Thursday, August 25, 2011

Beraya dengan bola

Semalam Kelantan berjaya menewaskan T-Team dengan jaringan 3-1 dalam perlawanan persahabatan di KB.Jaringan Piya (2) dan Azamudin Akil sementara Mohd Fitri Omar untuk TTeam. Perlawanan semalam walaupun sekadar perlawanan persahabatan, tapi kehadiran penonton memang membanggakan.Boleh dikatakan hampir kesemua tempat duduk astaka penuh. Persembahan kedua-dua pasukan semalam sangat baik. Pada separuh masa pertama kedua-dua pasukan menyerang. Gandingan Azamuddin dan Matyo dibahagian serangan mendapat pujian daripada ramai peminat. Di bahagian pertahanan pula, meskipun kehilangan Apek, Mat Chah dilihat mampu mengalas tugas sebagai penjaga gawang Kelantan. Bahagian tengah pula dilihat kadang-kadang agak lemah dengan Shakir dan Piya kadang-kadang tenggelam. Tetapi Piya masih membuktikan ketajamannya dalam menghasilkan jaringan apabila mampu membawa bola dari tengah padang sehingga membolosi gawang T Team. Pada separuh masa kedua, T Team mula memasukkan pemain-pemain simpanan mereka. Pemain Kelantan juga telah mengendurkan serangan mereka. Secara keseluruhannya, perlawanan semalam menghiburkan kepada para peminat yang sanggup turun ke stadium meskipun mungkin sudah sibuk dengan persiapan untuk beraya. Malam esok Kelantan akan mengharungi satu lagi perlawanan persahabatan di Thailand.

p/s Raya tahun ini nampaknya memang beraya dengan bola. EPL sudah bermula. Lepas raya nanti Piala Malaysia pula akan bermula sabtu, 6 September.Sedikit kecewa apabila Liga Itali mungkin akan ditangguhkan dan Liga Sepanyol terpaksa ditangguhkan akibat mogok daripada persatuan pemain.

1 comment:

  1. pergh3..jadual raya penuh dgn jadual match bola lah gayanye.hu3

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share