menang Piala Suzuki tahun lepas. Dalam negara kita, bilangan peminat membanjiri stadium semakin meningkat.Mungkin secara kebetulan, Kelantan antara pasukan yang sentiasa mendapat perhatian ramai sejak 3 tahun ini dan ribuan peminat Red Warrior yang sentiasa memenuhi stadium mencetuskan gelombang kerancakan liga bola sepak tempatan.Sekarang ini, apabila pasukan Kelantan beraksi sama ada di KB atau di luar, pasti stadium akan penuh dengan penyokong.Selangor, Johor FC, Terengganu, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan antara pasukan-pasukan yang mempunyai penyokong ramai setiap kali mereka beraksi di stadium.
Namun satu benda yang kurang enak didengari apabila ada ura-ura rasuah mula menyelinap masuk ke negara kita. Tahun lepas ada kes, apabila pemain-pemain Piala Presiden ditahan kerana disyaki menjual permainan. Baru-baru ini, apabila Kelantan menang besar dengan Selangor,ada peminat yang mengatakan pemain Selangor mengambil rasuah.Kenapa apabila Kelantan menang besar, isu rasuah ditimbulkan? Kenapa apabila Perak membelasah Kelantan di Ipoh sebelum ini dengan jaringan besar, 4-0, tidak timbul isu rasuah?
Peminat Kelantan menerima kekalahan tersebut, malah aku, yang tengok perlawanan tersebut, mengakui Perak pada malam tersebut handal. Kami, peminat serta penyokong bola sepak secara amnya, sangat-sangat membenci gejala rasuah.Walaupun aku masih kecil pada tahun 1994 ( aku darjah 4) tapi aku masih ingat macam mana gejala rasuah memusnahkan liga malaysia pada masa tersebut. Dan selepas kes 1994, Malaysia ketinggalan dari segi bola sepak berbanding negara-negara jiran yang lain. Stadium juga sunyi kerana peminat sudah tidak mempercayai sukan bola sepak lagi.
Sekarang ini, semahu-mahunya, semua pihak perlu membanteras rasuah.Bola Sepak tempatan selalu diuar-uarkan sebagai professional, jadi semua pihak perlu bersikap dan bertindak sedemikian.Pemain dan pengurusan perlu professional.Mungkin kita boleh katakan, gelagat penyokong negara kita masih tidak 'professional' berbanding negara lain tetapi kita semakin ke arah yang lebih baik.Jadi, jangan lagi kita memberi muka kepada segelintir pihak yang cuba mengaut untung dengan rasuah ini.
Ya, aku faham kadang-kadang sebagai peminat, kita tidak boleh terima sesuatu kekalahan. Aku sebagai peminat Kelantan sangat faham.Mungkin peminat Selangor tidak boleh terima kekalahan.Tapi kenapa perlu sedemikian, Selangor masih lagi antara pasukan terkuat Malaysia dengan sejarah 32 kali Juara Piala Malaysia dan piala-piala yang lain. Buat masa ini, Kelantan antara pasukan yang boleh dikatakan terkuat di dalam negara. Kenapa peminat Selangor tidak boleh menerima satu kekalahan dengan menimbulkan isu rasuah? Aku tak kata semua tapi segelintir. Menang kalah adalah adat permainan. Macam kata KDevan mengenai ulasan selepas perlawanan tempoh hari, 'bukan malam Selangor'. Sukan bola sepak paling berkait rapat dengan 'luck' Jadi , bagi aku, malam tempoh hari, luck pemain Selangor tidak ada dan Kelantan mengambil sepenuhnya peluang yang ada.Aku tak kata Selangor , 'team' yang lemah. Kalau mereka lemah, masakan mereka memimpin liga? Bila isu rasuah diutarakan oleh peminat, sebenarnya ramai pihak yang skeptikal dengan liga kita.Pemain contohnya, akan terasa sangat lemah semangat apabila dituduh jual permainan, sekalipun mereka sudah berikan yang terbaik tetapi masih tidak mencukupi. Pihak pengurusan akan dapat tempias kerana bila rasuah dibincangkan, orang akan menuding jari kepada pengurusan kerana tidak pandai jaga pemain sedangkan mereka sudah menjaga dan mengurus sesebuah pasukan dengan cukup rapi.
Akhir kata, aku sangat-sangat tidak menyokong rasuah dan menyeru semua supaya membanteras rasuah daripada memusnahkan liga bola sepak yang kita semua sayangi.Dan sebagai peminat Red Warrior, Kelantan menunjukan kepada semua, Kelantan antara pasukan yang terkuat di tanah air. Gomo Kelate Gomo
p/s..bersiap sedia untuk menyokong Red Warrior malam esok di stadium.Meskipun sudah ada bekalan cukup selesa (5-1) tetapi pasti pemain Kelantan tidak mahu bersikap lewa dan pasti mahu peminat yang sentiasa membanjiri stadium Sultan Muhammad ke 4, terhibur dengan mutu dan kemenangan ke atas Selangor malam esok.Jangan lupa temujanji dengan perlawanan Kelantan vs Selangor malam esok.Sesiapa yang tidak dapat ke stadium, buka Astro Arena, 801.

