Thursday, June 30, 2011

Cleaning Yellow

Clean is root word. Cleaning is just another word. Cleaned is in past tense form. to clean mean to do something about it.Clean can be a verb, an adjective and even a noun.

Aku kena guna perkataan 'clean' sekarang. Sebabnya, kalau cakap apa-apa mengenai 'be####' nanti polis akan tangkap. Semalam Hishamuddin kata semua yang berkaitan dengan Be#$%^ adalah haram jadi kalau tulisan dalam blog mengenai Be@##@ juga akan jadi haram dan aku boleh ditangkap oleh polis dan ditahan dalam satu undang-undang negara yang paling 'bagus' di dalam dunia ini. Baju kuning B@#@#H pun dah haram dipakai. Sesiapa yang nak keluar lepas ini diharap berwaspada apabila pakai baju warna kuning ye.Tak kisah la, jersey malaysia ke, baju sponge bob ke, baju hujan ke, ataupun baju melayu warna kuning, kalau polis nampak, polis akan tahan.Sebabnya warna kuning dan pihak polis boleh guna ISA untuk tahan mana-mana individu berkaitan dengan baju kuning nie.Terutama sekali menjelang 9 Julai nanti.

Bercakap lagi mengenai 9 Julai nanti, nampaknya semua orang takut mengenai perhimpunan tue nanti. Kenapa ya? takut jadi macam Mesir? Syria? Maghribi? Kalau kat tv sekarang nie, asyik-asyik duk canang pasal benda nie je. Salah lah, yang tue cakap dah rugi,yang nie cakap akan rugi, yang tue buat laporan polis, yang nie cakap dah SPRM dah ok, yang tue 'meroyan' nak lawan semua, yang nie cakap nak pakai baju merah. Kalau cakap pasal rugi, rakyat negara nie dah rugi sejak dulu lagi.Mana tak ruginya, sebelum PRU janji macam-macam, pastu rakyat undi, hilang ntah ke mana janji-janji tue.
Siapa yang rugi? Rakyat jugak kan.Tapi tak mengapa. Dunia nie sementara sahaja.Di akhirat kelak, orang yang menindas tue akan rugi. Allah akan hakimi seadil-adilnya.Sesetengah orang nie tak sedar yang dunia nie adalah pinjaman. Sesetengah orang tak sedar, buat jahat akan dibalas dengan adil oleh Allah nanti.Semua orang tak akan terlepas. Malaikat akan catit semuanya. Mahkamah Akhirat tak ada cacat celanya. Tak boleh rasuah hakim dan peguam. Tak leh manipulasi media. Undang-undang Allah adalah yang terbaik dan tidak tertanding oleh sesiapa. Selemah-lemah iman sekarang adalah berdoa akan Tuhan akan tunjukkan balasan kepada yang zalim dan penipu.

Bercakap lagi mengenai 9 Julai nanti.Kalau aku kat KL pasti aku dah pergi.Tambahan lagi hari yang sama ada reunion sekolah lama aku.Malangnya aku ada kat KB sekarang.Dan tidak mendapat kesempatan untuk turun ke KL.Aku boleh saksikan perkembangan itu di internet nanti. Sama-sama 'cleaning' to make it more 'clean'.

1 comment:

  1. fuh!! seb baik aku dan la delete entry aku pasal "tidak kotor"...seb baik tgk berita smalam, kalu dok naye doh tido lam lokap..huhu..

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share