Wednesday, May 4, 2011

Kerja part time idaman

Esok dah masuk hari Khamis.Dah nak hampir seminggu berada kat rumah nie.Rasa macam kejap pulak masa berlalu sehari demi sehari walaupun takde benda nak buat selain makan, tidur, layan internet.Almaklumlah, kat UPM sebelum nie kadang-kadang je layan tenet, jadi bile dah balik rumah nie, asal bukak mata hadap internet, asal nak pejam mata, hadap tenet.Sebelum nie aku cakap aku nak mencari kerja. Rupanya bukan senang nak cari kerja tapi bukan susah nak dapat kerja. Kerja ada cuma atas kita mahu atau tidak. Dan bagi aku yang pemalas nie, banyak sangat songeh bila berkenaan dengan kerja.Nak kuruskan badan? kerja buruh binaan ada tapi terpaksa bersaing dengan indon.Kerja waiter? aku takut nanti pecah habis gelas dan pinggan kedai makan tue nanti.Kerja tuisyen? kebanyakan pusat tuisyen mahu cikgu yang dah berpengalaman. Aku nie sekadar pengalaman jadi cikgu praktikal 3 bulan je dulu.Ada satu company nie tepon aku nak set up interview untuk jadi event crew.Aku tercengang kejap sebab aku sendiri tak ingat masa bila aku isi benda tue kat jobstreet atau jobsdb.Masalahnya tempat interview kat midvalley dan pagi esok kul 10 pagi.Terpaksa tolaklah, mana sempat nak pergi sana padahal baru je balik KB. Aku ingat seminggu nie aku mahu rilek-rilek sambil mencari ala kadar dulu. Bermula sabtu nie barulah dengan serius mencari kerja.Takde sangat kerja, aku jadi tukang cuci kereta .2 bulan sudah.Asal isi waktu siang.Sekarang nie duk isi waktu siang tidur tapi rasa macam dalam sauna sebab kat KB panas terik sekarang nie.

Oklah, cukup bercerita pasal aku.Sekarang aku cuba buatkan list kerja part time idaman budak-budak u sempena cuti semester yang lama giler nie.

  1. Tukang tengok perlawanan bola (lelaki dan perempuan)- yang nie memang aku nak.Kan elok setiap persatuan bola sepak negeri wujudkan jawatan macam nie.Confirm ramai mintak.Tak perlu bagi elaun mahal sekadar bagi tiket free dan RM10 setiap perlawanan untuk makan dan minum. Dengan cara nie, aku pasti, setiap stadium bola sepak akan penuh dengan budak-budak u.Agaknya Tan Sri Annuar Musa boleh wujudkan tak jawatan nie?
  2. Driver keluarga - Driver nie berbeza dengan mat despatch atau delivery pizza atau mcd.Sebabnya, driver jenis nie akan memandu kereta dan bukan menunggang motosikal.Setiap 30km yang dipandu akan dibayar sebanyak RM10.Mahu? memang bodoh la siapa yang tak mahu kan. Kelayakan? ada lesen dan tahu selok belok pergi pejabat anta parent atau pergi sekolah anta adik beradik, pagi dan petang. Malam boleh rilek basuh kereta.
  3. Advertisement analysist.Jawatan nie cukup senang.Bukak mata, bukak tv dan layan tv sampai malam.Dalam sejam tengok tv tue, catit secara kasar iklan yang ada kat dalam tv.Cukup bulan boleh hantar kat media prima dan astro.Setiap rumusan iklan akan dibayar sebanyak RM10 bergantung kepada isi kandungan.Bijak?
  4. Penjaga rumah.Yang nie paling senang.Setiap hari hanya perlu jaga rumah dan kawasan sekitar. Gaji minimum? ikut suka tuan punya rumah merangkap parent kita.Kelebihan? tak susah dan tak panas serta sangat selesa.Boleh pakai apa jua pakaian asalkan rumah terjaga.
  5. Surfer.Jawatan nie sangat popular bagi budak-budak u.Zaman sekarang kan zaman internet. Jadi patut ada jawatan dibuat kepada orang yang kerjanya surf internet je dari pagi sampai malam. Makan pun depan laptop malah nak tidur pun internet terbukak lagi.Gaji? dibayar setelah ditolak bil internet. Kelebihan? boleh bersosial networking dan berpeluang menambah gaji melalui pelbagai cara dalam internet.
  6. Pembaca..Kerja nie hanya untuk orang yang minat membaca sahaja.Elaun dibayar mengikut bahan bacaan. Kalau setakat baca majalah mastika atau ujang tue baik bagi RM2 je buat beli air teh o ais.Bahan bacaan kena berkualiti. Kerja macam nie memang sangat bermanfaat buat semua penuntut universiti sebab dah la dapat isi masa, dapat tambah ilmu, dapat pulak duit.Aku cadangkan satu novel Dan Brown dibayar RM20, novel Ramlee Awang Murshid , RM10 dan journal-journal berat dibayar RM15.
Sekian dulu coretan malam kali ini.Semoga semua yang mencari kerja akan dapat memenuhi waktu cuti dengan benda yang berfaedah.

3 comments:

  1. org x puas ati berkata...
    "ape pasal cpt sgt mu abes exam hah?!"

    ReplyDelete
  2. nok kijo part time gini retek..huhu

    ReplyDelete
  3. nabil - hahah.orang puas hati kata..aku paper sket sem nie.haha

    elly - haha.tue psl..tapi keje part time paling best adalah makan tidur.

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share