Thursday, August 18, 2011

Red Warrior dan Tiki Taka

Semalam Kelantan melakar satu lagi kemenangan dalam siri perlawanan persahabatan pra- Piala Malaysia.Sebelum ini Kelantan telah membelasah Kuala Lumpur dengan 5 jaringan di KL. Semalam Kelantan menewaskan Selangor dengan jaringan tipis 1-0. Ya, ini sekadar perlawanan persahabatan yang bertujuan untuk meningkatkan kembali kecergasan para pemain tapi apabila dua pasukan Kelantan dan Selangor bertarung diatas padang, semangat kemenangan mengatasi segala-galanya. Semalam pemain baru Kelantan Alex 'Azamuddin Akil dan R Surendran dikatakan sekali lagi mempamerkan persembahan yang terbaik. Dengan persiapan yang boleh dikatakan sangat membanggakan setakat ini, Kelantan dilihat berpeluang untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia. Semua pasukan dikhabarkan sudah melakukan persiapan yang rapi untuk menghadapi Piala Malaysia yang akan berlangsung selepas Hari Raya Nanti. Terengganu, antara pencabar yang boleh dikatakan paling kuat dalam saingan Piala Malaysia nanti, adalah antara pasukan yang perlu diambil perhatian oleh Kelantan disamping Selangor. Negeri Sembilan juga dikatakan sudah kembali kuat dengan hampir kesemua pemain utama mereka sudah sembuh dari kecederaan. Kedah juga tidak harus diambil mudah kerana kehadiran Wan Jamak Wan Hassan mampu membawa Kedah melangkah jauh dalam saingan Piala Malaysia. Walaubagaimanapun, sebelum melangkah ke saingan kalah mati, Kelantan harus mempamerkan persembahan yang mantap dalam peringkat kumpulan menentang Johor FC, Sarawak dan Felda United.

Dalam membicarakan lebih lanjut mengenai persiapan dan peluang Kelantan. Satu kecacatan yang mungkin dirasai adalah kemungkinan ketiadaaan Penjaga Gol nombor 1 Malaysia, Apek yang kini masih lagi bersama dengan skuad Ong Kim Swee.Namun, dalam beberapa perlawanan persahabatan ini, Datuk Karathu dilihat mencuba Shahrizan Ismail malah mengguna kembali lagenda penjaga gol Kelantan, Halim Napi. Barisan pertahanan Kelantan dilihat masih lagi kuat. Farisham, Rizal dan Subramaniam dibantu Daudsu, Roypy dan Aziz boleh lagi diharap untuk menahan asakan pihak lawan.Namun 2 aspek yang dilihat masih kurang pada Kelantan. Serangan dan cara permainan. Bahagian serangan dikatakan kembali mantap dengan kemasukan Azamudin dan Surendran yang memberi lebih pilihan kepada Datuk Karathu untuk mencari striker partner kepada Mat Yo. Cara permainan pula yang menjadi sedikit kegusaran kepada para peminat. Peminat Red Warrior boleh dikatakan antara penyokong yang paling demand. Kami tidak mahu sekadar menang, tapi kami mahu menang dengan baik. Dengan kemunculan Tiki Taka ala Barcelona, semua peminat mahu kelab sokongan masing-masing mengamalkan permainan seperti Barca tapi tidak semua boleh berjaya seperti Barcelona.

Walaupun peluang untuk diadaptasi tersangat nipis, tapi Datuk Karathu boleh menerapkan intipati Tiki Taka dalam Kelantan. Kenapa tidak? Jika diselidiki dalam permainan Tiki Taka, semua pemain perlu mempunyai kecergasan yang baik untuk sentiasa menekan pihak lawan. Dan dalam aspek serangan, semua pemain termasuk pemain full back boleh bertindak sebagai pemain sayap. Daudsu dan Roypy boleh dijelmakan sedemikian. Dalam Tiki Taka pula. 2 pemain tengah yang bertindak sebagai holding midfielder dan sole general midfield diperlukan untuk mengawal rentak dan barisan tengah. Syakir Shaari telah membuktikan dalam 2 musim ini, dia adalah antara seorang pemain holding midfield yang boleh juga bertindak sebagai deep play maker. Piya pula sepatutnya lebih cenderung bergerak dibahagian tengah. Seringkali apabila Piya terlalu naik ke bahagian serangan, Shakir dilihat keseorangan. Nurul Azwan Roya dan Chanturu sememangnya terbukti sentiasa bertindak cemerlang sebagai winger dan kadangkala menjadi inside forward. Satu posisi yang Kelantan kurang adalah true attacking midfielder ataupun trequesta. Mat Yo pada musim ini dilihat lebih cenderung menjadi out and out striker berbanding musim lepas dimana dia lebih gemar bertindak sebagai deep forward ataupun advanced forward. Dengan kemasukan Azamuddin, Mat Yo boleh kembali menjadi Trequesta bersama Azamuddin ataupun bergerak ke hadapan menjadi Advance Forward untuk merencana serangan. Dengan mengamalkan corak permainan hantaran pendek dan tepat, Kelantan seharusnya tidak membazirkan tenaga para pemain yang sebelum ini banyak membuat hantaran jauh kedalam kotak penalti. Pada musim ini Kelantan sebenarnya kehilangan 'aerial power' dengan ketiadaan NorFarhan , Indra dan Hairuddin. Jadi sepatutnya Kelantan lebih bermain di bawah dengan hantaran pendek yang lebih digemari Nurul dan Mat Yo.

Begitu lah serba sedikit pandangan daripada mata seorang peminat Bola Sepak Kelantan yang telah mengikuti perkembangan bola sepak Kelantan pada masa Datuk Wan Hashim lagi. Pada zaman Red Warrior belum terkenal dan gah seperti sekarang. Pada zaman Kelantan terpaksa menanggung malu bermain dalam Liga FAM, pada zaman lagenda import menghiasi Kota Bharu seperti Woorawut dan Mahmadou Mustapha. Sekian untuk nukilan kali ini.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share