Saturday, July 23, 2011

Pemain Baru Red Warriors

Bulan ini peminat bola sepak tempatan bukan sahaja gembira dengan adanya perlawanan yang membabitkan Malaysia dengan kelab EPL, tetapi juga dengan berita-berita perpindahan pemain antarabangsa dan tempatan. Walaupun liga super baru berakhir dan bola sepak tempatan akan bersambung kembali selepas raya dengan Piala Malaysia tetapi sudah banyak khabar angin yang membabitkan perpindahan pemain dan jurulatih tempatan. Jika di luar negara peminat-peminat kelab eropah sedang menanti kemanakah Nasri, Sneider, Tevez ataupun fabregas akan bermain musim baru nanti, peminat tempatan pula sudah mula mencongak siapa yang akan bermain untuk pasukan kegemaran masing-masing pada tahun depan. Pada saingan Piala Malaysia juga sudah kedengaran beberapa pasukan ingin meminjam beberapa pemain dalam usaha merampas Piala Malaysia daripada Kelantan.
Kelantan, jika menurut kata Datuk M Karathu, tidak akan menggunakan pemain luar untuk Piala Malaysia nanti. Jika secara kasar, kesemua posisi dalam skuad Kelantan dilihat sudah seimbang, itupun jika tiada kecederaan yang serius dialami oleh pemain-pemain.Tetapi, bagi peminat dan penyokong Red Warrior, posisi penyerang dilihat antara yang perlu diperbaiki dan diperkuatkan. Mat Yo memang hebat. Tiada siapa yang pertikaikan tetapi seringkali dalam perlawanan dapat dilihat dia berkeseorangan dihadapan. Betul, kadangkala dapat dilihat Datuk Karathu menggunakan 4-5-1 tetapi Kelantan dilihat tidak mempunyai seorang Attacking atau Holding Midfielder yang dapat menjana serangan seterusnya menolong Mat Yo. Winger ( Nurul dan Chanturu) dilihat sudah kemas dengan peningkatan Izuan. Piya pula dilihat tidak konsisten. Daniel Fadly pula tidak diberi peluang pada saingan penghujung liga berbanding pada permulaan liga.Khairan Eroza lebih kepada anchor man yang membantu defender dan kurang kreatif untuk menghidupkan jentera serangan Kelantan.
Jadi apabila Kelantan menerap formasi 4-4-2, rakan serangan bagi Mat Yo dilihat tenggelam (Nizad dan Ramzul). Lihat saja persembahan Ramzul menentang Selangor di Kb dalam saingan separuh akhir kedua Piala FA.Ramzul ada ciri-ciri penyerang yang berbisa tetapi dia seringkali kurang cekap untuk mengambil peluang yang terhidang.Mat Yo pula lebih bersifat advance forward yang suka membawa bola dan mengucar kacir dalam kotak penalti lawan.Jadi berdasarkan ini, Kelantan memerlukan 2 orang tonggak di bahagian tengah dan penyerang.
Daripada khabar angin blogger-blogger, nama-nama seperti Safiq Rahim, Badrol Bakhtiar dan Amirul Hadi diuar-uarkan berminat untuk bermain untuk Kelantan musim depan.NorFarhan yang membantu Kelantan menang Piala Malaysia tahun lepas juga tidak terkecuali dikatakan berminat untuk menyarung kembali jersey Kelantan untuk tahun 2012. Tak lupa juga, dengan hadirnya kembali pemain import tahun depan, pasti nya Kafa sudah merencana pemain yang layak dan dapat membantu Kelantan mengecapi lebih banyak kejuaraan.
Jadi kita lihat dengan lebih dekat bagaimana nama-nama yang dikaitkan akan berpindah ke Kelantan tahun depan.

