Sunday, July 31, 2011

Masuk Bulan Berkat

Alhamdullilah..kita ditemukan sekali lagi dengan Ramadhan, bulan berkat, untuk tahun ini. Jika dilihat, rasanya sekejap saja masa berlalu.Rasanya baru semalam aku menghadapi bulan puasa di Selangor pada tahun lepas. Tahun ini, sebulan akan merasa berpuasa di rumah. Memang sangat nikmat. Bulan puasa ini adalah bulan yang terbaik untuk mengisi waktu malam dengan berterawih.Kalau sebelum ini waktu malam isi dengan tengok tv, surfing dan sebagainya, esok, sama-sama lah kita isi dengan memenuhkan masjid-masjid. Kita sama-sama ambil berkat dan menampung segala kecacatan diri kita sebagai seorang muslim.Kita kena merebut sebanyak mungkin ganjaran yang telah tuhan sediakan untuk kita semua.Jadi, sama-samalah kita menghadapi bulan Ramadhan dengan penuh ketaatan dan ikhlas.

p/s..Esok bermulalah perang 'makan colek'..Kedai-kedai yang sebelum ini macam tak de orang, tapi dalam bulan puasa ini kalau ada colek, pasti akan penuh dengan orang ramai.Siapa nak jumpa apek (penjaga gol nombor 1 malaysia) boleh lah makan colek tersohor di Cherang, kampung Apek.

Friday, July 29, 2011

Tiada alasan Datuk K

Semalam pecah rekod stadium bukit jalil.dikatakan lebih 90000 penonton menyaksikan perlawanan antara Malaysia dan Singapura.Namun, apa yang pasti, semua kecewa.Bukan sahaja penonton di stadium malam jutaan lagi rakyat Malaysia.Ya, perlawanan semalam sekadar seri tapi sebenarnya kita dah kalah sejak dari perlawanan pertama lagi.Status negara kita selaku Juara Suzuki Cup pada tahun lepas sebenarnya tidak ada apa-apa kalau dibandingkan dengan aksi perlawanan semalam. Kalau kita belum mampu lagi menewaskan jiran tetangga dari Asean, manakan boleh melangkah lagi jauh di Asia.

Sebelum ini FAM kata perlawanan dengan kelab EPL adalah untuk melengkapkan persiapan negara.Tapi sekarang? Apa yang jadi dengan persiapan tersebut jika Singapura pun kita tidak mampu tewaskan. Sia-sia atur perlawanan dengan kelab EPL jika sekadar untuk memburukkan lagi kecederaan yang ada pada pemain negara.Jadi aku rasa FAM dan Rajagopal tak boleh lagi bagi alasan untuk kekalahan semalam. Perlu bertanggungjawab sepenuhnya.
Jika alasan peminat tidak beri sokongan, lihat saja liga bola sepak negara kita tahun ini, semua stadium boleh dikatakan penuh, malah semalam penuh stadium nasional walaupun ramai yang terpaksa keluar awal sebab kerja.Peminat dah banyak berhabis untuk pasukan negara.Ya, kami semua peminat setia negara, jangan pernah menafikan perkara tersebut.Peminat rela berhabis untuk negara.Sudah lah ekonomi sekarang yang banyak barang naik, tiket bola yang berharga RM30 pun peminat rela beli walaupun dengan RM30 tue sepatutnya isi minyak kereta ataupun beli gula atau sayur untuk dapur.
Ramai peminat dan blogger (Suara Sukan ) yang menyalahkan kekalahan kita kepada singapura adalah disebabkan percaturan taktikal Rajagopal yang dilihat terlalu bias.Lihat saja barisan utama semalam. Amar Rohidan masih jadi pemain utama walaupun di Singapura main tak bagus. Barisan pertahanan pun masih serupa walaupun di Singapura melepaskan 5 gol. Fakri Shaarani diberi tempat walaupun dalam musim 2011 nie dia sentiasa dibelenggu kecederaan semasa di Negeri Sembilan. Bukan aku nak mainkan sentimen kenegerian tetapi semua orang boleh tengok siapa yang menjadi anak emas Rajagopal.Jurulatih kita sekadar melihat prestasi lampau dan keserasian pemain yang dia bimbing sejak dulu tanpa menghiraukan prestasi semasa. Dibarisan tengah contohnya, pada tahun ini Ashaari, Shakir beraksi cukup cemerlang untuk negeri masing-masing. Ashaari membantu Terengganu juarai Piala FA dan Shakir Shaari pula adalah tonggak kepada Juara Liga Super, Kelantan tapi kedua-dua pemain sekadar di bangku simpanan. Ini ibarat Xavi dan Fabregas yang bermain cukup cemerlang dengan kelab tapi diletakkan dibangku simpanan semasa pasukan negara.Fakri Shaarani pun begitu. Kenapa perlu guna pemain yang sebelum ini cedera dan tidak bermain sepenuhnya dalam liga super? Ramai lagi penyerang yang boleh digandingkan dengan Safee Sali. Badrol Bakhtiar contohnya beraksi baik untuk Kedah.Abdul Manaf, S Chanturu, Josep Kalang Tie juga berhak. Ramai yang mempertikaikan prestasi Abdul Hadi semalam. Status dia selaku penjaring terbanyak liga super tidak kemana. Aku tak salahkan dia. Barisan tengah yang tidak kreatif dan tidak menghantar bola kepadanya menyebabkan dia kaku dan seolah-olah hilang di atas padang. Semasa di Terengganu, dia mendapat sokongan yang baik daripada barisan tengah, itulah yang menyebabkan dia sentiasa berjaya menjaringkan gol. Alasan ketiadaan mat yo pula tidak munasabah. Memang semua akui, kehilangan mat yo amat dirasai. namun, negara kita mempunyai ramai lagi pemain lain. Sama juga dengan Safiq Rahim. Ramai lagi pemain tengah yang dapat mengisi kekosongan tersebut. Barisan pertahanan pula yang paling mendapat kritikan. Rizal Fahmi contohnya, pada tahun ini lebih banyak menjadi pemain simpanan dengan Kelantan tapi masih lagi berjaya dipanggil menyarung jersi negara.Prestasi Asaruddin Putra dengan Selangor pula tidaklah begitu bagus tetapi tempatnya dalam pasukan negara tiada siapa yang boleh lawan. Di bahagian tengah pula, Fadhli Saas dan Muslim tetap menjadi anak emas Rajagopal walaupun barisan pertahanan Kelantan, Terengganu yang sentiasa bermain cemerlang setiap minggu dalam liga super tidak dipanggil langsung.Jadi , selagi Rajagopal mengharapkan pemain anak emas beliau, selagi itu lah pasukan negara kita akan berada di takuk lama. Takkan setiap perlawanan negara kita hanya mengharapkan Apek menyelamatkan setiap percubaan, Safee Salie menjaringkan semua gol, Mat Yo mengucar kacirkan pertahanan lawan? Bola sepak adalah permainan yang memerlukan 11 pemain. 11 pemain ini perlu konsisten dan perlu ada persaingan dalam perebutan tempat pertama. Kami peminat bola sepak boleh menerima kekalahan dengan hati yang terbuka jika kekalahan yang diterima tersebut benar-benar melawan pasukan yang jauh lagi handal daripada Malaysia tetapi kalau setakat Singapura yang mana liganya lagi kecil daripada kita, memang kami sebagai peminat bola sangat tidak berpuas hati dan kecewa.
Sebagai pengakhirannya, kekalahan semalam perlu dikaji dan perbaiki.Jangan lagi mengulangi kesilapan yang sama.Peminat sentiasa mengkritik kerana kami sayangkan bola sepak negara dan mahukan hanya yang terbaik daripada Malaysia.