Saturday, May 14, 2011
Tragedi 13 May - Stadium Shah Alam
Semalam..berlaku lagi tragedi 13 Mei.Tragedi yang mengegarkan negara pada 1969 apabila berlaku rusuhan kaum bermula di Selangor melibatkan kaum Melayu dan Cina sehingga berlaku pertumpahan darah dan menyebabkan darurat diumumkan. Semalam, 13 Mei berlaku lagi dan sekali lagi berlaku di Selangor tetapi bukan rusuhan kaum seperti dahulu.Semalam tragedi 13 Mei berlaku di Stadium Shah Alam, stadium keramat Red Giants, Selangor, Juara Terbanyak Piala Malaysia, nama besar bola sepak di Malaysia. Semalam Selangor rebah, kecundang, tersungkur, terjelepuk, tersadung digelanggang sendiri. Lawannya? Kelantan, Red Warrior, negeri Pantai Timur, negeri yang sinonim dengan PAS, kuasa bola sepak yang mengungguli arena bola sepak negara sejak 2008, juara bertahan Piala Malaysia. Keputusan semalam, muktamad, Kelantan 5 - Selangor 1. Satu keputusan yang sangat-sangat mengejutkan semua peminat bola sepak tempatan.
Satu ketika, aku sendiri tidak percaya dengan keputusan terbabit tetapi memang itulah realitinya. Kelantan membelasah Selangor di gelanggang lawan.Dan yang lebih menyakitkan, selain rebah dengan kekalahan yang besar di gelanggang sendiri, Selangor masih perlu datang ke Kota Bharu pada 16 Mei nanti.Sambutan Hari Guru tidak akan bermakna bagi peminat bola sepak Selangor pada tahun ini. Kelantan sudah boleh dikatakan menempah kaki ke Bukit Jalil 11 Jun nanti. Lawannya? meskipun ada lagi satu perlawanan antara Terengganu dan Pahang, tetapi berdasarkan kepada keputusan semalam (Phg 2 - Trg 3), peminat boleh mula membayangkan Derby Pantai Timur pada final nanti. Terengganu vs Kelantan.Satu perlawanan yang sangat ditunggu-tunggu.
Berbalik kepada perlawanan separuh akhir pertama Piala FA semalam, K Devan, dalam temuramah semalam menyalahkan penjaga gol sebagai punca skuadnya kalah teruk. (Suara Sukan Anda: Devan Terkejut, Salahkan Penjaga Gol Punca Kekalahan Terbesar).
Aku tak tengok perlawanan semalam,sekadar tengok ulasan perlawanan, kesemua pemain skuad Selangor perlu disalahkan.Tidak patut dipersalahkan seratus peratus kepada penjaga gol seorang.Sbg contoh, Real Madrid kalah kepada Barcelona dengan jaringan lebih kurang serupa (5-0), Jose Mourinho tidak menyalahkan sepenuhnya kepada penjaga golnya.Malah Real ada penjaga gol antara terhebat di dunia, Iker Casillas.Jadi apa sebenarnya punca kekalahan Selangor semalam? Satu yang pasti, gol awal Kelantan menyuntik semangat Red Warrior untuk terus bermain dan menyerang dan mungkin juga skuad Selangor 'underestimate' Kelantan, berdasarkan kepada keputusan Liga Super sebelum ini.Mungkin juga kepenatan tapi Kelantan juga kepenatan kerana datang dari Seremban.Apa-apa pun semalam aku rasa Kelantan bermain cukup hebat. Kawan aku yang pergi stadium semalam mengatakan semua pemain Kelantan semalam beraksi pada tahap tertinggi. Kalau Rajagopal tengok semalam, sepatutnya lebih ramai pemain Kelantan dipanggil untuk mewakili skuad Malaysia. Safiq Rahim? AmirulHadi? kemana mereka semalam.Pasti pengurus dan presiden Selangor malu besar semalam.
Sebelum mengundur diri, Kelantan akan menanti Selangor di KB Isnin nanti.Dengan bekalan gol yang besar dan 'away' gol lagi, tidak ada masalah ataupun alasan untuk Kelantan untuk melangkah ke Bukit Jalil pada perlawanan akhir.Dan aku ? pasti akan bertandang ke stadium nanti. Kelantan tidak boleh terlalu megah, dalam bola sepak semuanya boleh terjadi, tetapi yang pasti, kubu kuat Kelantan di KB akan memberi tekanan kepada mana-mana pasukan pelawat.
Gomo Kelate Gomo
p/s sangat-sangat puas hati.Aku sekarang nie tengok replay Formasi yang minggu lepas yang membincangkan mengenai apa yang akan berlaku perlawanan semalam.K Devan yang tengok game Negeri Sembilan lawan Kelantan, mengatakan bahawa 'strikeforce' Kelantan agak pincang sekarang tapi tengok pada game semalam, 'strikeforce' Kelantan adalah yang terbaik di Malaysia.Zainal Abidan Rawop mengatakan Kelantan dan Selangor masing-masing ada motivasi untuk bermain dan pasti semalam motivasi terbesar Red Warrior adalah datangnya daripada ribuan penyokong,peminat fanatik kelantan yang hadir di Shah Alam semalam.
Dan perlawanan semalam adalah 'clean' jangan sesiapa tuduh rasuah atau sebagainya apabila jaringan besar berlaku.Kalau betul rasuah berlaku sepatutnya Selangor yang lebih kaya daripada Kelantan malah bermain di stadium sendiri lagi.
"Kami terima kekalahan semalam dgn hati terbuka..xde unsur rasuah pn..sape yg g stadium smalam mmg akui Selangor serba xmenjadi semalam....disebalik kesungguhan pemain2 Kelantan yg cukup lincah smlm..mne ade rasuah...jgn jdikan unsur2 lain jd isu dlm kekalahan smlm..kita perbaiki je mutu perlawanan demi kemajuan bolasepak pasukan kita...setuju bro???"
- JoeKhan Rafeezey (penyokong s'gor)...
