Friday, May 6, 2011

Apabila Sultan Muhammad ke 5 bertitah


DYMM Sultan Muhammad ke 5, Sultan Kelantan bertitah bahawa baginda mahu melihat lebuhraya dibina di Kelantan. Baginda turut bertitah, sekiranya negeri-negeri lain mempunyai lebuhraya, kenapa Kelantan tidak boleh? Secara tersiratnya, titah baginda ini ditujukan kepada kerajaan negeri dan kerajaan pusat.Pembinaan lebuhraya di Kelantan yang menghubungkan Gua Musang atau KB ke Bentong atau KL akan memberi manfaat kepada semua orang tak kira pegangan politik.Setiap kali cuti atau perayaan, jalanraya menghala ke Kelantan samada dari Kuala Lipis atau Grik ataupun dari KT akan penuh sesak.Kenapa kerajaan pusat masih tidak mahu memberikan lebuhraya kepada rakyat Kelantan?Satu sebab utama yang mungkin menjadi batu penghalang adalah sebabnya Kerajaan PAS Kelantan.Tetapi kenapa politik dijadikan alasan utama? Aku rasa dengan pembinaan lebuhraya, kerajaan BN Najib-Rosmah dapat menarik undi rakyat Kelantan yang ramai.Dan segala kata-kata sinis yang mengatakan bahawa Kelantan adalah negeri yang mundur adalah satu kata-kata yang tidak berasas. Apa asas yang mengatakan negeri ini adalah negeri mundur dan tidak layak ada lebuhraya? kepada mereka yang belum datang ke negeri ini, sila datang ke sini dan nilai sendiri adakah negeri Kelantan ini mundur ataupun sama seperti negeri-negeri lain.Nilai dan banding dengan negeri dibawah pimpinan BN yang sejak lagi merdeka. Perlis, Melaka, Sabah malah Sarawak aku berani kata bahawa negeri mereka tidak lah begitu maju malah ada setengah bahagian lebih teruk daripada Kelantan meskipun mereka sudah berada di bawah BN sejak berzaman. Yang bertambah pelik, Sabah dan Sarawak ada hasil bumi yang banyak tapi masih lagi mundur terutamanya dari segi pendidikan.Kelantan tidak bertuah macam negeri lain yang ada hasil bumi. Dan jika ada hasil bumi pun, kerajaan pusat sekat dan tidak bagi hak sebetulnya kepada rakyat Kelantan. Tapi kami masih lagi mampu hidup.Kami masih maju.Jika negeri kami tidak diberikan kemajuan, kami memajukan negeri orang lain. Kita semua hidup dalam satu negara. Tengok saja di Selangor atau KL, berapa ramai rakyat Kelantan yang ada.Adakah dengan penghijrahan rakyat Kelantan disana memberi petunjuk bahawa negeri Kelantan adalah mundur? Salah.Jika ukuran sedemikian diambil maka semua negeri patut tidak membenarkan rakyat mereka keluar dari negeri masing-masing.Bukan rakyat Kelantan keluar disebabkan negeri mundur tapi disebabkan kerajaan pusat tidak memberi peluang kepada negeri Kelantan hanya disebabkan perbezaan politik dan pegangan.Nabi SAW sendiri tidak mendiskriminasikan bangsa lain semasa baginda memerintah Madinah. Malah bangsa dan agama lain diberikan hak. Tapi kenapa kerajaan pusat seakan-akan mendiskriminasi rakyat Kelantan yang berbeza pegangan politik.Mungkin BN terlalu alergik dengan warna hijau.