p/s..Anak Sultan Bola je yang datang semalam, Sultan bola ke mana ye? Mungkin kekalahan semalam berpunca daripada ketidak hadiran Rosmah Mansor. Lupa kan bola seketika, Ramadhan lagi 2 hari akan menjelma.

Thursday, July 28, 2011

Kalah jangan naik selat tebrau

 Malam nie skuad bawah Datuk Rajagopal akan meneruskan misi dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2014.Malam nie skuad negara sekurang-kurangnya perlu cari 2 gol dan tidak melepaskan gol yang banyak untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya. Dikhabarkan sudah 85000 tiket dijual untuk perlawanan malam ini. Rajagopal sudah tiada alasan lagi untuk memberikan persembahan yang menarik kepada rakyat negara ini.Aidil Zaquan dikatakan dapat bermain. Mungkin satu kepincangan adalah ketiadaan Safiq Rahim tapi aku rasa masih ramai lagi pemain tengah yang lain yang mampu bermain di tempat Safiq Rahim. Kalau kita tengok dalam perlawanan sebelum ini, Malaysia mampu menjaringkan 2 gol selepas Safiq keluar, jadi bukan satu masalah besar.Sokongan peminat sudah ada. Malam ini Bukit Jalil akan bergema dengan laungan Malaysia. Kalau PM kita nie betul-betul patriotik, takkan tak boleh datang ke stadium malam ini, bawak la sekali Rosmah tue, boleh tayang cincin kat satu stadium.Kalau masa Final Champions League Najib boleh tengok dan sokong Man Utd, takkan untuk Malaysia tak boleh. Kalau PM dan sekutu-sekutunya datang serta DYMM Agung bersama Sultan Bola turut saksikan perlawanan malam ini, aku rasa lagi bersemangat para pemain untuk mencari kemenangan dan tidak mahu tewas kepada jiran kita nie. Orang besar-besar selalu suruh rakyat bawah-bawah nie bagi sokongan kepada negara, sekarang rakyat bawahan dah beli tiket yang mahal untuk bagi sokongan kepada skuad negara, sekarang orang atasan pula kena bagi sokongan yang sama.Malam ini sama-sama kita nyanyikan lagu Negara ku dengan sekuat hati.

p/s...Bola pun bola jugak kan, sedar tak sedar lagi beberapa hari dah nak masuk bulan ramadhan kita nie. Bersama lah kita bersiap.

Sunday, July 24, 2011

Pak Belang berduka

 Semalam seluruh peminat bola Harimau Malaya berdukacita dan agak marah dengan kekalahan 5-3 kepada jiran dan musuh tetangga, Singapura.Sekarang ini, pasukan Malaysia ibarat seperti harimau yang cedera dicakar 5 kali. Nasib baik masih ada lagi peluang kedua buat skuad negara untuk mengembalikan semangat dan keyakinan peminat tempatan dengan mempamerkan aksi yang lebih menarik serta mencari kemenangan yang besar untuk menebus kembali kekalahan semalam pada khamis 28 Julai nanti. Semoga Rajagopal mengambil langkah sewajarnya mengukuhkan barisan pertahanan dan serangan dalam usaha mencari 2 gol dan tidak melepaskan lagi gol.


p/s..Berdukacita juga apabila permohonan ke UPM untuk sessi baru ini ditolak.(sekadar jenaka)