Wednesday, May 11, 2011
Siapa mahu pahala lebih, bayar dengan Proton
Sedang aku melayari internet diwaktu tengah hari ini menanti makan nasi , aku terbaca satu artikel dari blog ini...Tun M menyeru rakyat Malaysia untuk membeli kereta Proton kerana ianya akan jadi amal jariah. Ini sudah bagus.Sesiapa yang ada kereta proton tue, gamaknya setiap kali kita pandu , mesti dapat pahala sebab tolong orang.Bak kata Tun M lagi, bila kereta Proton laku, syarikat maju, lagi ramai kerja ngan Proton maka makin banyak orang yang terasa dengan duit yang kita beli ngan Proton.Memang sungguh bernas seruan Tun M.
Aku juga sokong bila orang cakap amal jariah tue bukan setakat kepada barangan Proton sahaja kan.Sepatutnya kepada semua barangan yang diakui dibuat di Malaysia.Sebut la apa-apa saja, hotel ke, kedai makan ke, minyak wangi, kita boleh buat amal jariah tau.Rakyat nie maklumlah, sekarang nie banyak dosa sebab asyik duk membangkang, duk mencarut , menyumpah seranah kerajaan je. Jadi, langkah untuk kurang kan dosa dan tambah pahala adalah dengan membeli kereta proton.Tak mengapa kualiti kereta tue amat kurang berbanding kereta lain.Amal Jariah. Tak mengapa harga Proton lebih kurang sama dengan harga kereta import yang telah dikenakan cukai yang tinggi gila.Amal jariah.Kalau kerajaan tak letak cukai tinggi, siapa la yang nak dapat pahala kan.Memang pasti tiada orang nak beli kereta proton.Jadi terima kasih kepada kerajaan sebab buat proton.Aku bangga ada proton.Tak mengapa lah 'power window' rosak sentiasa.Sekurang-kurang dapat pahala.Nak beli kereta import? Mahal.Aku pun senang hati je tengok bila ramai pemimpin kita pakai kereta proton.Dulu kerajaan BN bising pasal kos penyelenggaraan Perdana mahal sebab tue kerajaan Terengganu beli kereta lain. Kerajaaan Perak pun beli kereta Camry tak silap aku.Pemimpin kan.Kita rakyat biasa mana mampu nak beli kereta macam diorang. Satu lagi, diorang dah banyak buat amal jariah.Diorang pemimpin.Banyak tanggungjawab tue.Sebab tue kena pakai kereta yang ada 'class'. Air muka kena jaga.Sama macam raja-raja di negara kita nie.Pasal amal jariah nie hanya untuk rakyat-rakyat biasa je.Orang kaya-kaya memang tak mahu amal-amal jariah nie.Kita kat Malaysia nie kan selalu dengar alah membeli, menang memakai tetapi bila kes Proton nie, dua-dua alah.Tapi nak buat macam manakan, disebabkan kos hidup tinggi, Proton jugaklah yang mampu walaupun mahal.Orang akan cakap, terserah kepada individulah, itu hak dia, kemampuan dia. Betul, aku sokong.Tapi kita semua tak nak buat amal jariah ke? jadi lepas ini, kita semua beli kereta proton ye.
Berkaitan juga dengan harga barang yang dah naik sekarang ini.Lepas ini menteri -menteri akan cakap kenaikan ini membantu negara.Kan dah buat amal tue.Jadi kita berentilah mencarut-carut ye.Harga minyak naik sebab nak kurangkan kereta di jalan raya.Kan bijak alasan menteri macam tue. Harga gula naik sebab nak kurangkan diabetes dikalangan rakyat.Amat bijak laksana alasan menteri-menteri.Menteri-menteri nie agak-agak minum air tak pagi-pagi kat warung-warung? Mungkin masa nak mengundi kot baru turun minum dengan rakyat kan.Satu lagi, PM kita ada cakap, nak jadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi. Amat bagus langkah jangka panjang najib nie.Aku sokong. baru la negara kita jadi macam negara lain kat Eropah pasnie.Lepas nie graduan tak payah risau, keluar je universiti, gaji basic graduan baru pasti 3 atau 4 ribu. Lepas nie memang semua orang kaya.Tapi najib pernah ke tanya gaji basic dengan bandar-bandar selain KL atau Selangor di Malaysia nie. Kat KB nie, gaji jurujual syarikat buku yang boleh katakan besar jugak lah, hanya 450 tau.Tue pangkat SPM atau Diploma.Member aku keluar dengan ijazah kerja kat KB, 1200.00. Berpendapatan tinggi tak? Sama halnya dengan yang kat KL atau Selangor. Memang lah 2000 dan ada yang 3000 tapi tolak tol, minyak, gula, makan, sewa rumah..berapa yang tinggal? Nanti bila aku cakap macam nie akan ada yang kata, itu lah dulu tak nak belajar rajin-rajin, pastu tak dapat kerja best-best.Allah kurniakan setiap orang berbeza otak.Kalau takde orang berkerja peringkat bawah siapa lagi, sekarang nie pun dah ramai pendatang asing.Cuba fikir dengan lebih luas, takkan la semua orang Tuhan bagi pandai semua, semua orang boleh jadi jurutera, doktor.Habis siapa yang nak tanam padi, siapa nak jual beras, siapa yang nak sapu lantai, siapa yang nak bawa lori, siapa yang nak jadi cashier? Kita semua bergantung antara satu sama lain Rezeki berbeza.Apa yang kerajaan boleh lakukan adalah bantu setakat yang boleh.Pakcik yang sapu lantai gaji 400 tue pun bayar cukai, amal jariah tau dan setiap ringgit yang dia bayar itu jugaklah yang masuk buat bayar gaji setiap menteri-menteri yang ada kat Malaysia nie.Jangan kita lupa tue.
