Thursday, August 4, 2011

Dah nak mula balik

Bulan Ogos baru masuk..kembalinya bulan ogos sebenarnya memberikan berita gembira kepada para peminat bola sepak seluruh dunia. Sebabnya, akan bermula musim bola sepak eropah. Sebulan dua sebelum ini, para peminat bola berehat seketika dan sekarang pasti semua dah bersiap sedia untuk mengikuti kembali pasukan kegemaran masing-masing.
Perlawanan yang terawal yang pasti mendapat tumpuan sudah pasti Man Utd lawan Man City hari ahad ini dalam perebutan Community Shields. Perlawanan yang menemukan Juara Piala FA dan Juara Liga. Kemudian Debry Milan dimana Inter akan bertemu AC Milan. Kemudian pada minggu depan Real Madrid akan bertemu Barcelona. Semua perlawanan boleh dianggap sebagai derby yang sengit.Sudah pasti semua pasukan akan menunjukkan aksi yang terbaik kerana mereka tidak mahu reputasi mereka jatuh ke tangan musuh seteru mereka. Jadi perlawanan-perlawanan ini pasti akan memberikan hiburan yang akan memberi kepuasan kepada para peminat bola sepak.
Kepada peminat bola sepak tempatan pula, sekarang adalah waktu berehat sebulan sementara menunggu kehadiran saingan Piala Malaysia yang akan berlangsung selepas raya nanti. Meskipun begitu, banyak pasukan telah mengambil langkah persediaan yang rapi untuk menghadapi Piala Malaysia dengan beberapa pasukan tempatan telah mengambil dan meminjam pemain untuk digunakan dalam saingan Piala Malaysia nanti. Apa pun, semua mata akan bertumpu esok kerana esok akan dilangsung undian kumpulan Piala Malaysia. Pasti setiap pasukan mengharapkan laluan mereka mudah nanti. Sama-sama kita nantikan undian tersebut esok
Hari ini dah masuk hari ke empat umat islam di Malaysia mengikuti ibadah puasa.Lagi sehari aku akan berhenti kerja. Sebelum ini rasa macam dah bosan kerja tetapi bila dah nak dekat berhenti rasa macam sayang pula nak berhenti. Tapi aku kena berhenti jugak. Mahu enjoy saki baki cuti yang ada nie. Nasib baik sekarang bulan puasa, boleh jugak isi masa ronda-ronda bazaar ramadhan kalau tak lepas nie tak tau nak buat aktiviti apa. Satu benda yang aku nak habiskan jugak sementara cuti nie adalah menghabiskan novel The Lost Symbol by Dan Brown.Satu lagi sebelum masuk ke Serdang balik, perlu mengingati semula kertas-kertas kerja yang dah bersarang dalam laptop dan bawah katil tue. Kena ambil insiatif jugak kalau tidak mahu terkial-kial masuk bulan 9 nanti bila dah masuk kolej.

Selamat berbuka dan berterawih semua.

1 comment:

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share