Saturday, July 23, 2011

Pemain Baru Red Warriors

Bulan ini peminat bola sepak tempatan bukan sahaja gembira dengan adanya perlawanan yang membabitkan Malaysia dengan kelab EPL, tetapi juga dengan berita-berita perpindahan pemain antarabangsa dan tempatan. Walaupun liga super baru berakhir dan bola sepak tempatan akan bersambung kembali selepas raya dengan Piala Malaysia tetapi sudah banyak khabar angin yang membabitkan perpindahan pemain dan jurulatih tempatan. Jika di luar negara peminat-peminat kelab eropah sedang menanti kemanakah Nasri, Sneider, Tevez ataupun fabregas akan bermain musim baru nanti, peminat tempatan pula sudah mula mencongak siapa yang akan bermain untuk pasukan kegemaran masing-masing pada tahun depan. Pada saingan Piala Malaysia juga sudah kedengaran beberapa pasukan ingin meminjam beberapa pemain dalam usaha merampas Piala Malaysia daripada Kelantan.
Kelantan, jika menurut kata Datuk M Karathu, tidak akan menggunakan pemain luar untuk Piala Malaysia nanti. Jika secara kasar, kesemua posisi dalam skuad Kelantan dilihat sudah seimbang, itupun jika tiada kecederaan yang serius dialami oleh pemain-pemain.Tetapi, bagi peminat dan penyokong Red Warrior, posisi penyerang dilihat antara yang perlu diperbaiki dan diperkuatkan. Mat Yo memang hebat. Tiada siapa yang pertikaikan tetapi seringkali dalam perlawanan dapat dilihat dia berkeseorangan dihadapan. Betul, kadangkala dapat dilihat Datuk Karathu menggunakan 4-5-1 tetapi Kelantan dilihat tidak mempunyai seorang Attacking atau Holding Midfielder yang dapat menjana serangan seterusnya menolong Mat Yo. Winger ( Nurul dan Chanturu) dilihat sudah kemas dengan peningkatan Izuan. Piya pula dilihat tidak konsisten. Daniel Fadly pula tidak diberi peluang pada saingan penghujung liga berbanding pada permulaan liga.Khairan Eroza lebih kepada anchor man yang membantu defender dan kurang kreatif untuk menghidupkan jentera serangan Kelantan.
Jadi apabila Kelantan menerap formasi 4-4-2, rakan serangan bagi Mat Yo dilihat tenggelam (Nizad dan Ramzul). Lihat saja persembahan Ramzul menentang Selangor di Kb dalam saingan separuh akhir kedua Piala FA.Ramzul ada ciri-ciri penyerang yang berbisa tetapi dia seringkali kurang cekap untuk mengambil peluang yang terhidang.Mat Yo pula lebih bersifat advance forward yang suka membawa bola dan mengucar kacir dalam kotak penalti lawan.Jadi berdasarkan ini, Kelantan memerlukan 2 orang tonggak di bahagian tengah dan penyerang.
Daripada khabar angin blogger-blogger, nama-nama seperti Safiq Rahim, Badrol Bakhtiar dan Amirul Hadi diuar-uarkan berminat untuk bermain untuk Kelantan musim depan.NorFarhan yang membantu Kelantan menang Piala Malaysia tahun lepas juga tidak terkecuali dikatakan berminat untuk menyarung kembali jersey Kelantan untuk tahun 2012. Tak lupa juga, dengan hadirnya kembali pemain import tahun depan, pasti nya Kafa sudah merencana pemain yang layak dan dapat membantu Kelantan mengecapi lebih banyak kejuaraan.
Jadi kita lihat dengan lebih dekat bagaimana nama-nama yang dikaitkan akan berpindah ke Kelantan tahun depan.

Safiq Rahim (Selangor, defensive midfielder, kapten skuad negara)
Safiq Rahim sekarang ini mendapat pujian ramai pihak setelah memperagakan aksi yang memberangsangkan semasa membantu Malaysia.Dengan jaringan cantik bertemu Taiwan dan juga menentang Liverpool, sudah pasti saham Safiq akan lebih meningkat nanti. Meskipun begitu, prestasi dia bersama Selangor dilihat tidak begitu cemerlang.
-kemungkinan untuk bermain dengan Kelantan - 40 %
Selangor pastinya tidak akan melepaskan dengan mudah kapten negara ini dan bintang muda tengah. Sekiranya Kelantan tetap mahu membawa Safiq ke KB, Kafa pasti perlu membayar dengan harga yang tinggi. Meskipun begitu diberitakan Safiq ingin keluar dari Selangor dan ingin mencuba cabaran di KB yang terkenal dengan peminat yang fanatik dan stadium yang selalu penuh

Apek
Daudsu  -  Subra  - Farisham  - Zairul Fitrie
   Shakir   -  Safiq
Chanturu   - Piya    -  Roya
  Mat Yo

Amirul Hadi (Selangor, Winger Kanan, penyerang )
Jika dilihat kepada persembahan Amirul Hadi dalam tahun ini, prestasi nya bersama Malaysia lebih menyerlah berbanding semasa bermain untuk Selangor. Sama seperti Safiq Rahim, terdapat ura-ura yang Amirul Hadi berminat untuk menimba cabaran baru di Kelantan atas kekaguman melihat sokongan padu penyokong Red Warrior.
kemungkinan untuk bermain dengan Kelantan - 50 %
posisi Amirul Hadi lebih kurang sama dengan Chanturu. Tapi berbanding dengan Chanturu, Amirul Hadi berupaya untuk membuat hantaran yang tepat dan lebih berbisa dalam kotak penalti.Sekiranya KAFA berjaya memujuk Amirul Hadi, mungkin terdapat perubahan dalam formasi pasukan

Apek
     Daudsu  -  Subra  - Farisham  - Zairul Fitrie
Shakir  - Piya
Amirul Hadi  - Chanturu    -  Roya
  Mat Yo



Badrol Bakhtiar (Kedah, attacking midfielder, penyerang )
Badrol pada awal musim ini telah dikhabarkan bersetuju untuk bermain dengan Kelantan tetapi disebabkan masih mempunyai kontrak dengan Kedah dan nilai yang diletakkan Kedah terlalu tinggi, KAFA kempunan untuk mengikat Badrol. Dikhabarkan musim ini adalam musim terakhir dia bersama Kedah dan tidak ingin menyambung kontrak. Persembahan Badrol dilihat menurun namun begitu dia masih lagi berbisa dalam perlawanan-perlawanan besar seperti menentang Terengganu dimana dia menjaringkan satu-satunya gol kemenangan. Seorang pemain yang versatile yang boleh bermain sebagai backup striker dan juga pemain tengah.Memiliki tendangan kuat dan mampu menjaringkan gol dalam set pieces.
kemungkinan untuk bermain dengan Kelantan - 70 %
Kafa perlu berunding dengan Kedah kerana Kedah juga tidak mahu kehilangan tonggak pasukan mereka ini. Sekiranya Badrol berjaya diikat Kelantan, ini dapat menyelesaikan masalah dibarisan hadapan Kelantan.

