Sunday, June 5, 2011

Naik darah bila elektrik naik dan semua benda lain naik

Minggu lepas, kerajaan dengan kerjasama TNB menaikkan tarif elektrik di Malaysia.Dalam satu kenyataan yang sama, mereka cakap, 75 peratus rakyat takkan merasakan kenaikan tarif baru ini. AKu sendiri tak faham dengan apa yang diorang merapukan ini.Tapi yang pasti, orang ramai, serta aku, yang selalu ditipu oleh kerajaan dan GLC, akan terasa kenaikan tarif ini nanti.

Yang lagi naik darah, apabila sesuatu barang atau senang cerita, apabila kerajaan beri alasan untuk mengurangkan subsidi kerajaan dengan mengambil duit rakyat dan cakap ini semuanya untuk negara.Negara kita ini untuk siapa sebenarnya? Bukankah untuk rakyat jugak.Tarif elektrik yang naik bukan saja beri kesan kepada seluruh rakyat malaysia tetapi kepada semua barang lain.Sama macam sebelum ini apabila gula naik.Semua harga barang makanan dan keperluan naik.Dan sekarang apabila tarif elektrik naik, pasti semua barang akan naik.Pasti penjual bagi alasan elektrik mahal padahal tak beri kesan langsung tarif kepada harga elektrik.Sama macam kenaikan gula baru ini.Contohnya, kalau gula naik, milo ais naik dari 1.50 kepada 1.80.Bila tarif elektrik naik, tak mustahil 1.80 naik jadi 2.00.Alasan, elektrik digunakan untuk masak air, lampu dalam kedai dan macam-macam lagi.
Yang tambah naik darah apabila para menteri duk canangkan supaya semua berjimat.Rakyat berjimat.Rakyat tanam pokok untuk kurangkan penggunaan kipas.Perlu jimatkan elektrik.Para menteri yang cerdik akal sekalian.Para menteri sedar tak yang bagi gaji kat para menteri sekalian ini semuanya dari duit rakyat juga.Sepatutnya para menteri dulu yang berjimat.Tak payah melancong ke luar negara.Kurangkan guna aircond kat Putrajaya tue.Tutup lampu bila dah takde orang kat pejabat.Aku tengok kat Putrajaya tue, bukan main banyak lampu dibuka padahal bukan ada orang yang kerja pun malam-malam.Penjimatan? Sepatutnya pihak atasan yang dulu buat penjimatan.Potong elaun menteri. Potong gaji wakil rakyat. Kenapa tak sanggup? Kalau rakyat boleh berkorban untuk negara tapi kenapa menteri dan timbalan tak boleh? Kat eropah , menteri diorang dulu yang amalkan penjimatan.Tapi kat negara kita nie rakyat terlalu baik. Maklumlah, rela korban duit negara demi untuk dapatkan seratus dua masa pilihanraya nanti.Nanti bila nak pilihanraya lagi banyak benda yang dibazirkan.Semua orang dah masak tapi aku tak faham kenapa semua masih tak faham nak undi benda lain.Aku tak katakan kat sini undi satu pihak dan tolak satu pihak yang lain.Kalau kerajaan Kelantan yang membazir, aku sendiri akan undi kerajaan lain.
Dah la sekarang ini musim panas, boleh pulak nak jimatkan elektrik.Bila minyak naik suruh kurangkan naik kereta.Bila elektrik naik kurangkan guna elektrik.Gula naik kurangkan makan benda manis.Kalau ayam naik, makan ikan saja kot.Menteri ini ingat negara kita nie macam kat Amazon kot bila tanam pokok jadi sejuk.Kalau dah rumah flet nak tanam pokok apa? Ganja, kanabis.Baik tanam pokok tue baru boleh jadi kaya.Pastu pulak, menteri ingat pokok ini macam kacang ajaib ke.Tanam hari ini esok dah besar.
Satu lagi benda yang selalu menteri uar-uarkan bila ada kenaikan barang adalah sumber alternatif.macam yang tarif elektrik nie, baru lah kerajaan terhegeh-hegeh nak cari tenaga alternatif ganti bahan bakar untuk jana elektrik.Aku pelik lah, bukan kah sebelum ini kerajaan kata empangan Bakun tue boleh bagi elektrik sampai ke Kepulauan Sulu?kita kan banyak sungai yang deras-deras.Ya, aku tak sokong sangat Bakun sebab merosakkan tanah warisan pihak pribumi tapi kalau betul dah siap kenapa masih gunakan bahan bakar?kenapa tarif elektrik perlu naik?
Entahlah, semua barang dan benda nak naik.Aku tak pelik kalau lepas nie, rakyat yang naik Putrajaya tue tendang mana-mana yang tak reti berkerja.

2 comments:

  1. huhu
    smua dh naik
    nasib baik air tin dlm vending machine xnaik

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share