Sunday, June 26, 2011

Update ringkas

Seminggu tak menulis di sini.Sekarang sempena berehat di rumah, aku berjaya menulis ringkas di sini.Sedar tak sedar , bulan Jun dah nak habis.Maknanya dah sebulan lebih aku berkerja dan bermaksud, lagi 2 bulan cuti ada sebelum kembali ke kampus.Kalau nak ikutkan sekarang ini, dalam otak memang tak ada apa-apa pengetahuan mengenai apa yang dipelajari sem depan.Selepas ini kena ambik masa 'polish' balik mana-mana yang perlu, kalau tak nak terkial-kial awal sem nanti.
Bercakap mengenai bulan juga, lagi sebulan, maka Ramadhan akan menjelma.Kepada sesiapa yang tak ganti lagi puasa, harapnya ganti cepat-cepat sebelum masuk Ramadhan.Tahun ini memang bertuah sebabnya dapat berpuasa sebulan penuh di rumah.Tak perlu lagi nak mengidam makan kuih-kuih yang murah dan sedap serta lauk pauk yang mengikut selera orang Timur.Sebelum nie terpaksa hadap juadah berbuka secara 'ekspress' dan 'mahal' je.
Dalam seminggu dua nie ada 2 perkara yang sering diperkatakan oleh orang.Satu sudah pasti mengenai perhimpunan Bersih 2.0. Bersih 2.0 akan diadakan pada 9 Julai nanti di KL.Sesiapa yang nak pergi sana, boleh la mula cari baju kuning.Tapi dikhabarkan ada pemuda yang pakai baju bersih warna kuning dah kena tangkap polis di Shah Alam tapi dilepaskan balik. Sekarang nie pakai baju pun salah ek.Penjual Digi yang selalu pakai baju kuning tue kena berhati-hati la ye 9 Julai nanti.Mungkin selepas ini jersey Malaysia pun tak dibenarkan berwarna kuning, kena warna merah atau biru saja gamaknya.Aku? Aku tak dapat nak pergi Bersih tue.
Perkara kedua adalah mengenai percutian ke Pulau Perhentian. Sebelum ini ada kawan-kawan aku di terengganu yang ajak pergi bercuti di sana awal bulan Julai nanti. Aku terpaksa menolaknya kerana terpaksa berkerja.Minta maaf sangat-sangat ye.2 hari baru ini pula kawan sekolah lama aku mengajak pergi pulau tersebut semalam.Diorang dah pergi pagi semalam. Sekali lagi aku terpaksa menolak kerana kerja.Aku memang nak pergi sana. Sebelum ini tak pernah pergi pun sana. Kalau orang German, Belanda sanggup datang jauh-jauh untuk ke pulau tersebut, memang rugi la aku, orang tempatan nie tak pernah jejak kaki ke pulau tersebut. Agak ramai jugak tetamu kat hotel aku yang memuji pulau perhentian tue.Nanti aku nak cari masa bercuti disana jugaklah.
Sekian dulu nukilan ringkas tengah hari ini.Sekarang agak bosan sebab bola sepak dah tamat.Bulan depan mungkin rancak balik dengan Copa Amerika akan bermula. Siapa yang akan jadi juara? Argentina atau Brazil.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share