Safiq Rahim (Selangor, defensive midfielder, kapten skuad negara)
Safiq Rahim sekarang ini mendapat pujian ramai pihak setelah memperagakan aksi yang memberangsangkan semasa membantu Malaysia.Dengan jaringan cantik bertemu Taiwan dan juga menentang Liverpool, sudah pasti saham Safiq akan lebih meningkat nanti. Meskipun begitu, prestasi dia bersama Selangor dilihat tidak begitu cemerlang.
-kemungkinan untuk bermain dengan Kelantan - 40 %
Selangor pastinya tidak akan melepaskan dengan mudah kapten negara ini dan bintang muda tengah. Sekiranya Kelantan tetap mahu membawa Safiq ke KB, Kafa pasti perlu membayar dengan harga yang tinggi. Meskipun begitu diberitakan Safiq ingin keluar dari Selangor dan ingin mencuba cabaran di KB yang terkenal dengan peminat yang fanatik dan stadium yang selalu penuh

Apek
Daudsu  -  Subra  - Farisham  - Zairul Fitrie
   Shakir   -  Safiq
Chanturu   - Piya    -  Roya
  Mat Yo

Amirul Hadi (Selangor, Winger Kanan, penyerang )
Jika dilihat kepada persembahan Amirul Hadi dalam tahun ini, prestasi nya bersama Malaysia lebih menyerlah berbanding semasa bermain untuk Selangor. Sama seperti Safiq Rahim, terdapat ura-ura yang Amirul Hadi berminat untuk menimba cabaran baru di Kelantan atas kekaguman melihat sokongan padu penyokong Red Warrior.
kemungkinan untuk bermain dengan Kelantan - 50 %
posisi Amirul Hadi lebih kurang sama dengan Chanturu. Tapi berbanding dengan Chanturu, Amirul Hadi berupaya untuk membuat hantaran yang tepat dan lebih berbisa dalam kotak penalti.Sekiranya KAFA berjaya memujuk Amirul Hadi, mungkin terdapat perubahan dalam formasi pasukan

Apek
     Daudsu  -  Subra  - Farisham  - Zairul Fitrie
Shakir  - Piya
Amirul Hadi  - Chanturu    -  Roya
  Mat Yo



Badrol Bakhtiar (Kedah, attacking midfielder, penyerang )
Badrol pada awal musim ini telah dikhabarkan bersetuju untuk bermain dengan Kelantan tetapi disebabkan masih mempunyai kontrak dengan Kedah dan nilai yang diletakkan Kedah terlalu tinggi, KAFA kempunan untuk mengikat Badrol. Dikhabarkan musim ini adalam musim terakhir dia bersama Kedah dan tidak ingin menyambung kontrak. Persembahan Badrol dilihat menurun namun begitu dia masih lagi berbisa dalam perlawanan-perlawanan besar seperti menentang Terengganu dimana dia menjaringkan satu-satunya gol kemenangan. Seorang pemain yang versatile yang boleh bermain sebagai backup striker dan juga pemain tengah.Memiliki tendangan kuat dan mampu menjaringkan gol dalam set pieces.
kemungkinan untuk bermain dengan Kelantan - 70 %
Kafa perlu berunding dengan Kedah kerana Kedah juga tidak mahu kehilangan tonggak pasukan mereka ini. Sekiranya Badrol berjaya diikat Kelantan, ini dapat menyelesaikan masalah dibarisan hadapan Kelantan.

Apek
     Daudsu   - Subra  -  Farisham   - Roypy
 Chanturu   - Shakir   - Piya  - Roya 
Badrol
   Mat Yo

NorFarhan (TTeam, Winger, Penyerang)
NorFarhan adalah antara tonggak yang membantu Kelantan memenangi Piala Malaysia musim lepas dan setelah perpindahan kontroversi ke TTeam, NorFarhan dilihat semakin tenggelam. Dikhabarkan NorFarhan menyatakan keinginan untuk kembali ke Kelantan pada musim depan kerana rindukan sokongan peminat Red Warriors.
kemungkinan untuk bermain dengan Kelantan - 40 %
Tan Sri Annuar Musa ada menyatakan dalam Fan page FB beliau yang dia masih lagi kecewa dengan pemergian 3 tonggak pada awal tahun ini dan ini mungkin menjadi rintangan utama untuk NorFarhan kembali ke Kelantan.Meskipun begitu, ramai tidak menafikan NorFarhan masih lagi berbisa dan segalanya bergantung kepada Presiden KAFA untuk 'mengampunkan ' NorFarhan atau tidak.