Apek
     Daudsu   - Subra  -  Farisham   - Roypy
 Chanturu   - Shakir   - Piya  - Roya 
Badrol
   Mat Yo

NorFarhan (TTeam, Winger, Penyerang)
NorFarhan adalah antara tonggak yang membantu Kelantan memenangi Piala Malaysia musim lepas dan setelah perpindahan kontroversi ke TTeam, NorFarhan dilihat semakin tenggelam. Dikhabarkan NorFarhan menyatakan keinginan untuk kembali ke Kelantan pada musim depan kerana rindukan sokongan peminat Red Warriors.
kemungkinan untuk bermain dengan Kelantan - 40 %
Tan Sri Annuar Musa ada menyatakan dalam Fan page FB beliau yang dia masih lagi kecewa dengan pemergian 3 tonggak pada awal tahun ini dan ini mungkin menjadi rintangan utama untuk NorFarhan kembali ke Kelantan.Meskipun begitu, ramai tidak menafikan NorFarhan masih lagi berbisa dan segalanya bergantung kepada Presiden KAFA untuk 'mengampunkan ' NorFarhan atau tidak.



Apek
     Daudsu   - Subra  -  Farisham   - Roypy
 Chanturu   - Shakir   - Piya  - Roya 
NorFarhan - Mat Yo

Pemain import?
Dengan kemasukan kembali pemain import pada tahun depan, pasti semua pasukan tidak mahu melepaskan peluang mencari 2 pemain import yang diharapkan mampu membawa pasukan masing-masing mengecapi kejayaan. KAFA juga tidak terkecuali. Dalam perlawanan persahabatan dengan Pelita Jaya baru-baru ini, KAFA telah menguji seorang pemain import daripada Croatia.Kelantan yang akan bermain dengan saingan AFC pada tahun depan pasti tidak mahu hadir dalam saingan tersebut sebagai pasukan belasahan. 

Jadi dalam usaha untuk mengukuhkan pasukan Tan Sri Annuar Musa sudah memberi gambaran beliau dan KAFA akan meneliti dengan serius mengenai pemain import yang ingin diserapkan dalam pasukan Kelantan.Dengan hadirnya pemain import yang berkualiti, aku cadangan 3 formasi yang dilihat dapat membantu pasukan Kelantan.

  • Menggunakan sepenuhnya Wing Back (Daudsu dan Roypy)dengan pemain import bertindak sebagai perancang utama 3-3-2-2. (Shakir akan bertindak holding midfielder, Daudsu dan Roypy akan jadi wing back. Peranan pemain import di bahagian tengah  amat penting untuk mengawal bahagian tengah seterusnya membuat hantaran-hantaran kepada penyerang. Pemain import yang berkualiti dibahagian pertahanan diharap dapat mengekang serangan pihak lawan)
Apek
Subra  - Farisham  - Import/Rizal Fahmi
Daudsu  - Shakir - Roypy
Piya - Import
Chanturu - Mat Yo
  • Menerapkan taktikal attacking dengan formasi 4-3-3( dengan formasi sebegini, aspek kepantasan dan kreativiti di bahagian tengah amat penting. Oleh itu seorang pemain import yang berkualiti perlu untuk menjadi perancang tengah.Seorang lagi pemain import beraksi sebagai penyerang yang versatile yang mampu bertukar peranan dengan Mat Yo sebagai target striker atau Deep Forward, Roya akan menjadi Advanced forward yang boleh juga berperanan menjadi winger
 Apek
Daudsu - Subra -  Farisham -  Roypy
Shakir - Piya - Import
Import - Mat Yo - Roya
  • Menguatkan barisan tengah dalam usaha mengawal rentak permainan dengan 2 jentera import, 4-3-2-1.(Seorang pemain import akan bertindak sebagai central midfielder yang dibantu oleh Shakir dan Piya, Mat Yo tidak lagi perlu berada dihadapan tetapi akan bergandingan dengan Roya di belakang seorang target striker import yang berkaliber.Dengan formasi ini, Mat Yo dan Roya akan menerima bola daripada kawasan tengah dan membawa ke dalam kotak penalti lawan. Piya dan Shakir akan melindungi central midfielder import yang akan lebih bertindak sebagai general dalam padang)
 Apek
Daudsu - Subra - Farisham - Roypy
Shakir - Piya - Import
Mat Yo - Roya
Import

Sekian dulu coretan waktu petang sekadar memberi idea daripada seorang peminat Red Warrior. Jangan lupa malam ini saksi kan Harimau lawan Singa pada jam 7 malam untuk perlawanan pertama kelayakan Piala Dunia 2014.

p/s..ramalan perlawanan malam ini? Bagi aku, seri sudah memadai bagi Malaysia dan lebih bagus jika dapat mencari satu atau dua gol di tempat lawan .Ramalan ? Singapura 1- Malaysia 1