Akhir kata, member aku sebelum ini ada lalu kat kilang proton, berkemungkinan akan ada model baru Proton yang akan keluar nanti.Jadi berebut-berebutlah kita ye beli Proton dan buat amal jariah.Lupakan saja impian nak beli kereta Eropah ataupun Jepun, tak dapat buat amal pun dengan beli kereta tue.Patut saranan Tun M ditujukan kepada pemimpin. Kalau pemimpin bangga dengan Proton, baru kami rakyat biasa bangga dengan pemimpin.Sekarang? pergi mampus lah pemimpin yang tidak jalankan tugas dan amanah dengan sebaiknya, diakhirat nanti, aku akan mintak Allah hakimi seadil-adilnya, aku nak tengok akhirat nanti, malaikat heret sekor-sekor pemimpin yang makan rasuah, tak adil, songlap duit rakyat.Kita sama-sama nanti di akhirat nanti.
Orang dah tak baca suratkhabar sekarang
Daripada kecik, kita rakyat Malaysia dimomokkan dengan budaya membaca.Dan, dalam agama sendiri, surah pertama yang diturunkan ke bumi adalah mengenai membaca.Ibu bapa suruh anak-anak membaca buku untuk berjaya dalam peperiksaan. Para guru galakkan anak murid membaca untuk berjaya dalam hidup. Membaca adalah asas bagi ketamadunan. Itu memang tidak dinafikan lagi.
Namun, bahan yang dibaca selalunya menjadi perdebatan. Ada kajian cakap rakyat Malaysia kurang membaca. Kalau bahan-bahan ilmiah amat kurang dibaca oleh rakyat jelata. Para pensyarah sendiri mengeluh kerana mahasiswa kurang membaca.Bukan saja malas membaca bahan ilmiah malah bahan umum pun kurang dibaca. Yang lebih diminati di negara kita adalah kisah-kisah hiburan. Jika tidak masakan majalah berunsur hiburan dan mistik laku di pasaran.
Dulu, kita digalakkan membaca akhbar.Tetapi malangnya akhbar sekarang nie bukan satu bahan bacaan yang wajar dibaca oleh rakyat terutamanya kanak-kanak. Sebagai contoh, Harian Metro yang lebih kepada unsur seks. Ada seorang yang aku kenali memberitahu, dia takkan beli Metro kerana banyak elemen seks dan berita-berita yang tidak tahu kesahihannya kerana bimbang adiknya yang masih kecik akan terpengaruh dengan apa yang dibaca.Akhbar sekarang juga terlampau banyak sangat bahan politik. Bahan politik kotor. Sekarang kawan-kawan aku dah tak baca Berita Harian, Utusan dan sebagainya. Bagi pelajar jurusan sama dengan aku, mereka lagi berminat untuk membaca suratkhabar Bahasa Inggeris.Tetapi membacanya bukan untuk mengetahui pengetahuan semasa tetapi untuk meningkatkan kemampuan berbahasa.
Kadang-kadang kita tertanya, kenapa media cetak seperti akhbar begitu taksub dengan politik kotor? Sehingga boleh memecahkan kaum dan memainkan sentimen berbahaya agama? Bagi aku ada dua. Satunya itu adalah cara untuk menunjukkan sokongan kepada parti memerintah. Keduanya untuk laku di pasaran.Sebab yang pertama memang jelas. Utusan dan Berita Harian kita dapat lihat, memang 'lidah' bagi pihak UMNO. Sama seperti Suara Keadilan dan Harakah untuk parti pakatan rakyat. Tetapi malangnya, dalam dunia serba canggih sekarang ini, kebanyakkan anak muda lebih muda mendapatkan berita di dunia internet. Melalui blog dan sekarang ini Facebook menjadi medan sampaikan apa-apa berita. Kita dapat lihat sendiri, jualan akhbar semakin menurun dan salahnya adalah mereka sendiri. Ya, aku tahu akhbar mempunyai tanggungjawab sosial. Tetapi sepatutnya mereka lebih beretika dan mengamalkan dasar terbuka dan bebas. Kita lihat akhbar hebat dunia, New York Times, ataupun Chicago Tribune, isinya padat, berita terkini dan bebas. Ada yang akan menyangkal bahawa Malaysia tidak sama seperti USA yang mengamalkan demokrasi bebas. Kenapa tidak boleh? Media sepatutnya neutral.Tugas mereka menyampaikan apa yang ada.Bagi hak untuk menilai sepenuhnya kepada rakyat.Apabila aku baca akhbar sekarang ini seolah-olah tulisan yang ada sememangnya bertujuan untuk menyuap dan hanya berpaling kepada satu pihak sahaja.
Sekarang ini, trend politik dalam media boleh dikaitkan dengan pilihanraya umum.Memang tarikhnya belum diketahui tetapi semua pasti sedia maklum, PRU akan berlangsung jugak samada dalam tahun ini ataupun tahun depan.Sepatutnya media cetak memainkan berita yang lebih berpaksikan kepada hal semasa masyarakat Malaysia.Kenapa tidak disiarkan pandangan orang ramai mengenai harga gula yang dah naik? kaji kesan harga gula kepada ekonomi rakyat umum. Kenapa harga minyak naik sedangkan harga minyak dunia tidak pula naik? Gula dan minyak adalah komiditi terpenting bagi rakyat. Kenaikan dua barang ini akan banyak mempengaruhi benda lain. Satu alasan yang selalu diberikan apabila berkaitan dengan kenaikan gula adalah dapat mengurangkan diabetes. Adakah kajian dibuat untuk menyokong penyataan ini ataupun sekadar pandangan peribadi? Pihak bergaji besar pasti tidak terasa dengan kenaikan gula.Semua tahu walaupun gula naik hanya 20sen, harga minuman dan makanan akan turut naik selepas ini.