Baiklah, berbalik kepada titah baginda Sultan Muhammad ke 5, Yayasan Kelantan yang akan dilancarkan di KLCC esok akan membantu golongan kurang upaya dan miskin. Baginda turut menambah sekiranya berkat Tok Guru, serta rakyat sekalian, insyaAllah , baginda akan bertemu jodoh kembali. Baginda Sultan semasa menjawab soalan pemberita mencemar duli dengan membahasakan dirinya sebagai "saya" dan "kita".Sesungguhnya baginda sultan adalah seorang raja yang berjiwa rakyat. Baru-baru ini juga baginda sultan mencemar duli menonton perlawanan bola sepak antara Kelantan dan Selangor di Stadium KB dan baginda hanya memakai jersey dan tidak berprotokol. Kami rakyat Kelantan sungguh bertuah dan bersyukur berada dibawah lindungan dan pemerintahan DYMM Sultan.Semoga tuhan akan memanjangkan umur DYMM Sultan.Sebelum ini, rakyat Kelantan sudah bosan dengan karenah kemelut Istana malah menjadi bahan tawa negeri-negeri lain di Malaysia tetapi kini kami berbangga mendapat Sultan yang berjiwa rakyat.Satu perkara lagi, baginda sultan juga menukar daulat tuanku kepada takbir allahuakbar.Bukankah itu sangat sangat baik?

p/s..aku berbangga aku pernah bersekolah selama 5 tahun di sekolah sempena nama Sultan Muhammad ke 5 , di Pengkalan Chepa, sebuah sekolah yang sentiasa mendapat nama didalam negeri Kelantan dan Malaysia.Daulat Tuanku.

12 comments:

  1. a.a. kan..kenapa xnk buat highway~

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. puteri ain, di Sultan Kelantan telah tukar dari Daulat Tuanku kepada Allahuakhbar!

      Delete
  3. dan apabila kuasa itu lebih penting dari kebajikan

    ReplyDelete
  4. erm, rakyat perlu beri sokongan kepada kerajaan memerintah, dan kerajaan akan melaksanakan kehendak rakyat...

    Bagaimana pula mungkin selepas menghentam dan memaki orang, kita mengharapkan orang akan balas dengan budi dan bunga?

    dan Membuat lebuhraya di jalan negeri bukan tanggungjawab kerajaan pusat. itu fakta.

    ReplyDelete
  5. wah,..... orang kelantan rupanya....

    ReplyDelete
  6. alinac lover - tue laa psl.senang je kalau ada highway macam plus tue

    puteri ain - daulat.

    intan.maisarah - amat tepat sekali.sepatutnya kuasa digunakan untuk kebajikan dengan adil dan saksama

    Zulfikar Hazri - sebelum ini rakyat kelantan tidak memberi sokongan kepada kerajaan Bn yang memerintah Malaysia? meskipun PAS memerintah negeri tapi rakyat kelantan masih lagi menyokong dan tidak menafikan pemerintahan BN di peringkat pusat.Sekiranya rakyat kelantan tidak memberi sokongan, mana mungkin kerajaan pusat ditadbir dengan pekerja-pekerja yang datang dari Kelantan dan sebagainya?Yang menhentam dan memaki hanya segelintir tapi kena yang dihukum semua sekali.Terengganu menghentam juga dulu tapi diberikan juga? Selangor menghentam sekarang tapi kena tidak ditarik segala kemudahan dulu?Fakta? fakta datang dari buku mana? buku biru? selagi kelantan berada dlm malaysia, sudah jadi tanggungjawab BN untuk memberikan yang terbaik.terdapat beberapa bidang kuasa yang membezakan antara pusat dan negeri tapi jalan raya persekutuan bukan dibawah negeri.Jika negeri membuat jalanraya maka cukai rakyat kelantan patut diserahkan kepada negeri bukan dikutip oleh LHDN yang dibawah pusat.dan lebuhraya bermaksud jalan raya yang menghubungkan banyak negeri.


    Azham Vosovic -hahah.ambo ore kelate sejati.

    ReplyDelete
  7. 1. kerajaan tidak zalim utk menarik balik apa yg telah ada.

    2. pembinaan jalan negeri adalah urusan kerajaan negeri.

    3.menghentam tidak sama dengan syarat dari undi yang dikecapi.

    4. membina lebuhraya bukan jalan persekutuan.