Friday, July 22, 2011

Hitam Kuning, Hitam Kuning


Semalam selesai sudah misi Harimau Malaya menimba pengalaman dengan bermain dengan 3 kelab terkemuka EPL.Arsenal , Liverpool dan Chelsea melengkapkan 3 perlawanan dalam masa seminggu di Kuala Lumpur.Meskipun skuad negara kita tewas dalam ketiga-tiga aksi, tapi banyak benda yang boleh dipelajari dalam perlawanan-perlawanan tersebut. Bagi pemain-pemain negara, sudah pasti satu pengalaman yang amat berharga bermain menentang pemain-pemain ternama dunia.Bagi peminat pula, satu kepuasan dapat melihat dengan dekat idola masing-masing. Bagi kelab EPL, satu misi berjaya mengumpul lebih banyak duit dari tajaan.
Daripada tiga perlawanan, pastinya perlawanan semalam yang boleh dianggap paling berjaya bagi skuad negara kerana berjaya mengikat Chelsea dengan hanya tewas 1-0.Manakala kekalahan terburuk sudah pasti kepada skuad Arsene Wenger. Aku tak nafikan, Arsenal memang satu skuad yang hebat. Mana-mana pasukan didunia pun pasti akan menghadapi kesusahan untuk mengekang sistem permainan Arsenal.Menentang Liverpool pula adalah satu ujian yang menarik kepada barisan penyerang negara dengan Safee Sali berjaya menjaringkan 2 gol. Semalam, skuad bimbingan Ong Kim Swee berjaya menunjukkan permainan bertahan yang sangat cemerlang. Terbukti Subramaniam dan Norhafiz Zamani masih berbisa.Dan melalui perlawanan-perlawanan yang telah dijalankan, peminat pastinya mengharapkan skuad negara akan meningkat mutu. Perlawanan malam esok menentang Singapura adalah medan bagi skuad negara untuk menunjukkan kepada peminat tempatan bahawa skuad Malaysia bukan sekadar jaguh seketika. Barisan Rajagopal secara besarnya masih lagi skuad yang sama semasa memenangi Suzuki Cup dulu.
Yang menariknya, melalui perlawanan menentang kelab EPL yang lepas, kita dapat lihat bahawa sebenarnya ramai pemain yang layak menyarung jersi negara. Ini akan mewujudkan satu persaingan yang sihat. Sebagai contoh, Subramaniam dan Norhafiz Zamani layak dipanggil sekali lagi untuk bermain dengan negara sekiranya persembahan semalam diambil kira.Farizal Marlias juga cukup cemerlang semalam dan mendapat pujian ramai pihak. Sharbinee dan Apek serta Nasril Nordin tidak seharusnya terlalu yakin untuk berada di gawang gol.Di tengah pula, piya akhirnya dapat menyarung jersi negara. Walaupun persembahan nya semalam tidaklah cemerlang tapi dia dapat membuktikan bahawa dia bukannya jaguh kampung yang hanya cemerlang apabila beraksi dengan kelantan sahaja.Pemain-pemain muda negara juga menunjukkan mutu permainan yang bagus. Wan Zack Haikal , Syahrul Azwari serta yang lain dibawah bimbingan Ong Kim Swee dapat memberikan satu petunjuk yang baik kepada bola sepak negara.Safee Sali masih lagi membuktikan dia antara penyerang yang berbisa negara. Mat Yo pula dilihat semakin tenggelam mungkin kerana masih dibelenggu kecederaan. Safiq Rahim membuktikan kredibiliti sebagai kapten negara meskipun permainannya macam yo yo dengan Selangor musim ini.
Secara keseluruhannya, persaingan dalam mendapat tempat bagi mengisi skuad negara akan memberi impak yang positif. Malam esok Malaysia perlu mencatat keputusan yang baik untuk terus melangkah dalam saingan kelayakan Piala Dunia. Jangan lupa kita semua sama-sama memberi sokongan kepada skuad Hitam Kuning ini.

p/s..Agak beruntung bulan ini Malaysia bermain kerana mendapat sokongan padu daripada peminat. Satu sebabnya adalah kerana liga-liga di Eropah baru sahaja tamat. Adalah lebih baik sekiranya selepas ini FAM dapat mengatur lebih banyak perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab ternama Asia yang tak kurang juga hebatnya. Dari satu segi dapat menjimatkan wang dan satu segi lagi dapat menguji skuad-skuad di Asia. Agak-agaknya bila Bayern Munich, Real Madrid, Barcelona atau Inter Milan akan mengadakan pre season tour di Malaysia?

Wednesday, July 20, 2011

Realiti dalam komedi

Sekarang nie How I Met Your Mother tengah rehat jadi agak bosan bila takde siri komedi nak layan malam-malam. Nasib baik Burn Notice baru mula musim ke 5 tapi kena tunggu setiap hari sabtu baru dapat peluang nak download dan tengok siri tue.

Jadi sebagai alternatif untuk mengisi waktu malam, aku baru jumpa website yang ada siri Friends dari season 1 sampai 10. Yang lagi best, friends yang dishare adalah yang telah dicompress jadi cepat la nak mendownload.Siri Friends nie bagi aku adalah yang terbaik bagi siri komedi English, setanding dengan jerry seinfield.Aku dah khatam sebenarnya tengok Friends masa kat UTP dulu tapi memang tak puas layan sekali lagi. Sekarang nie tengah berusaha mengumpul balik 10 musim. Sebenarnya sejak dulu lagi nak beli dvd Friends tapi selalu tak kesampaian. Sekarang nie ada peluang download, download sahaja, lagi jimat kan.
Kenapa Friends best? Aku sendiri pun susah nak terangkan kenapa.Sama jugak macam orang tanya aku dulu, kenapa How I Met Your Mother best? Alasan aku, sebabnya siri tue ada banyak persamaan malah aku tak nafikan yang siri tersebut mungkin versi Friends pada zaman sekarang.Sekarang nie pun dah ramai kawan-kawan aku yang layan How I Met Your Mother. Ramai dah yang terpikat dengan lawak Marshall, 'kagum' dengan sifat playboy Barney, terpesona dengan cantiknya Robin dan yang pasti , kesian dengan sifat hopeless romantic Ted Mosby.

Aku mula-mula kenal dengan How I Met Your Mother sewaktu di UDM. Waktu tue memang agak seksa lah jugak nak mencari dan mendownload. Tapi akhirnya berjaya juga aku kumpul 5 musim.Tapi awal tahun baru nie, ada makhluk Tuhan mencuri laptop aku jadi hilang semua 5 musim.Memang kecewa tue tak payah cakap lah. Lepas nie kena berusaha balik cari semua.
Ok, cukup untuk siri komedi tv, selit jap pasal bola.Sekarang nie Copa Amerika dah nak masuk Final.Uruguay dah jejak kaki, sekarang nie tunggu satu team lagi. Brazil dan Argentina dah terbabas awal-awal lagi.Nanti kan Final Copa Amerika nanti yang kalau tak silap aku akan berlangsung minggu depan. Bola Malaysia tak kurang jugak hebat sekarang, esok pilihan Malaysia akan jumpa Chelsea. Nak tau satu keunikan Pilihan Malaysia selain dilatih oleh Ong Kim Swee, ada 4 Kapten pasukan negeri akan bermain nanti malam esok. Kapten Kelantan, Selangor, Perak dan aku kurang pasti negeri mana satu lagi kapten. malam esok Ong Kim Swee akan pertaruhkan skuad muda campur yang dah otai.Hairuddin Omar pun akan main esok.Sama-sama berikan sokongan kepada Malaysia malam esok. tak lupa juga negara kita tengah bersiap untuk menentang Singapura nanti.Malam sabtu nanti.Yang pasal perlawanan tue, aku ulas kemudian.
Jom sama-sama layan tv pulak. Kata Anissa dah nak episod akhir malam nie.