Akhir kata, masih banyak berita lain yang boleh diketengahkan oleh pihak akhbar selain daripada mencanang berita politik kotor.Dengan kes video seks yang dituduh, aku seakan malu dengan rakyat negara lain. Apabila mereka melihat media kita, mereka akan berkata, adakah begini pemikiran rakyat Malaysia yang berunsurkan seks dan tuduh-menuduh.Dan sekarang , elemen keagamaan dan perlembagaan pula yang dimainkan.Secara ringkasnya aku boleh katakan, tidak salah generasi muda tidak membaca akhbar sekarang kerana ia hanya akan membazir masa dan wang. Adalah lebih menjimatkan untuk membaca dari dalam dunia internet.Jadi jangan salahkan rakyat jika budaya membaca tidak ada dalam masyarakat sekarang. Salahkan kepada media dan parti pemerintah.
Tuesday, May 10, 2011
10 juta USD...Kaya aku
Semalam aku dapat email nie..dan aku rasa scam macam nie dah berlambak orang lain terima kan.
pengirim email nie katanya Mr Philip dari Eropah.
taktik dia, dia ceritakan ada duit dkt 10 juta USD (banyak tue, kalau convert dekat 20 juta jugak tue)
Dia kata bank taknak jaga dah duit banyak tue, jadi dia nak guna account bank kita untuk transfer duit tue dari europe.
Kita akan dapat komisen 30 percent daripada jumlah tue.Jadi secara kasarnya, kita akan dapat lebih kurang 3 juta lebih USD lah dengan hanya bagi no account dan detail selebihnya.
Kalau betul apa yang dia katakan, bukan sahaja tetiba aku jadi jutawan malah antara yang termuda kot.hahaha.
tapi malangnya, semua nie taktik penipuan yang biasa ada sekarang.
Gila apa nak bagi duit banyak-banyak macam tue kat orang yang biasa dan tambahan lagi dekat Malaysia pulak tue.Apa sudah takde orang kat Europe sana? Yang tambah lagi pelik, kenapa mahu guna bank kita?
Kalau betul email nie sah ataupun benar, sudah pasti pengirim dia akan letakkan nama yang penuh berserta beberapa identiti sah yang lain seperti address ke, letter head ke ataupun sebagainya lagi lah.]
kesimpulannya, angan-angan mahu jadi jutawan tak akan pernah menjadi selagi tak berusaha sendiri.Jutawan Fakir lakonan Apek pun berusaha ambil duit rompakan. Ini nak jadi jutawan dengan email je? Memang sangat-sangat tak lojik.
p/s---Negeri Sembilan vs Kelantan malam nie dan diikuti dengan Man City vs Spurs.Dua perlawanan yang sangat menarik.Jom kita tengok ini malam
Saturday, May 7, 2011
Liga Super - masih sengit
Semalam saingan liga super berlangsung.Dan setelah tamat kesemua perlawanan, nampaknya tiada perubahan di tangga teratas liga.Kelantan masih mendahului setelah menang dengan Kedah di tempat sendiri. Selangor di tangga kedua setelah menang tipis dengan Johor FC. Terengganu pula ditangga ketiga setelah menang besar dengan Kuala Lumpur di laman sendiri.Nampaknya, peminat bola sepak tempatan semakin rancak membicarakan pasal persaingan liga.Jika liga EPL akan sampai kemuncaknya pada malam esok dengan perlawanan 'winner takes all' Man Utd lawan Chelsea, sama juga halnya yang berlaku dengan saingan liga super pada musim ini. Kelantan, Selangor dan Terengganu, pasti mahu mengekalkan rekod kemenangan masing-masing sekiranya mahu dinobatkan sebagai juara liga super musim 2011.Ketiga-tiga pasukan ini tidak mahu ketinggalan mata dan hanya mata kemenangan akan menentukan siapa yang akan menjulang trofi liga super pada penghujung musim nanti. Dan selepas ini perlawanan separuh akhir Piala FA akan berlangsung. Sekali lagi, tiga pasukan teratas liga berserta Pahang akan berjuang berhabis-habisan dalam usaha mencari tempat ke perlawanan akhir di Bukit Jalil. Perlawanan tumpuan sudah pasti Kelantan - Selangor.Dua pasukan yang turut bersaing dalam liga.Perlawanan yang membabitkan kedua-dua pasukan ini sentiasa menghidangkan aksi menarik samada didalam ataupun diluar padang. Pemain, penyokong malah pihak pengurusan kedua-dua pasukan ini sentiasa mencari kelebihan dari segenap segi dalam usaha mencari kemenangan.
Akhir kata, bantulah bola sepak negara kita dengan memenuhkan stadium negeri masing-masing.
Akhir kata, bantulah bola sepak negara kita dengan memenuhkan stadium negeri masing-masing.
