Friday, June 17, 2011

Malaysia vs Myanmar

Malam besok Malaysia akan menentang Myanmar di Kota Bharu.Atas usaha  TSAM, Kafa diberi penghormatan untuk mengemudi satu perlawanan persahabatan antarabangsa di KB.Sememangnya ini merupakan satu peluang kepada KAFA untuk menaikkan lagi nama Kelantan.Didalam Malaysia rasanya semua orang sudah tahu mengenai 'kekebalan' stadium KB dan diharapkan esok, peminat TRW akan memenuhi stadium keramat dalam usaha memberi sokongan kepada skuad kebangsaan pula.Sebenarnya, satu persepktif yang lebih besar terbuka dengan peluang yang diberi FAM kepada KAFA ini.Dari satu segi, FAM dapat menjimatkan duit daripada menggunakan stadium nasional bukit jalil.Memang stadium nasional bertaraf antarabangsa dengan kapasiti yang besar tapi untuk perlawanan persahabatan seperti malam besok, adalah satu pembaziran dan pasti stadium akan kosong.Tidak ramai peminat akan pergi melihat melainkan perlawanan yang betul-betul penting untuk skuad Malaysia.Dan aku rasa, semua negara juga menghadapi situasi yang sama. England tidak selalunya menggunakan Wembley untuk perlawanan skuad kebangsaan mereka, lebih-lebih lagi perlawanan persahabatan.Selalunya, stadium Aston Villa yang menjadi tempat kerana stadium tersebut lebih kecil.Itali juga sama.Selalunya perlawanan antarabangsa akan diadakan di Florence ataupun Napoli.Jarang sekali Itali akan menggunakan San Siro mahupun Stadium Olimpik Rome yang jauh lebih besar kapasitinya.Jadi, FAM patut memberi peluang kepada stadium-stadium negeri yang lain yang ada di Semenanjung untuk perlawanan persahabatan selepas ini.Dari segi yang lain pula, dengan peluang yang FAM bagi kepada persatuan-persatuan bola sepak negeri untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan antarabangsa melibatkan pasukan negara, ianya akan membantu dari segi pelancongan bagi negeri tersebut dan juga memberi peluang kepada rakyat untuk mengenal pemain-pemain kebangsaan dengan lebih dekat.Sebagai contoh, peminat Kelantan , bukan tidak menyokong pasukan negara tetapi disebabkan kurang pendedahan, maka mereka lebih mengenali pemain-pemain pasukan Kelantan berbanding dengan pemain dalam pasukan kebangsaan.Tambahan lagi, jika skuad olimpik negara yang dibarisi pemain-pemain muda negara yang tidak terbabit dalam liga tempatan, lagi kurang sokongan peminat tempatan terhadap mereka.Aku rasa, fenomena ini adalah sama di semua negeri.Peminat negeri hanya akan menyokong pemain yang bermain untuk pasukan negeri masing-masing sahaja.
Setakat ini dahulu nukilan malam ini.Malam esok sesiapa yang berkesempatan, jom ramai-ramai memberi sokongan kepada skuad kebangsaan kita menentang Myanmar.Aku? sudah pasti akan berkunjung.Esok harapnya tidak hujan.

p/s..harga jersey Malaysia berapa ?

2 comments:

  1. Bg contoh England & Itali siap...hehe
    Stadium mlm ni deh... Aauummmm!!!

    ReplyDelete
  2. gmbr jersi jame bilo demo boh ni li...keh3..

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share