Saturday, May 7, 2011

Liga Super - masih sengit

Semalam saingan liga super berlangsung.Dan setelah tamat kesemua perlawanan, nampaknya tiada perubahan di tangga teratas liga.Kelantan masih mendahului setelah menang dengan Kedah di tempat sendiri. Selangor di tangga kedua setelah menang tipis dengan Johor FC. Terengganu pula ditangga ketiga setelah menang besar dengan Kuala Lumpur di laman sendiri.Nampaknya, peminat bola sepak tempatan semakin rancak membicarakan pasal persaingan liga.Jika liga EPL akan sampai kemuncaknya pada malam esok dengan perlawanan 'winner takes all' Man Utd lawan Chelsea, sama juga halnya yang berlaku dengan saingan liga super pada musim ini. Kelantan, Selangor dan Terengganu, pasti mahu mengekalkan rekod kemenangan masing-masing sekiranya mahu dinobatkan sebagai juara liga super musim 2011.Ketiga-tiga pasukan ini tidak mahu ketinggalan mata dan hanya mata kemenangan akan menentukan siapa yang akan menjulang trofi liga super pada penghujung musim nanti. Dan selepas ini perlawanan separuh akhir Piala FA akan berlangsung. Sekali lagi, tiga pasukan teratas liga berserta Pahang akan berjuang berhabis-habisan dalam usaha mencari tempat ke perlawanan akhir di Bukit Jalil. Perlawanan tumpuan sudah pasti Kelantan - Selangor.Dua pasukan yang turut bersaing dalam liga.Perlawanan yang membabitkan kedua-dua pasukan ini sentiasa menghidangkan aksi menarik samada didalam ataupun diluar padang. Pemain, penyokong malah pihak pengurusan kedua-dua pasukan ini sentiasa mencari kelebihan dari segenap segi dalam usaha mencari kemenangan.

Akhir kata, bantulah bola sepak negara kita dengan memenuhkan stadium negeri masing-masing.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share