Friday, May 6, 2011
Apabila Sultan Muhammad ke 5 bertitah
DYMM Sultan Muhammad ke 5, Sultan Kelantan bertitah bahawa baginda mahu melihat lebuhraya dibina di Kelantan. Baginda turut bertitah, sekiranya negeri-negeri lain mempunyai lebuhraya, kenapa Kelantan tidak boleh? Secara tersiratnya, titah baginda ini ditujukan kepada kerajaan negeri dan kerajaan pusat.Pembinaan lebuhraya di Kelantan yang menghubungkan Gua Musang atau KB ke Bentong atau KL akan memberi manfaat kepada semua orang tak kira pegangan politik.Setiap kali cuti atau perayaan, jalanraya menghala ke Kelantan samada dari Kuala Lipis atau Grik ataupun dari KT akan penuh sesak.Kenapa kerajaan pusat masih tidak mahu memberikan lebuhraya kepada rakyat Kelantan?Satu sebab utama yang mungkin menjadi batu penghalang adalah sebabnya Kerajaan PAS Kelantan.Tetapi kenapa politik dijadikan alasan utama? Aku rasa dengan pembinaan lebuhraya, kerajaan BN Najib-Rosmah dapat menarik undi rakyat Kelantan yang ramai.Dan segala kata-kata sinis yang mengatakan bahawa Kelantan adalah negeri yang mundur adalah satu kata-kata yang tidak berasas. Apa asas yang mengatakan negeri ini adalah negeri mundur dan tidak layak ada lebuhraya? kepada mereka yang belum datang ke negeri ini, sila datang ke sini dan nilai sendiri adakah negeri Kelantan ini mundur ataupun sama seperti negeri-negeri lain.Nilai dan banding dengan negeri dibawah pimpinan BN yang sejak lagi merdeka. Perlis, Melaka, Sabah malah Sarawak aku berani kata bahawa negeri mereka tidak lah begitu maju malah ada setengah bahagian lebih teruk daripada Kelantan meskipun mereka sudah berada di bawah BN sejak berzaman. Yang bertambah pelik, Sabah dan Sarawak ada hasil bumi yang banyak tapi masih lagi mundur terutamanya dari segi pendidikan.Kelantan tidak bertuah macam negeri lain yang ada hasil bumi. Dan jika ada hasil bumi pun, kerajaan pusat sekat dan tidak bagi hak sebetulnya kepada rakyat Kelantan. Tapi kami masih lagi mampu hidup.Kami masih maju.Jika negeri kami tidak diberikan kemajuan, kami memajukan negeri orang lain. Kita semua hidup dalam satu negara. Tengok saja di Selangor atau KL, berapa ramai rakyat Kelantan yang ada.Adakah dengan penghijrahan rakyat Kelantan disana memberi petunjuk bahawa negeri Kelantan adalah mundur? Salah.Jika ukuran sedemikian diambil maka semua negeri patut tidak membenarkan rakyat mereka keluar dari negeri masing-masing.Bukan rakyat Kelantan keluar disebabkan negeri mundur tapi disebabkan kerajaan pusat tidak memberi peluang kepada negeri Kelantan hanya disebabkan perbezaan politik dan pegangan.Nabi SAW sendiri tidak mendiskriminasikan bangsa lain semasa baginda memerintah Madinah. Malah bangsa dan agama lain diberikan hak. Tapi kenapa kerajaan pusat seakan-akan mendiskriminasi rakyat Kelantan yang berbeza pegangan politik.Mungkin BN terlalu alergik dengan warna hijau.
Baiklah, berbalik kepada titah baginda Sultan Muhammad ke 5, Yayasan Kelantan yang akan dilancarkan di KLCC esok akan membantu golongan kurang upaya dan miskin. Baginda turut menambah sekiranya berkat Tok Guru, serta rakyat sekalian, insyaAllah , baginda akan bertemu jodoh kembali. Baginda Sultan semasa menjawab soalan pemberita mencemar duli dengan membahasakan dirinya sebagai "saya" dan "kita".Sesungguhnya baginda sultan adalah seorang raja yang berjiwa rakyat. Baru-baru ini juga baginda sultan mencemar duli menonton perlawanan bola sepak antara Kelantan dan Selangor di Stadium KB dan baginda hanya memakai jersey dan tidak berprotokol. Kami rakyat Kelantan sungguh bertuah dan bersyukur berada dibawah lindungan dan pemerintahan DYMM Sultan.Semoga tuhan akan memanjangkan umur DYMM Sultan.Sebelum ini, rakyat Kelantan sudah bosan dengan karenah kemelut Istana malah menjadi bahan tawa negeri-negeri lain di Malaysia tetapi kini kami berbangga mendapat Sultan yang berjiwa rakyat.Satu perkara lagi, baginda sultan juga menukar daulat tuanku kepada takbir allahuakbar.Bukankah itu sangat sangat baik?
p/s..aku berbangga aku pernah bersekolah selama 5 tahun di sekolah sempena nama Sultan Muhammad ke 5 , di Pengkalan Chepa, sebuah sekolah yang sentiasa mendapat nama didalam negeri Kelantan dan Malaysia.Daulat Tuanku.
Wednesday, May 4, 2011
Kerja part time idaman
Esok dah masuk hari Khamis.Dah nak hampir seminggu berada kat rumah nie.Rasa macam kejap pulak masa berlalu sehari demi sehari walaupun takde benda nak buat selain makan, tidur, layan internet.Almaklumlah, kat UPM sebelum nie kadang-kadang je layan tenet, jadi bile dah balik rumah nie, asal bukak mata hadap internet, asal nak pejam mata, hadap tenet.Sebelum nie aku cakap aku nak mencari kerja. Rupanya bukan senang nak cari kerja tapi bukan susah nak dapat kerja. Kerja ada cuma atas kita mahu atau tidak. Dan bagi aku yang pemalas nie, banyak sangat songeh bila berkenaan dengan kerja.Nak kuruskan badan? kerja buruh binaan ada tapi terpaksa bersaing dengan indon.Kerja waiter? aku takut nanti pecah habis gelas dan pinggan kedai makan tue nanti.Kerja tuisyen? kebanyakan pusat tuisyen mahu cikgu yang dah berpengalaman. Aku nie sekadar pengalaman jadi cikgu praktikal 3 bulan je dulu.Ada satu company nie tepon aku nak set up interview untuk jadi event crew.Aku tercengang kejap sebab aku sendiri tak ingat masa bila aku isi benda tue kat jobstreet atau jobsdb.Masalahnya tempat interview kat midvalley dan pagi esok kul 10 pagi.Terpaksa tolaklah, mana sempat nak pergi sana padahal baru je balik KB. Aku ingat seminggu nie aku mahu rilek-rilek sambil mencari ala kadar dulu. Bermula sabtu nie barulah dengan serius mencari kerja.Takde sangat kerja, aku jadi tukang cuci kereta .2 bulan sudah.Asal isi waktu siang.Sekarang nie duk isi waktu siang tidur tapi rasa macam dalam sauna sebab kat KB panas terik sekarang nie.
