Sunday, June 12, 2011

Perlawanan Akhir Piala FA 2011

Selamat Pagi kepada semua.Kepada rakyat dan penyokong Terengganu, pasti tidur dengan lena semalam. Kepada penyokong lebih-lebih lagi pemain Kelantan, pasti tidak lena tidur. Walau apa pun, aku ucapkan tahniah kepada Terengganu kerana memenangi Piala FA semalam di hadapan YDMM Sultan Mizan di Bukit Jalil.Kepada Kelantan, meskipun dengan kehadiran YDMM Sultan Muhammad ke 5 serta Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Kelantan tidak berjaya memenangi Piala FA semalam.
1 saat sahaja sebenarnya yang memisahkan Kelantan dan trofi Piala FA. Pujian harus diberikan kepada kedua-dua pasukan kerana menunjukkan persembahan yang menarik. Terengganu memang handal dari segi serangan.Semalam ada beberapa pemain Kelantan yang mungkin gementar dalam perlawanan akhir. Terengganu pula menunjukkan prestasi yang sangat baik kerana ingin membalas kekalahan di Kuala Terengganu tempoh hari.
Walaupun perit kekalahan ini, Kelantan menerimanya dengan professional.Aku rasa semua pemain dah bermain bermati-matian semalam.Sudah menjadi satu perkara biasa dalam bola sepak.Faktor dan elemen nasib itu sebenarnya sangat besar.
Agak keterlaluan jika kita mahu melabel perlawanan semalam sebenarnya sudah dijual.Ada pihak mengatakan Kelantan akan memberikan trofi semalam kepada Terengganu sebagai hadiah kepada YDMM Sultan Mizan. Manakala Kelantan akan menjulang kejuaraan Liga Super.Malah ada yang mendakwa Kelantan dan Terengganu dah berpakat.Tuduhan-tuduhan sebegini sebenarnya sangat berbahaya.Tuduhan sebegini sekadar melabelkan kepada orang ramai bahawa liga bola sepak kita tidak betul-betul bersih dan professional sepenuhnya.Kalah menang adat permainan. Semua harus menerimanya dengan terbuka dan matang.Kelantan kalah dan perlu memperbaiki permainan untuk masa depan. Itu adalah hakikat.Aku tahu perit untuk menelan kekalahan. Banyak dah berhabis untuk ke Bukit Jalil.Tapi untuk mengecapi kejayaan, perlu menerima kekalahan. Kelantan perlu bangkit, seterusnya memenangi dua perlawanan liga ini seterusnya menjadi juara liga super.Dan selepas raya nanti, Kelantan perlu mempersiapkan skuad untuk misi mempertahankan Piala Malaysia yang lebih berprestij.

GOMO KELATE GOMO

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share