    5. duit cukai LHDN bukan digunakan utk membiayai lebuhraya kelantan saja..

    6. LHDN tidak pernah membiayai pembinaan lebuh raya.

    7. lebuhraya dibina oleh konglomerat.

    8. lebuhraya p.pinang milik kerajaan negeri.

    9. menyokong kerajaan pusat dan negeri akan memudahkan kerajaan untuk memberi semula kepada rakyat..rakyat adalah kerajaan, kerajaan adalah rakyat.
    10. bagus semangat ko ni, membela hak org yang tertindas.. usaha lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1.kerajaan tidak zalim utk menarik balik apa yg telah ada? Namun adalah sebaliknya iaitu lihat dalam isu Royalti minyak yang telah dipersetujui dimana sewajarnya diberikan terus kepada kerajaan Kelantan tetapi sebaliknya diberikan kepada Jawatankuasa yang dilantik kerajaan persekutuan di peringkat negeri. Mengapa tidak meneruskan semangat persekutuan dengan memberikan terus kepada kerajaan negeri, Bukankah mewujudkan bias?

      2. pembinaan jalan negeri adalah urusan kerajaan negeri? Benar tetapi peruntukkan adalah dari kerajaan persekutuan dari wang yang disatukan (projek pembangunan)

      3.menghentam tidak sama dengan syarat dari undi yang dikecapi? Tidak kira samada dihentam atau tidak. Kerajaan persekutuan beramanah dalam memberikan agihan pembangunan disetiap negeri tanpa melihat latarbelakang politik. Masalahnya pembangunan paling banyak berlaku di Pantai Barat berbanding di Pantai Timur dan Malaysia Timur. Bagaimana sebuah parti yang memerintah melebihi 50 tahun tiada melihat masalah ini?

      4. membina lebuhraya bukan jalan persekutuan.
      Kebanyakan projek pembangunan lebuhraya (kontraktor Pusat) melalui kerajaan negeri. Bukankah terdapat kerjasama kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan (pihak pertama yang bertanggungjawab) dalam pelbagai projek pembangunan
      disetiap negeri?

      5. duit cukai LHDN bukan digunakan utk membiayai lebuhraya kelantan saja.
      :-) bagaimana dengan duit kerajaan (LHDN ke dan apa2 sahaja) digunakan untuk ball out, komisyen (kapal selam) pula?

      6. LHDN tidak pernah membiayai pembinaan lebuh raya? Siapa kata LHDN biayai lebuh raya. LHDN merupakan agensi yang membuat kutipan cukai yang kemudiannya wang itu dimasukkan dalam kumpulan wang disatukan untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan maka tanggungjawab kerajaan pusat dengan bijaksana mengagihkan peruntukan tersebut dengan ADIL.

      7. lebuhraya dibina oleh konglomerat.Semua pihak tahu highway dibina oleh kontraktor, konglomerat tapi dengan peruntukan dari kerajaan persekutuan (projek pembangunan dibawah Rancangan Malaysia).. kenyataan apa macam ni?

      8. lebuhraya p.pinang milik kerajaan negeri.

      9. menyokong kerajaan pusat dan negeri akan memudahkan kerajaan untuk memberi semula kepada rakyat..rakyat adalah kerajaan, kerajaan adalah rakyat. Tapi sedarkah anda kebanyakkan pertolongan yang diberikan adaah atas nama UMNO dan BN. Sedarkan anda bahawa setiap kali pemimpin kerajaan mengulas isu pembangunan akan dikaitkan dengan jasa BN walhal duit yang dikumpulkan diperolehi oleh semua rakyat tak kira berfahaman BN atau PR?

      Adakah 9 ulasan yang diberikan anda adalah yang 'terbaik' dan terbijak diberikan.. :-). Tepuk dada, berfikir guna akal dan bukan nafsu.

      Delete
  8. Replies
    1. apa yang anda setuju? kebodohan Zulfikar Hazri? hahaha

      Delete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share