Tuesday, June 14, 2011

Kelantan lawan Perak - Penentu Juara Liga Super 2011

Tepat am 8.45 malam ini, Kelantan akan menentang Perak dalam saingan liga super.Semua sedia maklum yang Kelantan masih lagi berduka kerana terlepas untuk menjulang Piala FA Sabtu lepas. Aku sendiri masih lagi terasa sakit bila tengok Terengganu yang pulang dengan Piala FA.Sudah 2 kali Kelantan kecewa dalam saingan Piala FA.Dan aku rasa, ramai penyokong Kelantan yang pergi ke Bukit Jalil tempoh hari turut kecewa + marah + sedih dengan kekalahan tersebut.Tak kurang juga ramai yang sudah putus asa untuk menyokong Kelantan selepas ini. Ada juga cakap-cakap yang Liga Super pun mungkin Kelantan akan jual kepada pasukan lain. Bukti yang peminat Kelantan sudah kecewa? Aku baru balik dari stadium jam 5 petang tadi.Suasananya tak semeriah sebelum ini. Kalau sebelum ini pukul 5 pun dah sesak kawasan stadium nie.Petang ini? Aku boleh masuk parking dekat dengan tempat orang jual tiket lagi.Malah aku boleh beli tiket untuk perlawanan malam ini tak perlu beratur pun.Dan aku tengok dekat kaunter tiket, berlambak lagi tiket.Satu faktor yang aku rasa malam nie stadium tak akan penuh adalah peminat dah fed up.Satu lagi sebab malam nie Astro akan siarkan siaran langsung.Dalam hal nie, aku rasa peminat tak salah kalau tak pergi stadium malam nie.Peminat Kelantan meskipun tak pergi stadium malam nie tak bermaksud mereka dah benci dengan pasukan Kelantan.Mereka mungkin kecewa buat sementara waktu sahaja.Tambahan lagi, mereka dah banyak habiskan duit untuk ke bukit jalil tempoh hari jadi malam ini mereka dah tak mahu habiskan duit.Almaklumlah, sekarang ini semua benda dah naik.
Peminat Kelantan , dan aku salah seorang daripadanya amat setia dengan Kelantan.Ya, aku tak berkesempatan tempoh hari untuk ke Bukit Jalil tapi itu tidak menjadikan aku tidak setia dalam sokongan kepada Kelantan. Peminat Kelantan setia pada pasukan. Adalah menjadi kebiasaan jika peminat marah dan kecewa dengan persembahan pasukan.Marah kerana mereka fanatik terhadap pasukan mereka. Peminat Liverpool pernah membakar Jersey Gerard kerana dia mahu keluar dari Liverpool. Peminat Celtic dan Rangers bertempur disebabkan mereka fanatik dengan kelab masing-masing.Ya, memang bola sepak adalah sekadar satu permainan.tapi permainan bola sepak adalah permainan hidup bagi sesetengah peminat.
Berbalik kepada perlawanan malam ini.Aku rasa Kelantan akan menang malam ini dan perlu menang untuk mendapatkan kembali kepercayaan peminat seterusnya mengukuhkan lagi peluang untuk menjulang trofi Liga Super.Aku rasa pemain-pemain Kelantan semuanya professional dan mereka dapat mengatasi memori kekalahan tempoh hari untuk mengejar kemenangan malam ini.Jadi kepada seluruh peminat Kelantan,sama-sama menyaksikan Kelantan lawan Perak malam ini.

p/s..Kalau stadium Kelantan runtuh, pasukan Kelantan semuanya patah kaki, kalah setiap perlawanan, tak menang trofi untuk berabad lama sekalipun, aku tetap sokong Kelantan.Negeri tanah tumpah darah.Dan jika berkesempatan, aku akan ke stadium untuk tengok Kelantan main walaupun hujan datang, angin kuat, tiket mahal, seluruh pasukan Kelantan kena Ban FAM.

2 comments:

  1. kelate pasti akan menang lawan sabah nanti...gomo kelate gomo...mental tu kena kawal..jgn patah semangat!

    ReplyDelete
  2. aku sokong mg pali...hidup kelate!!!-anis-

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share