Saturday, July 16, 2011

Bersih 5.0

Hari nie genap seminggu selepas kejadian bersih 2.0. Aku tak pasti adakah agenda-agenda yang dibawa oleh penganjur berjaya disampaikan kepada dunia ataupun rakyat Malaysia secara khususnya atau tidak. Tapi daripada apa yang aku dapat simpulkan, dua-dua pihak telah berjaya menjadikan Bersih 2.0 sebagai satu medan yang baru kepada perebutan politik dan halatuju negara. Sekarang ini zaman internet.Ya, memang ada ramai yang menonton tv lagi tapi semuanya bukan betul-betul telan apa yang disampaikan oleh media yang dikawal oleh kerajaan.Yang pasti, walaupun aku tak terkena tempias Bersih tempoh hari, satu benda yang aku rasa sakit hati sangat-sangat adalah kebencian kepada Polis Malaysia(sesetengah). Semua yang dah sedia maklum bagaimana dan apa yang telah dilakukan oleh polis. Sekarang aku berani katakan, aku tak percaya langsung kepada polis yang korup, makan gaji buta, tak amanah, buat tindakan membabi buta dan penipu.Banyak dah kes yang berlaku bukan saja semasa Bersih yang mencemar reputasi Polis.Semoga Allah membalas segala kejahatan Polis di dunia dan diakhirat. Aku ingat lagi seorang pensyarah aku kata dulu yang kenapa kita tengok anak-anak polis nie ramai yang tak pandai dalam pelajaran, tak dapat jawatan tinggi-tinggi? Sebabnya, ibu bapa yang jadi polis nie ramai yang mengambil duit haram dan tak amanah dalam melakukan kerja. Dan aku rasa betul kata pensyarah aku tue.

Ok, berbalik kepada Bersih 2.0.Ramai yang berpuas hati dan ramai juga yang tak berpuas hati. Itu adalah hak masing-masing. Setiap rakyat Malaysia nie bebas untuk memilih untuk menyokong dan mempercayai apa jua.Itu sudah menjadi hak sebagai manusia dan seorang muslim.Sekarang nie sudah ada ura-ura akan mengadakan Bersih 3.0 pula sekiranya Malaysia tak bersih lagi.

Aku dengan ini ingin mengambil peluang untuk mengajak orang ramai menyertai Bersih 5.0.haha.Jauh lagi nie.Kenapa aku pilih nombor 5.0.Bukan sebab versi yang kelima tapi 5 tuntutan yang aku nak kerajaan buat. Jangan risau, perhimpunan nie bukan dibuat di jalanan.Venue aku adalah stadium bukit jalil, wisma FAM, kementerian belia dan sukan, stadium hoki dan stadium badminton negara.Hahah.Bersih 5.0 adalah untuk membersihkan sukan di malaysia daripada politik kotor dan korupsi.Bola Sepak kita memang maju sekarang ini berbanding sebelum nie. Liga semakin rancak tapi sebenarnya pengurusan bola sepak negara masih tak bersih. Sukan-sukan lain pun sama. Kita sendiri boleh tengok. Sepak takraw dah tak dapat pingat dah. Hoki asyik jadi mangsa belasahan je. Badminton harapkan Datuk Lee Chong Wei je selalu.Olahraga macam dah sunyi je.Sukan apa lagi?Apa punca nya? Bagi aku pengurusan. Pengurusan tertinggi yang tak tersusun, masing-masing gila kuasa, gila wang, gila publisiti maka yang jadi mangsa adalah warga sukan seterusnya rakyat Malaysia. Dulu aku ingat hoki negara setanding negara lain. Malah masa sukan komanwel hoki negara kita memang cukup mantap.Masa tue , ramai budak sekolah yang minat main hoki. Sekarang? Aku tengok turf kat KB nie selalu takde orang je guna. Sama jugak dengan sukan-sukan lain.
Sebagai kesimpulannya, sama-sama join aku untuk Bersih 5.0.Kali ini kita tak pakai baju kuning, merah atau biru atau hijau. Kita ramai-ramai pakai jersey negara.tak kisah lah badminton ke, skuasy ke.Asal dipanggil jersey.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share