Tuesday, June 7, 2011

Kito anok Kelate, bako ore berani

Gomo Kelate Gomo.Semalam memang malam yang cukup gembira buat peminat serta penyokong Red Warriors.Namun begitu aku je yang terpaksa ikuti perlawanan semalam antara Terengganu dengan Kelantan melalui internet disebabkan hotel tempat aku kerja takde astro arena.Sudah lah bekerja seorang diri di kaunter semalam kemudian terlepas pula tengok game ' top of the table clash' semalam. Walau apa pun, Kelantan mengejutkan seluruh peminat dengan mengalahkan Terengganu dengan jaringan 3-0. Secara jujurnya, aku sendiri tidak percaya dengan keputusan tersebut.Dua faktor kenapa aku cakap sebegitu.Sebelum perlawanan, Terengganu dilihat mempunyai lebih motivasi berbanding Kelantan.Bermain di tempat sendiri dan momentum daripada perlawanan sebelum ini.Walaupun Terengganu kalah kepada Kedah baru-baru ini, mereka masih lagi antara pasukan yang sangat kebal di gelanggang sendiri.Jadi sebelum perlawanan, aku hanya mengharapkan keputusan seri untuk Kelantan.Tambahan lagi, 'Apek' sekarang ini mewakili negara dan semalam Shahrizan yang menjadi penjaga gol disamping 2 tonggak pertahanan digantung. NorShahrul dan Chanturu pula baru balik dari mewakili Malaysia.Ya, semalam Terengganu juga sebelum perlawanan menghadapi 'sitback'. tonggak tengah mereka, ashaari juga digantung.Secara keseluruhanya, sebelum perlawanan bermula, kedua-dua pasukan diramal akan berhati-hati kerana mereka akan bertembung kembali dalam perlawanan akhir Piala FA sabtu nanti di bukit jalil.

Tapi, malam semalam, nampaknya kedua-dua pasukan memberikan permainan yang cukup menghiburkan. Aku sekadar tengok highlight semalam tapi aku boleh baca yang perlawanan semalam kedua-dua pasukan saling serang menyerang. Kelantan memperoleh gol awal melalui Izuan.Aku perhatikan, Izuan semakin mendapat tempat dalam kesebelasan utama Datuk M Karathu.Sebelum ini, K Soley yang banyak bermain di posisi berkenaan tapi Izuan berjaya membuktikan meskipun dia masih muda, dia mampu mengekang tekanan perlawanan besar. Norshahrul menambah 2 gol semalam seterusnya mengukuhkan lagi status sebagai penjaring terbanyak dalam liga super.Terbukti, NorShahrul adalah penyerang sensasi nombor satu negara.

Dan sekarang, persaingan liga yang hanya tinggal 2 perlawanan akan semakin sengit.Kelantan memerlukan satu kemenangan dan satu keputusan seri untuk menjulang trofi liga.Selangor semalam membelasah Perlis dengan jaringan 7-1 seterusnya membuka kembali peluang mencabar Kelantan di tangga teratas. Terengganu pula jatuh ke tangga ketiga. Selepas ini Kelantan akan menanti Perak di KB sebelum perlawanan terakhir yang menentang Sabah di Likas.Agak malang perlawanan terakhir Kelantan adalah 'away'.Pasti pemain serta peminat Kelantan mendapat momentum untuk meneruskan rentak kemenangan dalam liga dengan menumpaskan Perak yang sebelum ini mengejutkan Kelantan 4-0 di Ipoh.Sabah juga yang sekarang ini berada di tangga bawah liga akan memberikan tentangan sengit kepada Kelantan.

Kelantan dan Terengganu akan berehat seketika daripada saingan liga super untuk menumpukan tumpuan kepada perlawanan sabtu ini nanti.Ada cakap-cakap yang mengatakan sudah ada perjanjian bahawa Kelantan akan diberikan liga super manakala Terengganu akan diberikan Piala FA sebagai 'hadiah' kepada YDP Agong Sultan Mizan.Cakap-cakap sebegini adalah sebenarnya racun dalam bola sepak.Kalah Menang adalah adat dalam bola sepak.Setiap peminat mengharapkan setiap pemain serta pengurusan pasukan memberikan komitmen yang professional dalam setiap perlawanan.Aku sebagai peminat Red Warrior pasti mengharapkan kemenangan pada sabtu ini dan jika kalah sekalipun, aku tetap menghormati Terengganu dan tidak akan mencerca Kelantan sekiranya semua bermain dengan professional dan tidak ada unsur 'mengatur perlawanan'

Sabtu ini satu perlawanan akhir yang sangat menarik antara Kelantan dan Terengganu di Bukit Jalil.Malangnya, sekali lagi aku terpaksa melupakan hasrat untuk menjejakkan kaki ke Bkt Jalil.Jika telahan aku tepat, sekiranya aku tidak pergi, Kelantan akan bermain dengan baik.Disebabkan kerja yang tidak seberapa tapi beban macam kerja gaji ribu-ribu, aku hanya boleh sokong Kelantan main di TV sahaja.Gomo Kelate Gomo

p/s.Pukul 1.15 nanti ada siaran Ulangan perlawanan semalam di Astro Arena. kat mana boleh aku beli T-Shirt perlawanan akhir Piala FA Kelantan Terengganu nanti?

2 comments:

  1. aik semalam kelate mene ko ganu mene?

    ReplyDelete
  2. ala..x pe t ganu balas plok di bukit jalil..tgk arr dop caye....

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share