Sunday, July 17, 2011

Copa America


Kejutan lagi..Pagi tadi Uruguay dan Peru membuat kejutan dalam kejohanan bola yang sedang berjalan di Argentina. Columbia dan Argentina tewas dan tersingkir.Sebelum ini kedua-dua negara ini dilabel berpeluang besar untuk melangkah ke pentas akhir tapi nampaknya mereka terkandas di saingan suku akhir saja. Peru dan Uruguay telah membuktikan bahawa, kemenangan tidak semestinya memerlukan pemain-pemain yang bertaraf bintang, yang lebih penting adalah semangat berpasukan. Sekali lagi Tevez dan Messi kecewa.Kedua-dua pemain ini begitu cemerlang bermain untuk kelab tapi sekali lagi hampa untuk menempa nama bagi negara mereka.
Awal pagi nanti Brazil akan beraksi pula, adakah Brazil akan turut mengalami nasib yang sama nanti? Sekarang ini peluang Brazil untuk memenangi Copa America amat luas setelah seteru utama mereka yang juga tuan rumah Argentina dah kecundang.
Sama-sama saksikan perlawanan awal pagi nanti.

p/s..Diego Maradona ketawa dalam sedih sebabnya Argentina kalah dan bukan disebabkan dia kali ini.Dia pasti mahu katakan kepada orang ramai yang bukan salah dia Argentina tersingkir masa Piala Dunia tahun lepas.

Saturday, July 16, 2011

Bersih 5.0

Hari nie genap seminggu selepas kejadian bersih 2.0. Aku tak pasti adakah agenda-agenda yang dibawa oleh penganjur berjaya disampaikan kepada dunia ataupun rakyat Malaysia secara khususnya atau tidak. Tapi daripada apa yang aku dapat simpulkan, dua-dua pihak telah berjaya menjadikan Bersih 2.0 sebagai satu medan yang baru kepada perebutan politik dan halatuju negara. Sekarang ini zaman internet.Ya, memang ada ramai yang menonton tv lagi tapi semuanya bukan betul-betul telan apa yang disampaikan oleh media yang dikawal oleh kerajaan.Yang pasti, walaupun aku tak terkena tempias Bersih tempoh hari, satu benda yang aku rasa sakit hati sangat-sangat adalah kebencian kepada Polis Malaysia(sesetengah). Semua yang dah sedia maklum bagaimana dan apa yang telah dilakukan oleh polis. Sekarang aku berani katakan, aku tak percaya langsung kepada polis yang korup, makan gaji buta, tak amanah, buat tindakan membabi buta dan penipu.Banyak dah kes yang berlaku bukan saja semasa Bersih yang mencemar reputasi Polis.Semoga Allah membalas segala kejahatan Polis di dunia dan diakhirat. Aku ingat lagi seorang pensyarah aku kata dulu yang kenapa kita tengok anak-anak polis nie ramai yang tak pandai dalam pelajaran, tak dapat jawatan tinggi-tinggi? Sebabnya, ibu bapa yang jadi polis nie ramai yang mengambil duit haram dan tak amanah dalam melakukan kerja. Dan aku rasa betul kata pensyarah aku tue.

Ok, berbalik kepada Bersih 2.0.Ramai yang berpuas hati dan ramai juga yang tak berpuas hati. Itu adalah hak masing-masing. Setiap rakyat Malaysia nie bebas untuk memilih untuk menyokong dan mempercayai apa jua.Itu sudah menjadi hak sebagai manusia dan seorang muslim.Sekarang nie sudah ada ura-ura akan mengadakan Bersih 3.0 pula sekiranya Malaysia tak bersih lagi.

Aku dengan ini ingin mengambil peluang untuk mengajak orang ramai menyertai Bersih 5.0.haha.Jauh lagi nie.Kenapa aku pilih nombor 5.0.Bukan sebab versi yang kelima tapi 5 tuntutan yang aku nak kerajaan buat. Jangan risau, perhimpunan nie bukan dibuat di jalanan.Venue aku adalah stadium bukit jalil, wisma FAM, kementerian belia dan sukan, stadium hoki dan stadium badminton negara.Hahah.Bersih 5.0 adalah untuk membersihkan sukan di malaysia daripada politik kotor dan korupsi.Bola Sepak kita memang maju sekarang ini berbanding sebelum nie. Liga semakin rancak tapi sebenarnya pengurusan bola sepak negara masih tak bersih. Sukan-sukan lain pun sama. Kita sendiri boleh tengok. Sepak takraw dah tak dapat pingat dah. Hoki asyik jadi mangsa belasahan je. Badminton harapkan Datuk Lee Chong Wei je selalu.Olahraga macam dah sunyi je.Sukan apa lagi?Apa punca nya? Bagi aku pengurusan. Pengurusan tertinggi yang tak tersusun, masing-masing gila kuasa, gila wang, gila publisiti maka yang jadi mangsa adalah warga sukan seterusnya rakyat Malaysia. Dulu aku ingat hoki negara setanding negara lain. Malah masa sukan komanwel hoki negara kita memang cukup mantap.Masa tue , ramai budak sekolah yang minat main hoki. Sekarang? Aku tengok turf kat KB nie selalu takde orang je guna. Sama jugak dengan sukan-sukan lain.
Sebagai kesimpulannya, sama-sama join aku untuk Bersih 5.0.Kali ini kita tak pakai baju kuning, merah atau biru atau hijau. Kita ramai-ramai pakai jersey negara.tak kisah lah badminton ke, skuasy ke.Asal dipanggil jersey.