Oklah, cukup bercerita pasal aku.Sekarang aku cuba buatkan list kerja part time idaman budak-budak u sempena cuti semester yang lama giler nie.
Oklah, cukup bercerita pasal aku.Sekarang aku cuba buatkan list kerja part time idaman budak-budak u sempena cuti semester yang lama giler nie.
- Tukang tengok perlawanan bola (lelaki dan perempuan)- yang nie memang aku nak.Kan elok setiap persatuan bola sepak negeri wujudkan jawatan macam nie.Confirm ramai mintak.Tak perlu bagi elaun mahal sekadar bagi tiket free dan RM10 setiap perlawanan untuk makan dan minum. Dengan cara nie, aku pasti, setiap stadium bola sepak akan penuh dengan budak-budak u.Agaknya Tan Sri Annuar Musa boleh wujudkan tak jawatan nie?
- Driver keluarga - Driver nie berbeza dengan mat despatch atau delivery pizza atau mcd.Sebabnya, driver jenis nie akan memandu kereta dan bukan menunggang motosikal.Setiap 30km yang dipandu akan dibayar sebanyak RM10.Mahu? memang bodoh la siapa yang tak mahu kan. Kelayakan? ada lesen dan tahu selok belok pergi pejabat anta parent atau pergi sekolah anta adik beradik, pagi dan petang. Malam boleh rilek basuh kereta.
- Advertisement analysist.Jawatan nie cukup senang.Bukak mata, bukak tv dan layan tv sampai malam.Dalam sejam tengok tv tue, catit secara kasar iklan yang ada kat dalam tv.Cukup bulan boleh hantar kat media prima dan astro.Setiap rumusan iklan akan dibayar sebanyak RM10 bergantung kepada isi kandungan.Bijak?
- Penjaga rumah.Yang nie paling senang.Setiap hari hanya perlu jaga rumah dan kawasan sekitar. Gaji minimum? ikut suka tuan punya rumah merangkap parent kita.Kelebihan? tak susah dan tak panas serta sangat selesa.Boleh pakai apa jua pakaian asalkan rumah terjaga.
- Surfer.Jawatan nie sangat popular bagi budak-budak u.Zaman sekarang kan zaman internet. Jadi patut ada jawatan dibuat kepada orang yang kerjanya surf internet je dari pagi sampai malam. Makan pun depan laptop malah nak tidur pun internet terbukak lagi.Gaji? dibayar setelah ditolak bil internet. Kelebihan? boleh bersosial networking dan berpeluang menambah gaji melalui pelbagai cara dalam internet.
- Pembaca..Kerja nie hanya untuk orang yang minat membaca sahaja.Elaun dibayar mengikut bahan bacaan. Kalau setakat baca majalah mastika atau ujang tue baik bagi RM2 je buat beli air teh o ais.Bahan bacaan kena berkualiti. Kerja macam nie memang sangat bermanfaat buat semua penuntut universiti sebab dah la dapat isi masa, dapat tambah ilmu, dapat pulak duit.Aku cadangkan satu novel Dan Brown dibayar RM20, novel Ramlee Awang Murshid , RM10 dan journal-journal berat dibayar RM15.
Senario Liga Super 2011 Pusingan Kedua
Liga Super Malaysia 2011 baru sahaja memulakan pusingan keduanya.Semalam, telah berlangsung beberapa perlawanan dalam liga bolasepak tempatan kita.Jika dilihat, saingan liga super pada musim ini amat menarik dan jauh berbeza daripada tahun lepas.Setakat hari ini (mengambil kira keputusan perlawanan semalam), Kelantan masih lagi berada diatas takhta liga dengan hanya dipisahkan oleh Selangor melalui perbezaan jaringan gol yang amat besar yang diperolehi oleh Kelantan. Terengganu pula berada satu mata di belakang Selangor. Perak, Kedah, Harimau Muda A berada di kelompok pertengahan sementara Negeri Sembilan, Sabah, Perlis dan TTeam menghuni tangga bawah liga. Saingan pusingan pertama liga super secara kasarnya boleh dikatakan milik Kelantan apabila awal-awal lagi memimpin liga dan Perak yang secara mendadak meningkat naik dibawah anak buah Cikgu Jan.Selangor dilihat tempang setelah kehilangan Safee Sali, penyerang berbisa mereka.Negeri Sembilan dan Tteam, dua pasukan yang dilihat kuat kerana dibarisi nama-nama hebat mengalami beberapa siri kekalahan menyebabkan jurulatih mereka dipecat. Wan Jamak kini melatih Kedah setelah dibuang oleh Negeri Sembilan manakala Azrai Khor mengambil kerusi panas Negeri Sembilan. Mat Zan juga telah dikosongkan kerusi selaku pengendali skuad TTeam.
