Saturday, May 14, 2011

Tragedi 13 May - Stadium Shah Alam



Semalam..berlaku lagi tragedi 13 Mei.Tragedi yang mengegarkan negara pada 1969 apabila berlaku rusuhan kaum bermula di Selangor melibatkan kaum Melayu dan Cina sehingga berlaku pertumpahan darah dan menyebabkan darurat diumumkan. Semalam, 13 Mei berlaku lagi dan sekali lagi berlaku di Selangor tetapi bukan rusuhan kaum seperti dahulu.Semalam tragedi 13 Mei berlaku di Stadium Shah Alam, stadium keramat Red Giants, Selangor, Juara Terbanyak Piala Malaysia, nama besar bola sepak di Malaysia. Semalam Selangor rebah, kecundang, tersungkur, terjelepuk, tersadung digelanggang sendiri. Lawannya? Kelantan, Red Warrior, negeri Pantai Timur, negeri yang sinonim dengan PAS, kuasa bola sepak yang mengungguli arena bola sepak negara sejak 2008, juara bertahan Piala Malaysia. Keputusan semalam, muktamad, Kelantan 5 - Selangor 1. Satu keputusan yang sangat-sangat mengejutkan semua peminat bola sepak tempatan.
Satu ketika, aku sendiri tidak percaya dengan keputusan terbabit tetapi memang itulah realitinya. Kelantan membelasah Selangor di gelanggang lawan.Dan yang lebih menyakitkan, selain rebah dengan kekalahan yang besar di gelanggang sendiri, Selangor masih perlu datang ke Kota Bharu pada 16 Mei nanti.Sambutan Hari Guru tidak akan bermakna bagi peminat bola sepak Selangor pada tahun ini. Kelantan sudah boleh dikatakan menempah kaki ke Bukit Jalil 11 Jun nanti. Lawannya? meskipun ada lagi satu perlawanan antara Terengganu dan Pahang, tetapi berdasarkan kepada keputusan semalam (Phg 2 - Trg 3), peminat boleh mula membayangkan Derby Pantai Timur pada final nanti. Terengganu vs Kelantan.Satu perlawanan yang sangat ditunggu-tunggu.
Berbalik kepada perlawanan separuh akhir pertama Piala FA semalam, K Devan, dalam temuramah semalam menyalahkan penjaga gol sebagai punca skuadnya kalah teruk. (Suara Sukan Anda: Devan Terkejut, Salahkan Penjaga Gol Punca Kekalahan Terbesar).
Aku tak tengok perlawanan semalam,sekadar tengok ulasan perlawanan, kesemua pemain skuad Selangor perlu disalahkan.Tidak patut dipersalahkan seratus peratus kepada penjaga gol seorang.Sbg contoh, Real Madrid kalah kepada Barcelona dengan jaringan lebih kurang serupa (5-0), Jose Mourinho tidak menyalahkan sepenuhnya kepada penjaga golnya.Malah Real ada penjaga gol antara terhebat di dunia, Iker Casillas.Jadi apa sebenarnya punca kekalahan Selangor semalam? Satu yang pasti, gol awal Kelantan menyuntik semangat Red Warrior untuk terus bermain dan menyerang dan mungkin juga skuad Selangor 'underestimate' Kelantan, berdasarkan kepada keputusan Liga Super sebelum ini.Mungkin juga kepenatan tapi Kelantan juga kepenatan kerana datang dari Seremban.Apa-apa pun semalam aku rasa Kelantan bermain cukup hebat. Kawan aku yang pergi stadium semalam mengatakan semua pemain Kelantan semalam beraksi pada tahap tertinggi. Kalau Rajagopal tengok semalam, sepatutnya lebih ramai pemain Kelantan dipanggil untuk mewakili skuad Malaysia. Safiq Rahim? AmirulHadi? kemana mereka semalam.Pasti pengurus dan presiden Selangor malu besar semalam.
Sebelum mengundur diri, Kelantan akan menanti Selangor di KB Isnin nanti.Dengan bekalan gol yang besar dan 'away' gol lagi, tidak ada masalah ataupun alasan untuk Kelantan untuk melangkah ke Bukit Jalil pada perlawanan akhir.Dan aku ? pasti akan bertandang ke stadium nanti. Kelantan tidak boleh terlalu megah, dalam bola sepak semuanya boleh terjadi, tetapi yang pasti, kubu kuat Kelantan di KB akan memberi tekanan kepada mana-mana pasukan pelawat.

Gomo Kelate Gomo

p/s sangat-sangat puas hati.Aku sekarang nie tengok replay Formasi yang minggu lepas yang membincangkan mengenai apa yang akan berlaku perlawanan semalam.K Devan yang tengok game Negeri Sembilan lawan Kelantan, mengatakan bahawa 'strikeforce' Kelantan agak pincang sekarang tapi tengok pada game semalam, 'strikeforce' Kelantan adalah yang terbaik di Malaysia.Zainal Abidan Rawop mengatakan Kelantan dan Selangor masing-masing ada motivasi untuk bermain dan pasti semalam motivasi terbesar Red Warrior adalah datangnya daripada ribuan penyokong,peminat fanatik kelantan yang hadir di Shah Alam semalam.

Dan perlawanan semalam adalah 'clean' jangan sesiapa tuduh rasuah atau sebagainya apabila jaringan besar berlaku.Kalau betul rasuah berlaku sepatutnya Selangor yang lebih kaya daripada Kelantan malah bermain di stadium sendiri lagi.
"Kami terima kekalahan semalam dgn hati terbuka..xde unsur rasuah pn..sape yg g stadium smalam mmg akui Selangor serba xmenjadi semalam....disebalik kesungguhan pemain2 Kelantan yg cukup lincah smlm..mne ade rasuah...jgn jdikan unsur2 lain jd isu dlm kekalahan smlm..kita perbaiki je mutu perlawanan demi kemajuan bolasepak pasukan kita...setuju bro???"
- JoeKhan Rafeezey (penyokong s'gor)...

 

1 comment:

  1. gomo kelate gomo..
    goodbye selangor..

    http://beritaterkinibolasepak.blogspot.com.

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share