Friday, July 15, 2011

Malaysia vs EPL

Satu dah redah tinggal lagi 2.Hasrat tinggi FAM (anak sultan Bola mengaku dia Die Hard Fan Arsenal) yang mahu menguji ketangkasan Harimau Malaya dengan mengatur siri persahabatan dengan 3 Kelab ternama EPL (Arsenal,Liverpool dan Chelsea) nampaknya berjalan lancar.FAM kata siri perlawanan ini adalah medan bagi skuad negara bersiap untuk bertemu Singapura nanti. Tapi yang tersirat sebenarnya siri perlawanan ini adalah untuk mengutip duit daripada penyokong EPL dan menunjukkan betapa ramai orang yang die hard kelab EPL daripada kelab atau pasukan negeri sendiri. Contohnya semalam. Liverpool buat training, bukan main ramai yang datang tengok.Tue baru training, kalau petang esok alamat penuh stadium bukit jalil. Tapi kalau Felda United buat training boleh kumpul tak 5 ribu? nak kumpul 5 orang pun mungkin seksa.Aku sebut Felda bukan apa, hari tue kan Najib bagi stadium baru untuk Felda United, jadi lepas nie boleh lah geng-geng peneroka turun stadium tengok team diorang main.Aku malas nak sebut Kelantan atau Terengganu atau Selangor.Team teratas Liga Super nie training ke lawan persahabatan pun penuh stadium.Tak caya? Contoh mudah Kelantan lawan Pelita Jaya, penuh stadium tau. Tak perlu la nak lawan geng-geng EPL, buat habis duit Kelantan je.Tapi FAM boleh pulak atur game dengan Geng EPL.Kalau tanya pak cik jual durian tepi jalan pun dia akan jawab yang bukan murah nak bawak diorang datang sini. Tapi nie 3 buah kelab tue. Nasib baik geng Setan Merah tak datang tahun nie.Tapi nak buat macam mana kan, FAM kena la buat jugak siri game tue.Airasia, Maxis dan Astro tue bawah siapa.Diorang kan taja EPL.Para Penaja yang nak. Tambah dengan Sultan Bola lagi nak. Ananda Krishnan dah bagi amaran, tak bawak geng tue nanti Astro lagi tambah bil.Lepas nie Cardiff City dan Aston Villa akan datang pula.Maklumlah dua-dua kelab ada pengaruh rakyat Malaysia.
Ok, berbalik kepada aspek bola sepak. Dengan Arsenal kita kalah 4-0. Memang nampak sangat banyak lagi yang kita kena perbaiki.Tapi okey lah, pemain Malaysia dapat lah jugak jersey Arshavin dan peluh-peluh Sagna dan Song.Berharga tue.Lepas nie dapat pula salam dengan Kuyt dan Drogba.Tapi kalau lepas lawan 3 kelab EPL nie, lawan Singapura tak dapat nak cari gol, boleh haramkan lah menyokong kelab EPL kat Malaysia nie. Tak membantu langsung. baik buat persahabatan dengan kelab-kelab asia je.kemana dah Dasar Pandang ke Timur? lawan Kashima Antlers ke, Al Ahli ke. Pak Arab kan ramai kat KL tue.Jepun pun penuh gak kat Kilang-Kilang di Shah Alam dan Bangi tue.

Sekian dulu.

p/s..dengar cerita Samy Vellu berangkat ke Bukit Jalil esok sokong Liverpool.

Sunday, July 10, 2011

Trafic Light

Trafic Light.

Satu alat yang dicipta untuk mengatasi kesesakan lalulintas.Tapi jika dilihat secara menyeluruh, di sesetengah tempat, trafic light ini sebenarnya lebih cenderung untuk membantu kesesakan lalu lintas.Semua sudah sedia maklum bahawa terdapat 3 lampu pada lampu isyarat lalu lintas iaitu merah, hijau dan kuning. Merah tanda supaya semua kenderaan berhenti. Kuning pula bersedia untuk berhenti, hijau pula adalah boleh bergerak.
Tapi, semua ini adalah 'perceptions' semata-mata. Ada orang cakap, trafic lights are meant to be followed.Ada jugak yang cakap trafic lights are meant to be broken.Ada kereta bila sampai di trafic light terus saja redah meskipun lampu sudah kuning.Ada yang tak hiraukan lampu merah.Ada jugak yang lebih teruk berhenti bila lampu hijau.Perceptions is very dangerous things. With perceptions, a whole damn country can be fooled.it would be not be too difficult to  insert perceptions inside someone minds, not to say the whole community.With the right tools, with the right time, perceptions can be a belief and thats' very dangerous.
So, to end this, i would agree that trafic light are meant to be broken.Why? because it's always there does not mean it always right to be followed. Isn't it?

Saturday, July 9, 2011

Hang Jebat lawan Hang Tuah

Kata sakti Hang Jebat --- Raja berdaulat raja disembah, raja zalim raja disanggah

Kata hikmah Hang Tuah -- Takkan Melayu hilang di dunia.

Semua yang mengaku dia adalah rakyat Malaysia pasti sudah tahu kisah epik tragedi dua pahlawan terbilang zaman kesultanan Melayu, Hang Tuah dan Hang Jebat.Hang Jebat mati mempertahankan ideologinya. Hang Tuah hidup bertongkatkan kesetiaan yang tak terbelah bagi kepada Sultan.

