Saturday, June 4, 2011

Legacy ended - Smallville

Nie kalau diikutkan, boleh dikatakan sebagai satu post yang tertunggak.Sebabnya, dari minggu lepas lagi aku nak tulis pasal benda nie tapi selalu hilang idea bila dah tatap monitor nie padahal ada hati selalu nak bagitau pasal smallville nie.Hari nie, syukurlah, ada kelapangan sedikit, idea pun ada maka aku pun berjaya jugak siapkan tulisan yang tak seberapa nie.


Baiklah, kepada peminat Smallville, pasti sudah tahu yang Smallville dah menamatkan sirinya pada musim ke 10 dalam dua minggu lepas.Kepada yang tak tahu lagi, maka dengan ini aku ingin beritahu bahawa Smallville dah tamat.Daripada sumber yang boleh dipercayai(internet), penerbit serta pencipta siri Smallville nie tak akan menyambung lagi siri smallville. Dan aku pun sokong mereka.Pengakhiran Smallville musim 10 bagi aku dah cukup menerangkan dan memberi kesan kepada semua peminat Smallville.
Aku tak nafikan, aku antara peminat Smallville yang setia dan sangat 'addict'.Aku dah ikuti Smallville dari tahun 2002 lagi.Dan sekarang dah masuk 2011.Dah 10 tahun smallville ke udara.  Dari musim 1 sampai musim 10 nie, kepada peminat Smallville pasti akan tertanya, bila lah si Clark tue nak terbang.Dan Smallville akhiri legasinya dengan jawapan yang semua orang cari, Clark akhirnya terbang dan memakai mantel The Man of Steel, Superman. Smallville memang merupakan kisah Superman tapi lebih kepada bagaimana Clark menyiapkan dirinya untuk menjadi superhero yang paling diminati di bumi.Secara ringkasnya, kita boleh katakan Smallville adalah prequel kepada Superman.
Dalam 10 musim smallville, banyak episod-episod yang benar-benar mengamit tarikan peminat.Tak kiralah peminat setia ataupun tidak.Dan disini aku rasa amat berpatutan jika aku katakan Smallville boleh dianggap antara rancangan televisyen yang paling aku minati disamping Friends dan How i Met Your Mother.
Di bawah ini aku cuba senaraikan ringkasan episod-episod smallville yang betul-betul aku minat ( dan yang aku ingatlah).
 
  • kemunculan Green Arrow
  • Clark jatuh cinta pada Lana Lang
  • Lana Lang meninggalkan Clark Kent
  • Clark jatuh hati kepada Chloe
  • Clark berjumpa Lois Lane(kekasih sebenar Superman)
  • Clark terpaksa bersaing dengan the Flash(yang masih budak)
  • Clark dan Green Arrow  wujudkan satu pakatan semacam justice league
  • Clark dan Lex Luthor mula menjadi musuh ketat
 Begitulah sedikit sebanyak ringkasan yang betul-betul ringkas, dalam episod-episod Smallville yang aku ingat.Kepada sesiapa yang belum pernah menonton Smallville, aku cadangkan tengok satu musim saja dan pasti , you will ask for more from Clark Kent.

Pengakhiranya, Smallville menutup satu legasi yang akan sentiasa diingati oleh ramai peminat setianya. Sekarang sudah kehilangan satu lagi siri tv untuk ditonton semasa waktu lapang.Nasib baik Burn Notice akan mula kepada dengan musim kelima hujung bulan Jun nanti.

it's a bird, no, its a plane..no...it's Superman
p/s..malangnya aku tak simpan semua koleksi smallville, mungkin selepas ini aku akan cari balik semuanya.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share