Pada pusingan pertama, peminat tempatan pasti masih ingat tentang kehandalan Perak yang muncul sebagai satu-satunya pasukan yang tidak pernah kalah dalam saingan liga. Namun begitu, Perak kemudiannya tiba-tiba lesu malah mengalami kekalahan yang besar di tangan Terengganu dan Negeri Sembilan. Kelantan pula pada penghujung pusingan pertama mengalami sedikit kemerosotan. Bermula dengan kekalahan kepada TTeam , kalah besar di Ipoh dan seri dengan Sabah di KB. Namun, anak buah Datuk M Karathu kembali bangkit dan dibukti dengan kejayaan membenam Selangor di KB. Selangor meskipun kehilangan penyerang utama mereka, masih antara skuad terkuat di Malaysia. Barisan tengah mereka yang rata-rata dibintangi dengan skuad kebangsaan masih utuh dan berjaya menghuni tangga teratas liga. Terengganu pula mengekalkan kecemerlangan mereka apabila setakat ini seri dengan Kelantan (KB) dan Selangor ( KT). Irfan Bakti berjaya mengendalikan skuad yang dilihat amat pantas dari segi serangan.
Bagi kategori pemain pula, Akmal Rizal wajar dilihat sebagai seorang penyerang yang masih berbisa dalam saingan pusingan pertama liga super. Namun, setakat hari ini, NorShahrul Idlan membuktikan bahawa dia adalah penyerang handal negara apabila menjaringkan gol terbanyak (12) dalam saingan liga. Abdul Hadi mengikuti dibawah beliau manakala Badri Radzi ditangga ketiga. Beberapa nama besar yang pada permulaan musim dilihat mampu menyerlah seakan-akan tenggelam. Fakhri Sharani yang dibeli Negeri Sembilan masih belum memperlihatkan ketajaman beliau. Zaquan Adha masih bergelut dengan kecederaan. Nor Farhan dan Indra yang menjadi tonggak utama Kelantan musim lepas masih mencari rentak dengan skuad TTeam. Khairul Fahmi 'Apek' dilihat masih lagi gah sebagai penjaga gawang no 1 Malaysia manakala Syed Adney yang kini bermain dengan Sabah dilihat berjaya mengembalikan tahap kepercayaan dirinya.Selangor masih lagi mencari penjaga gol yang berwibawa setelah Iqbal dilihat kurang konsisten.
Saingan liga super pada musim ini juga menjadi pentas bagi skuad Harimau Muda A, skuad Kebangsaan dibawah kendalian Ong Kim Swee untuk mencuba dan menguji anak-anak muda negara sebelum melangkah ke saingan kelayakan olimpik.Skuad Perlis pula yang dibarisi rata-rata pemain muda seakan-akan sudah mengalah dan hanya mengharapkan keajaiban akan berlaku.
Saingan untuk menjadi juara liga pada musim ini akan menjadi sengit diantara Selangor, Kelantan dan Terengganu. Tambah menarik, ketiga-tiga pasukan ini juga akan berentap dalam saingan separuh akhir Piala FA pada pertengahan bulan ini.
Kepada semua peminat bola sepak tempatan pasti merasa gembira dengan kerancakan liga sekarang. Pun begitu, berita kembalinya pemain import pada musim depan pasti akan sedikit menggusarkan bola sepak tempatan. Dari satu sudut, kehadiran mereka dilihat mampu membawa liga kita ke tahap yang lebih tinggi dan lebih menarik tapi dari sudut yang berbeza, pemain import ini akan menutup peluang pemain-pemain muda kita yang berbakat. Apa-apa pun, FAM perlu memantau pengambilan pemain import dalam saingan liga pada musim hadapan agar ianya tidak membebankan pasukan dari segi kewangan.
Satu bahagian yang wajar dibicarakan disini juga adalah keghairahan penonton tempatan. Dengan adanya astro arena, dilihat peminat semakin mengenali dan merasai bahang liga super pada musim ini.Meskipun kehadiran penonton di stadium masih lagi kurang namun sekurang-kurangnya terdapat pendedahan oleh media dalam menyampaikan kerancakan bola sepak tempatan kepada rakyat malaysia secara amnya.langkah ini dalam jangka masa yang panjang akan mengundang minat dan seterusnya akan membuat peminat tempatan memenuhi stadium untuk menyokong pasukan masing-masing.
Akhir kata, makan bola, tido bola, sokong biar bijok.
p/s..media sangat penting dalam sukan.

Gomo Kelate Gomo(kredit kepada KelantanFA.com) |
Tuesday, May 3, 2011
Bermula lah cuti
Hari ini dah masuk 3 hari ke dalam bulan Mei.Hari ini dah masuk hari ke 4 aku memulakan cuti semester yang panjang. Hari ini dah mula rasa bosan apabila duduk kat rumah, tiada benda nak dibuat. Hari ini sudah mula mahu mencari kerja. Hari ini KB masih lagi panas macam sebelum-sebelum ini. Hari ini, berkira mahu tidur awal sebab El Classico yang terakhir bagi musim ini akan berlangsung awal pagi nanti.Hari ini....
Blog ini jika dilihat sejak sebulan kebelakangan ini kurang nukilan terbaru.InsyaAllah, selama cuti ini nanti, blog ini akan kembali aktif seperti sebelum ini.Rasanya,blog ini juga akan dilakukan sedikit perubahan.
Dalam bercakap mengenai kerja sementara, aku rasa bermula dengan minggu ini, ramai budak-budak u akan mula mencari kerja kosong dalam mengisi masa lapang cuti semester 4 bulan ini nanti. Jadi, pasti ramai yang akan gembira kerana mereka tak perlu bayar mahal sangat kepada pekerja sementara seperti budak u macam aku nie. Tapi, dalam mencari kerja sementara, aku bukanlah mahu mengatakan aku sangat cerewet dalam mencari kerja, aku akui aku bukanlah pandai sangat nak bercakap mengenai kerja nie tapi yang aku tahu, dalam kita mencari kerja sementara, jangan sekadar tangkap muat je, semua kerja pun rembat kan.
Apa-apapun, selamat mencari kerja kepada semua.

Subscribe to:
Posts (Atom)