Saturday, August 13, 2011

Dunia ayam golek

Ayam golek..Satu hidangan yang tersangat popular dalam bulan ramadhan. Aku rasakan di setiap negeri dimana ada bazaar ramadhan, pasti ada orang jual ayam golek.Kalau diikutkan, ayam golek nie macam silap mata.Sebabnya, ayam golek dapat hilangkan duit kita, dapat hilangkan rasa lapar dengan hanya melihatnya saja.Tak percaya? pergi bazaar ramadhan dan lihat orang duk bakar ayam golek lama-lama.Mesti rasa lapar kita akan berkurangan dan diganti dengan rasa nak makan ayam golek tersebut.

Tapi kenapa ayam golek nie sedap ? Kenapa di bulan bukan ramadhan, takde orang jual sangat ayam golek? Persoalan ini aku sendiri pun tak tahu jawapannya.Kalau bulan biasa, bukan katakan ayam golek, ayam percik pun kalau dapat makan sebulan sekali pun kira dah banyak la tue.Tapi masuk je bulan puasa, semua jenis ayam nak masuk dalam perut. Pelik jugak kan, tapi itulah keunikan bulan puasa. Bulan nie bukan sekadar bagi rahmat dan berkat tapi juga membawa sumber rezeki kepada yang rajin ambil peluang.

Berkaitan lagi dengan ayam golek, secara sinisnya, ayam golek boleh diibaratkan sebagai kita sebagai rakyat bawahan di negara nie.Tak percaya? orang yang duk pusing-pusing ayam tersebut adalah kerajaan dan orang yang hendak membeli ayam adalah pihak pembangkang. Tak perlu la aku sebutkan disini siapa dan apa yang aku sokong. Rasanya, orang yang dekat dan kenal dengan aku masing-masing sudah sedar dan tahu apa sokongan dan pegangan aku.Berbalik kepada ayam golek tadi.Kerajaan selaku penjual akan sentiasa memusingkan ayam supaya nampak cantik dan enak. Mereka akan sentiasa meletakkan minyak agar isi ayam tadi akan nampak masak sepenuhnya dan mengeluarkan haruman yang dapat memikat para pembeli.Macam sekarang. Kerajaan dah bagi bonus setengah gaji.Rakyat semua gembira.Aku juga berterima kasih tapi jangan lupa, macam hukum fizik,setiap benda yang ke hadapan akan ada tenaga yang sama yang akan ke belakang. Dengan pemberian bonus, lepas ini pasti harga barang-barang akan naik. Yang akan terkena adalah semua rakyat.Yang tak kerja kerajaan , yang tak dapat bonus pun akan rasa harga barang naik. Yang kerja swasta, yang dapat bonus lebih banyak daripada kerajaan pun akan rasa harga barang naik. Jadi, macam ayam golek tadi, walaupun ada ayam yang tak sama saiz, tapi kerajaan akan pusing agar semua ayam akan nampak dibakar sama saja.

Baiklah, bab pembeli pula, macam yang aku katakan tadi,aku ibaratkan pembeli nie macam pihak pembangkang. Tak kisahlah sama parti warna apa pun, itu bukan persoalannya disinikan. Dalam kes ayam golek tadi, pembeli akan cuba memikat dan meneliti setiap sudut dan segi ayam golek tadi sebelum dibeli. Betul langkah tersebut, sebabnya setiap orang hanya mahu yang terbaik bila membeli sesuatu, kan? Sama macam pembangkang, mereka akan meneliti setiap hal ehwal rakyat.mereka mahu menarik perhatian dan mahu menunjukkan yang mereka adalah lebih baik daripada kerajaan yang sedia ada.Tak ada yang salah dalam perkara ini, kan? pembeli pula dalam usaha mahu mendapatkan harga yang terbaik untuk ayam golek tadi, kadang-kadang akan cuba tawar menawar dengan penjual.Akan cuba memberitahu penjual, saiz ayam tak elok, mahu ayam sana, mahu sebelah saja, kepaknya dah tak elok dan macam-macam lagi.Macam pembeli, penjual mahu semuanya ayam goleknya habis dijual.Macam-macam cara dia buat tapi dia tak mampu buat semua ayam goleknya sempurna, betul tak? Macam pembeli jugak, dia mahu ayam golek yang dijual adalah sempurna.

Rasanya sekian dulu pasal ayam golek untuk petang ini. Dah kecur air liur. Nampak gaya petang esok kena pergi beli ayam golek. Untuk petang ini sudah agak lambat, ayam golek dah semua habis. Selamat berbuka semua.

1 comment:

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share