Thursday, May 19, 2011

Sekitar berita ringkas pasal 'Naik'

Sekitar seminggu dua nie banyak berita pasal 'kenaikan'.Tak percaya? Cuba belek balik surat khabar, baca dalam blog atau tengok kat dalam FB, dari sukan sampai ke politik dan barang-barang keperluan harian biasa, boleh dikatakan semuanya naik. Dulu ada orang pernah cakap, kat Malaysia, selalunya banyak yang 'naik', yang selalu turun hanyalah hujan.Tapi musim sekarang (kat Kelantan la), hujan pun tak turun. Panas terik setiap hari. Hanya semalam baru hujan. Baiklah jom kita tengok apa yang menarik mengenai isu 'kenaikan' seminggu dua nie.

  1. Ron 97 dah naik. Si Ayah Dafi cakap kerajaan akan kaji harga Ron 95 pulak lepas nie.Senang cerita akan naik jugak lah minyak tue nanti.Ingat orang bodoh dengan ayat macam tue.Betul tak?
  2. Gula naik jugak.Mungkin selepas nie sekilo gula kena bayar 5.00.Alasan kerajaan, dapat kurang pesakit diabetes dan kencing manis.Naikkan je jadi 10rm sekilo, baru ramai yang tanam tebu sendiri kat halaman rumah.Yang duk flet atau apartmen, tanam je kat beranda.Tiada beranda? letak dalam pasu, letak kat dapur. Menteri-menteri senang-senang je naikkan gula, jenis suka tanam tebu di bibir.Yang menderita orang bawah-bawah nie.
  3. Tarif Elektrik pun akan naik jugak nanti.Aku rasa negara kita nie banyak empangan yang digunakan untuk memacu tenaga hidro, tapi kenapa perlu lagi naikkan tarif.Satu alasan yang dibaca,dikeluarkan oleh kementerian , disebabkan kenaikan harga petrol.Jadi selepas nie, kena kurangkan penggunaan komputer untuk surf lah.Dah la panas, perlu pasang kipas atau aircond, sekarang elektrik naik pula, kena berjimat.
  4. Baru sekejap ini Kelantan naik ke puncak Liga Super.Dengan kemenangan 3-1 ke atas Felda ditambah dengan Selangor yang mengalami 3 kekalahan berturut-turut, yang terbaru di tangan Tteam di Terengganu, Kelantan naik kembali merampas puncak takhta liga daripada Selangor.Selepas ini diharapkan Kelantan dapat mengekalkan konsistensi dalam mengharungi baki perlawanan liga super disamping bersiap menentang Terengganu dalam perlawanan akhir Piala FA nanti pada bulan depan.
  5. Yang terakhir. Darah naik.Ini adalah kombinasi apabila semua harga barang keperluan akan naik akibat daripada kenaikan minyak dan gula serta tarif elektrik.Dari penjual kepada pemborong serta pembeli, pasti semua akan marah.Cuba cakap siapa yang tak marah bila terpaksa keluarkan duit lebih untuk menyara keluarga? Bagi pak-pak menteri yang dah ada elaun ribu-ribuan tak mengapalah, yang sakit adalah rakyat biasa.Tapi bila pilihanraya, rakyat biasa nie mudah saja tertipu dengan sogokan seratus dua untuk undi parti-parti yang bertanding.Padahal kita ambil seratus dua yang diambil dari kita lebih daripada itu.
  6. Aku harapkan selepas ini parti lain yang naik untuk tadbir negara.Ada kajian yang agak lucu bagi aku apabila sebuah kajian mendapati populariti pemimpin parti Merah semakin naik di Kelantan dan pemimpin utama parti Hijau di Kelantan semakin menurun. Yang aku dapat lihat, secara keseluruhannya, populariti parti Hijau serta 'kawan-kawan' semakin menaik di negara kita. Kajian tersebut mungkin sekadar untuk menaikkan semangat parti tertentu barangkali.
Sekian dulu coretan ringkas daripada peminat Red Warrior yang dalam 'mood' gembira sebab Kelantan naik ke puncak liga pada malam ini.Sudah mahu beradu dan berehat, esok 'mood' kerja agak teruja sebab boleh bangun lewat, shift mula tengah hari.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share