Apek
     Daudsu   - Subra  -  Farisham   - Roypy
 Chanturu   - Shakir   - Piya  - Roya 
NorFarhan - Mat Yo

Pemain import?
Dengan kemasukan kembali pemain import pada tahun depan, pasti semua pasukan tidak mahu melepaskan peluang mencari 2 pemain import yang diharapkan mampu membawa pasukan masing-masing mengecapi kejayaan. KAFA juga tidak terkecuali. Dalam perlawanan persahabatan dengan Pelita Jaya baru-baru ini, KAFA telah menguji seorang pemain import daripada Croatia.Kelantan yang akan bermain dengan saingan AFC pada tahun depan pasti tidak mahu hadir dalam saingan tersebut sebagai pasukan belasahan. 

Jadi dalam usaha untuk mengukuhkan pasukan Tan Sri Annuar Musa sudah memberi gambaran beliau dan KAFA akan meneliti dengan serius mengenai pemain import yang ingin diserapkan dalam pasukan Kelantan.Dengan hadirnya pemain import yang berkualiti, aku cadangan 3 formasi yang dilihat dapat membantu pasukan Kelantan.

  • Menggunakan sepenuhnya Wing Back (Daudsu dan Roypy)dengan pemain import bertindak sebagai perancang utama 3-3-2-2. (Shakir akan bertindak holding midfielder, Daudsu dan Roypy akan jadi wing back. Peranan pemain import di bahagian tengah  amat penting untuk mengawal bahagian tengah seterusnya membuat hantaran-hantaran kepada penyerang. Pemain import yang berkualiti dibahagian pertahanan diharap dapat mengekang serangan pihak lawan)
Apek
Subra  - Farisham  - Import/Rizal Fahmi
Daudsu  - Shakir - Roypy
Piya - Import
Chanturu - Mat Yo
  • Menerapkan taktikal attacking dengan formasi 4-3-3( dengan formasi sebegini, aspek kepantasan dan kreativiti di bahagian tengah amat penting. Oleh itu seorang pemain import yang berkualiti perlu untuk menjadi perancang tengah.Seorang lagi pemain import beraksi sebagai penyerang yang versatile yang mampu bertukar peranan dengan Mat Yo sebagai target striker atau Deep Forward, Roya akan menjadi Advanced forward yang boleh juga berperanan menjadi winger
 Apek
Daudsu - Subra -  Farisham -  Roypy
Shakir - Piya - Import
Import - Mat Yo - Roya
  • Menguatkan barisan tengah dalam usaha mengawal rentak permainan dengan 2 jentera import, 4-3-2-1.(Seorang pemain import akan bertindak sebagai central midfielder yang dibantu oleh Shakir dan Piya, Mat Yo tidak lagi perlu berada dihadapan tetapi akan bergandingan dengan Roya di belakang seorang target striker import yang berkaliber.Dengan formasi ini, Mat Yo dan Roya akan menerima bola daripada kawasan tengah dan membawa ke dalam kotak penalti lawan. Piya dan Shakir akan melindungi central midfielder import yang akan lebih bertindak sebagai general dalam padang)
 Apek
Daudsu - Subra - Farisham - Roypy
Shakir - Piya - Import
Mat Yo - Roya
Import

Sekian dulu coretan waktu petang sekadar memberi idea daripada seorang peminat Red Warrior. Jangan lupa malam ini saksi kan Harimau lawan Singa pada jam 7 malam untuk perlawanan pertama kelayakan Piala Dunia 2014.

p/s..ramalan perlawanan malam ini? Bagi aku, seri sudah memadai bagi Malaysia dan lebih bagus jika dapat mencari satu atau dua gol di tempat lawan .Ramalan ? Singapura 1- Malaysia 1

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share