Wednesday, May 11, 2011

Orang dah tak baca suratkhabar sekarang


Daripada kecik, kita rakyat Malaysia dimomokkan dengan budaya membaca.Dan, dalam agama sendiri, surah pertama yang diturunkan ke bumi adalah mengenai membaca.Ibu bapa suruh anak-anak membaca buku untuk berjaya dalam peperiksaan. Para guru galakkan anak murid membaca untuk berjaya dalam hidup. Membaca adalah asas bagi ketamadunan. Itu memang tidak dinafikan lagi.

Namun, bahan yang dibaca selalunya menjadi perdebatan. Ada kajian cakap rakyat Malaysia kurang membaca. Kalau bahan-bahan ilmiah amat kurang dibaca oleh rakyat jelata. Para pensyarah sendiri mengeluh kerana mahasiswa kurang membaca.Bukan saja malas membaca bahan ilmiah malah bahan umum pun kurang dibaca. Yang lebih diminati di negara kita adalah kisah-kisah hiburan. Jika tidak masakan majalah berunsur hiburan dan mistik laku di pasaran.

Dulu, kita digalakkan membaca akhbar.Tetapi malangnya akhbar sekarang nie bukan satu bahan bacaan yang wajar dibaca oleh rakyat terutamanya kanak-kanak. Sebagai contoh, Harian Metro yang lebih kepada unsur seks. Ada seorang yang aku kenali memberitahu, dia takkan beli Metro kerana banyak elemen seks dan berita-berita yang tidak tahu kesahihannya kerana bimbang adiknya yang masih kecik akan terpengaruh dengan apa yang dibaca.Akhbar sekarang juga terlampau banyak sangat bahan politik. Bahan politik kotor. Sekarang kawan-kawan aku dah tak baca Berita Harian, Utusan dan sebagainya. Bagi pelajar jurusan sama dengan aku, mereka lagi berminat untuk membaca suratkhabar Bahasa Inggeris.Tetapi membacanya bukan untuk mengetahui pengetahuan semasa tetapi untuk meningkatkan kemampuan berbahasa.

Kadang-kadang kita tertanya, kenapa media cetak seperti akhbar begitu taksub dengan politik kotor? Sehingga boleh memecahkan kaum dan memainkan sentimen berbahaya agama? Bagi aku ada dua. Satunya itu adalah cara untuk menunjukkan sokongan kepada parti memerintah. Keduanya untuk laku di pasaran.Sebab yang pertama memang jelas. Utusan dan Berita Harian kita dapat lihat, memang 'lidah' bagi pihak UMNO. Sama seperti Suara Keadilan dan Harakah untuk parti pakatan rakyat. Tetapi malangnya, dalam dunia serba canggih sekarang ini, kebanyakkan anak muda lebih muda mendapatkan berita di dunia internet. Melalui blog dan sekarang ini Facebook menjadi medan sampaikan apa-apa berita. Kita dapat lihat sendiri, jualan akhbar semakin menurun dan salahnya adalah mereka sendiri. Ya, aku tahu akhbar mempunyai tanggungjawab sosial. Tetapi sepatutnya mereka lebih beretika dan mengamalkan dasar terbuka dan bebas. Kita lihat akhbar hebat dunia, New York Times, ataupun Chicago Tribune, isinya padat, berita terkini dan bebas. Ada yang akan menyangkal bahawa Malaysia tidak sama seperti USA yang mengamalkan demokrasi bebas. Kenapa tidak boleh? Media sepatutnya neutral.Tugas mereka menyampaikan apa yang ada.Bagi hak untuk menilai sepenuhnya kepada rakyat.Apabila aku baca akhbar sekarang ini seolah-olah tulisan yang ada sememangnya bertujuan untuk menyuap dan hanya berpaling kepada satu pihak sahaja.

Sekarang ini, trend politik dalam media boleh dikaitkan dengan pilihanraya umum.Memang tarikhnya belum diketahui tetapi semua pasti sedia maklum, PRU akan berlangsung jugak samada dalam tahun ini ataupun tahun depan.Sepatutnya media cetak memainkan berita yang lebih berpaksikan kepada hal semasa masyarakat Malaysia.Kenapa tidak disiarkan pandangan orang ramai mengenai harga gula yang dah naik? kaji kesan harga gula kepada ekonomi rakyat umum. Kenapa harga minyak naik sedangkan harga minyak dunia tidak pula naik? Gula dan minyak adalah komiditi terpenting bagi rakyat. Kenaikan dua barang ini akan banyak mempengaruhi benda lain. Satu alasan yang selalu diberikan apabila berkaitan dengan kenaikan gula adalah dapat mengurangkan diabetes. Adakah kajian dibuat untuk menyokong penyataan ini ataupun sekadar pandangan peribadi? Pihak bergaji besar pasti tidak terasa dengan kenaikan gula.Semua tahu walaupun gula naik hanya 20sen, harga minuman dan makanan akan turut naik selepas ini.

Akhir kata, masih banyak berita lain yang boleh diketengahkan oleh pihak akhbar selain daripada mencanang berita politik kotor.Dengan kes video seks yang dituduh, aku seakan malu dengan rakyat negara lain. Apabila mereka melihat media kita, mereka akan berkata, adakah begini pemikiran rakyat Malaysia yang berunsurkan seks dan tuduh-menuduh.Dan sekarang , elemen keagamaan dan perlembagaan pula yang dimainkan.Secara ringkasnya aku boleh katakan, tidak salah generasi muda tidak membaca akhbar sekarang kerana ia hanya akan membazir masa dan wang. Adalah lebih menjimatkan untuk membaca dari dalam dunia internet.Jadi jangan salahkan rakyat jika budaya membaca tidak ada dalam masyarakat sekarang. Salahkan kepada media dan parti pemerintah.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share