Semua ada pandangan masing-masing.Ada yang menyokong Tuah, ada yang menyokong Jebat.Terserah kepada pegangan individu masing-masing. Tuah dan Jebat memecah belahkan Melayu. Apa yang boleh kita buat? Balik kepada yang Satu. Rujuk Al Quran. Rujuk Hadis. Dua tinggalan Rasul kita. Apa yang betul, apa yang salah, sudah semuanya disampaikan. Allah Maha Mengetahui. Allah juga maha MEngHukum. Akhirat tempat seadil-adil hukuman.

p/s..Bersih berjaya juga menembusi KL.Malam ini ada satu lagi perhimpunan.Besar juga nie. Pihak Polis dan FRU tak nak kawal ke.Kat KB je.Semuanya pakai baju Merah..Datang lah kalau berani

Thursday, July 7, 2011

Sek Kito Juara Liga Super 2011

Alhamdullillah..Semalam Kelantan akhirnya ditabalkan sebagai juara baru liga super 2011.Dua jaringan Mat yo semalam mengalahkan Sabah membolehkan Kelantan menjulang Piala Liga Super.Dari Fan Page Annuar Musa, perarakan Piala akan berlangsung esok dari KL hingga ke KB.Malam besok pasti penuh stadium kerana pasukan Kelantan akan meraikan kemenangan liga dengan para peminat di stadium keramat , stadium KB.Tahniah kepada seluruh pemain Kelantan yang mampu menunjukkan konsistensi sepanjang perjalanan liga bagi tahun ini. Tahniah juga kepada para peminat dan penyokong Red Warrior yang sering datang dan memberi sokongan kepada pasukan Kelantan tak kira di mana jua Kelantan bermain.Kemenangan ini adalah manis kerana ini adalah pertama kali Kelantan menjulang Liga Super seterusnya mengukuhkan lagi status sebagai sebuah pasukan yang patut digeruni di Malaysia. Misi seterusnya bagi Kelantan adalah untuk mempertahan Piala Malaysia selepas raya nanti.Kelantan akan terus bergerak ke hadapan dan memenangi lebih banyak piala nanti. Tak lupa juga, sekalung tahniah perlu diucapkan kepada B Sathianathan yang sebenarnya memainkan peranan yang penting pada permulaan musim ini sebelum di gantung oleh FAM.
Gomo Kelate Gomo

p/s..Puas hati Kelantan menang semalam. Kemenangan ini mengubati luka kekalahan pada Piala FA tempoh hari. Hari ini mahu pergi frame jersey (bila dah frame kena beli jersey baru lah nie.)..kenangan seumur hidup nie.Dan tak lupa juga, kemenangan Kelantan semalam menjadi hadiah hari jadi aku yang cukup bermakna.Tahun lepas sudah banyak gembira dengan Inter juara Champions League dan Kelantan Piala Malaysia.Tahun ini dengan Kelantan Liga Super pulak.Terima Kasih Kelantan.Syukur kepada Allah kerana masih lagi memanjangkan umur untuk hidup di dunia nie.Terima kasih juga kepada semua yang mengingati hari kelahiran aku.

Hidup mati ku Kelate.

Friday, July 1, 2011

Masuk Julai

Hari nie dah genap setengah tahun bagi 2011.Lagi 6 bulan masuk tahun 2012. Kalau ikut kalendar kaum Mayan, 2012 adalah kiamat.tue pun mengikut filem 2012 la.tengok boleh tapi percaya jangan. Apa yang kita dah dapat sepanjang 6 bulan tahun ini?
Aku rasa semua orang pasti akan merasakan perubahan bagi 6 bulan nie, bukan satu tempoh yang sekejap kan.Sekarang baru masuk bulan 7, lagi sebulan dah nak puasa, lepas tue raya pulak. Memang sekarang nie sekejap je masa gerak kan. Bulan 7 nie ada  peristiwa-peristiwa yang ditunggu-tunggu orang ramai.
  1. 2 Julai Taiwan lawan Malaysia- perlawanan kedua pusingan kelayakan Piala Dunia 2014- yang nie semua peminat Harimau Malaya tunggu.
  2. 6 Julai - perlawanan terakhir Liga Super 2011.Perlawanan tumpuan Sabah vs Kelantan dan Perak vs Selangor.Kelantan perlu seri untuk mengesahkan juara liga.-perlawanan nie pasti ditunggu-tunggu oleh semua peminat Red Warrior.(Kelantan menang liga , aku akan 'framekan' kaca mana-mana baju red warrior.Buat kenangan abadi.hehe)
  3. 9 Julai - Himpunan Bersih di KL.Yang nie aku rasa tak perlu cakap lah kan. Semua orang dah tahu sebab media kuat hebohkan sekarang. Sesiapa yang tak tahu pasal benda nie, maknanya dia duduk dalam gua yang tak ada radio atau tv dan juga internet.Satu negara menantikan apa yang akan terjadi pada tarikh nie.
  4. 2-25 Julai - Copa Amerika di Argentina.Yang nie mungkin bagi peminat bola sepak saja kot.Pagi esok dah bermula perlawanan pertama. Selalunya Copa Amerika main waktu pagi jadi amat baiklah bagi peminat bola kerana tak perlu berjaga malam sebaliknya perlu bangun awal.Nak tengok skil-skil bola Amerika Selatan? Layan Copa Amerika. Brazil atau Argentina yang akan jadi juara?
  5. Perakhiran Telenovela Marimar.yang nie aku tak pasti tarikh tepat dia dan mungkin juga kisah nie diheret masuk bulan 8.Aku sendiri tak pasti.Aku baru tahu rupanya Marimar nie sudah disiarkan pada tahun 2008 lagi. Aku sendiri tak tahu kenapa aku boleh tengok cerita Marimar nieh.Kenapa ek?
  6. Pengakhiran Drama Anissa..sama macam yang diatas.Harapnya dapat habis la bulan nie kan, jangan pula diheret masuk bulan 8, bulan ramadhan tue sebelah malam orang nak terawih.Aku pun tak tahu kenapa aku boleh tengok drama nie.
  7. Keputusan Pilihanraya di Thailand - sekarang nie adik Thaksin yang masuk pula kat Bangkok jadi orang cakap mungkin pergolakan politik sekali lagi akan melanda Bangkok.Yang nie semua orang amek peduli sebabnya sebagai negara jiran, kita akan tetap terasa tempiasnya daripada ketidakstabilan politik di Thailand.Kalau duk gaduh kat sana, susah la nak makan beras siam dan nak cari jersey untuk musim baru bola sepak eropah nanti.
Aku rasa setakat itu dululah. Sekarang perlu bersiap-siap nak menjadi jaga di hotel pula malam nie.

Jom Share