Friday, July 29, 2011

Tiada alasan Datuk K

Semalam pecah rekod stadium bukit jalil.dikatakan lebih 90000 penonton menyaksikan perlawanan antara Malaysia dan Singapura.Namun, apa yang pasti, semua kecewa.Bukan sahaja penonton di stadium malam jutaan lagi rakyat Malaysia.Ya, perlawanan semalam sekadar seri tapi sebenarnya kita dah kalah sejak dari perlawanan pertama lagi.Status negara kita selaku Juara Suzuki Cup pada tahun lepas sebenarnya tidak ada apa-apa kalau dibandingkan dengan aksi perlawanan semalam. Kalau kita belum mampu lagi menewaskan jiran tetangga dari Asean, manakan boleh melangkah lagi jauh di Asia.

Sebelum ini FAM kata perlawanan dengan kelab EPL adalah untuk melengkapkan persiapan negara.Tapi sekarang? Apa yang jadi dengan persiapan tersebut jika Singapura pun kita tidak mampu tewaskan. Sia-sia atur perlawanan dengan kelab EPL jika sekadar untuk memburukkan lagi kecederaan yang ada pada pemain negara.Jadi aku rasa FAM dan Rajagopal tak boleh lagi bagi alasan untuk kekalahan semalam. Perlu bertanggungjawab sepenuhnya.
Jika alasan peminat tidak beri sokongan, lihat saja liga bola sepak negara kita tahun ini, semua stadium boleh dikatakan penuh, malah semalam penuh stadium nasional walaupun ramai yang terpaksa keluar awal sebab kerja.Peminat dah banyak berhabis untuk pasukan negara.Ya, kami semua peminat setia negara, jangan pernah menafikan perkara tersebut.Peminat rela berhabis untuk negara.Sudah lah ekonomi sekarang yang banyak barang naik, tiket bola yang berharga RM30 pun peminat rela beli walaupun dengan RM30 tue sepatutnya isi minyak kereta ataupun beli gula atau sayur untuk dapur.
Ramai peminat dan blogger (Suara Sukan ) yang menyalahkan kekalahan kita kepada singapura adalah disebabkan percaturan taktikal Rajagopal yang dilihat terlalu bias.Lihat saja barisan utama semalam. Amar Rohidan masih jadi pemain utama walaupun di Singapura main tak bagus. Barisan pertahanan pun masih serupa walaupun di Singapura melepaskan 5 gol. Fakri Shaarani diberi tempat walaupun dalam musim 2011 nie dia sentiasa dibelenggu kecederaan semasa di Negeri Sembilan. Bukan aku nak mainkan sentimen kenegerian tetapi semua orang boleh tengok siapa yang menjadi anak emas Rajagopal.Jurulatih kita sekadar melihat prestasi lampau dan keserasian pemain yang dia bimbing sejak dulu tanpa menghiraukan prestasi semasa. Dibarisan tengah contohnya, pada tahun ini Ashaari, Shakir beraksi cukup cemerlang untuk negeri masing-masing. Ashaari membantu Terengganu juarai Piala FA dan Shakir Shaari pula adalah tonggak kepada Juara Liga Super, Kelantan tapi kedua-dua pemain sekadar di bangku simpanan. Ini ibarat Xavi dan Fabregas yang bermain cukup cemerlang dengan kelab tapi diletakkan dibangku simpanan semasa pasukan negara.Fakri Shaarani pun begitu. Kenapa perlu guna pemain yang sebelum ini cedera dan tidak bermain sepenuhnya dalam liga super? Ramai lagi penyerang yang boleh digandingkan dengan Safee Sali. Badrol Bakhtiar contohnya beraksi baik untuk Kedah.Abdul Manaf, S Chanturu, Josep Kalang Tie juga berhak. Ramai yang mempertikaikan prestasi Abdul Hadi semalam. Status dia selaku penjaring terbanyak liga super tidak kemana. Aku tak salahkan dia. Barisan tengah yang tidak kreatif dan tidak menghantar bola kepadanya menyebabkan dia kaku dan seolah-olah hilang di atas padang. Semasa di Terengganu, dia mendapat sokongan yang baik daripada barisan tengah, itulah yang menyebabkan dia sentiasa berjaya menjaringkan gol. Alasan ketiadaan mat yo pula tidak munasabah. Memang semua akui, kehilangan mat yo amat dirasai. namun, negara kita mempunyai ramai lagi pemain lain. Sama juga dengan Safiq Rahim. Ramai lagi pemain tengah yang dapat mengisi kekosongan tersebut. Barisan pertahanan pula yang paling mendapat kritikan. Rizal Fahmi contohnya, pada tahun ini lebih banyak menjadi pemain simpanan dengan Kelantan tapi masih lagi berjaya dipanggil menyarung jersi negara.Prestasi Asaruddin Putra dengan Selangor pula tidaklah begitu bagus tetapi tempatnya dalam pasukan negara tiada siapa yang boleh lawan. Di bahagian tengah pula, Fadhli Saas dan Muslim tetap menjadi anak emas Rajagopal walaupun barisan pertahanan Kelantan, Terengganu yang sentiasa bermain cemerlang setiap minggu dalam liga super tidak dipanggil langsung.Jadi , selagi Rajagopal mengharapkan pemain anak emas beliau, selagi itu lah pasukan negara kita akan berada di takuk lama. Takkan setiap perlawanan negara kita hanya mengharapkan Apek menyelamatkan setiap percubaan, Safee Salie menjaringkan semua gol, Mat Yo mengucar kacirkan pertahanan lawan? Bola sepak adalah permainan yang memerlukan 11 pemain. 11 pemain ini perlu konsisten dan perlu ada persaingan dalam perebutan tempat pertama. Kami peminat bola sepak boleh menerima kekalahan dengan hati yang terbuka jika kekalahan yang diterima tersebut benar-benar melawan pasukan yang jauh lagi handal daripada Malaysia tetapi kalau setakat Singapura yang mana liganya lagi kecil daripada kita, memang kami sebagai peminat bola sangat tidak berpuas hati dan kecewa.
Sebagai pengakhirannya, kekalahan semalam perlu dikaji dan perbaiki.Jangan lagi mengulangi kesilapan yang sama.Peminat sentiasa mengkritik kerana kami sayangkan bola sepak negara dan mahukan hanya yang terbaik daripada Malaysia.

p/s..Anak Sultan Bola je yang datang semalam, Sultan bola ke mana ye? Mungkin kekalahan semalam berpunca daripada ketidak hadiran Rosmah Mansor. Lupa kan bola seketika, Ramadhan lagi 2 hari akan menjelma.

2 comments:

  1. sgt2 frust tgk bola smlm ..

    selamat berpuasa :)

    ReplyDelete
  2. satu malaysia frust..

    selamat berpuasa jugak

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share