Sunday, May 15, 2011

Rasuah Bola Sepak

Bola sepak dan wang ringgit memang tidak boleh dipisahkan. Bagai aur dengan tebing.Saling membantu dan juga saling membunuh dan merosakkan. Sekarang ini semua orang boleh saksikan, liga bola sepak tempatan semakin rancak dan prestasi pasukan negara juga meningkat setelah menang Piala Suzuki tahun lepas. Dalam negara kita, bilangan peminat membanjiri stadium semakin meningkat.Mungkin secara kebetulan, Kelantan antara pasukan yang sentiasa mendapat perhatian ramai sejak 3 tahun ini dan ribuan peminat Red Warrior yang sentiasa memenuhi stadium mencetuskan gelombang kerancakan liga bola sepak tempatan.Sekarang ini, apabila pasukan Kelantan beraksi sama ada di KB atau di luar, pasti stadium akan penuh dengan penyokong.Selangor, Johor FC, Terengganu, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan antara pasukan-pasukan yang mempunyai penyokong ramai setiap kali mereka beraksi di stadium.

Namun satu benda yang kurang enak didengari apabila ada ura-ura rasuah mula menyelinap masuk ke negara kita. Tahun lepas ada kes, apabila pemain-pemain Piala Presiden ditahan kerana disyaki menjual permainan. Baru-baru ini, apabila Kelantan menang besar dengan Selangor,ada peminat yang mengatakan pemain Selangor mengambil rasuah.Kenapa apabila Kelantan menang besar, isu rasuah ditimbulkan? Kenapa apabila Perak membelasah Kelantan di Ipoh sebelum ini dengan jaringan besar, 4-0, tidak timbul isu rasuah?

Peminat Kelantan menerima kekalahan tersebut, malah aku, yang tengok perlawanan tersebut, mengakui Perak pada malam tersebut handal. Kami, peminat serta penyokong bola sepak secara amnya, sangat-sangat membenci gejala rasuah.Walaupun aku masih kecil pada tahun 1994 ( aku darjah 4) tapi aku masih ingat macam mana gejala rasuah memusnahkan liga malaysia pada masa tersebut. Dan selepas kes 1994, Malaysia ketinggalan dari segi bola sepak berbanding negara-negara jiran yang lain. Stadium juga sunyi kerana peminat sudah tidak mempercayai sukan bola sepak lagi.

Sekarang ini, semahu-mahunya, semua pihak perlu membanteras rasuah.Bola Sepak tempatan selalu diuar-uarkan sebagai professional, jadi semua pihak perlu bersikap dan bertindak sedemikian.Pemain dan pengurusan perlu professional.Mungkin kita boleh katakan, gelagat penyokong negara kita masih tidak 'professional' berbanding negara lain tetapi kita semakin ke arah yang lebih baik.Jadi, jangan lagi kita memberi muka kepada segelintir pihak yang cuba mengaut untung dengan rasuah ini.

Ya, aku faham kadang-kadang sebagai peminat, kita tidak boleh terima sesuatu kekalahan. Aku sebagai peminat Kelantan sangat faham.Mungkin peminat Selangor tidak boleh terima kekalahan.Tapi kenapa perlu sedemikian, Selangor masih lagi antara pasukan terkuat Malaysia dengan sejarah 32 kali Juara Piala Malaysia dan piala-piala yang lain. Buat masa ini, Kelantan antara pasukan yang boleh dikatakan terkuat di dalam negara. Kenapa peminat Selangor tidak boleh menerima satu kekalahan dengan menimbulkan isu rasuah? Aku tak kata semua tapi segelintir. Menang kalah adalah adat permainan. Macam kata KDevan mengenai ulasan selepas perlawanan tempoh hari, 'bukan malam Selangor'. Sukan bola sepak paling berkait rapat dengan 'luck' Jadi , bagi aku, malam tempoh hari, luck pemain Selangor tidak ada dan Kelantan mengambil sepenuhnya peluang yang ada.Aku tak kata Selangor , 'team' yang lemah. Kalau mereka lemah, masakan mereka memimpin liga? Bila isu rasuah diutarakan oleh peminat, sebenarnya ramai pihak yang skeptikal dengan liga kita.Pemain contohnya, akan terasa sangat lemah semangat apabila dituduh jual permainan, sekalipun mereka sudah berikan yang terbaik tetapi masih tidak mencukupi. Pihak pengurusan akan dapat tempias kerana bila rasuah dibincangkan, orang akan menuding jari kepada pengurusan kerana tidak pandai jaga pemain sedangkan mereka sudah menjaga dan mengurus sesebuah pasukan dengan cukup rapi.

Akhir kata, aku sangat-sangat tidak menyokong rasuah dan menyeru semua supaya membanteras rasuah daripada memusnahkan liga bola sepak yang kita semua sayangi.Dan sebagai peminat Red Warrior, Kelantan menunjukan kepada semua, Kelantan antara pasukan yang terkuat di tanah air. Gomo Kelate Gomo

p/s..bersiap sedia untuk menyokong Red Warrior malam esok di stadium.Meskipun sudah ada bekalan cukup selesa (5-1) tetapi pasti pemain Kelantan tidak mahu bersikap lewa dan pasti mahu peminat yang sentiasa membanjiri stadium Sultan Muhammad ke 4, terhibur dengan mutu dan kemenangan ke atas Selangor malam esok.Jangan lupa temujanji dengan perlawanan Kelantan vs Selangor malam esok.Sesiapa yang tidak dapat ke stadium, buka Astro Arena, 801.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share