Tuesday, September 20, 2011

Aku tak tengok pun Man Utd lawan Chelsea

Ya, Ahad baru nie aku tak tengok pun Man Utd lawan Chelsea. Sebabnya aku tengok game yang lebih penting dan dekat dengan aku, Kelantan lawan Sarawak. Syukur, Kelantan menang 4-0 dalam perlawanan tersebut. 4 gol dalam masa 10 minit terakhir. Mini Crisis? tanya penjaga gol sarawak, adakah Kelantan ada mini crisis. Kalau nak cakap pasal mini crisis, patut tanya K Devan takpun Safiq Rahim. Ya, Safiq Rahim yang sebelum nie dikatakan nak pergi trial dengan QPR. Aku cadangkan sebelum FAM hantar, baik kaji dalam-dalam. Bukan nak kata aku benci Safiq sebab dia main kat Selangor atau aku tak patriotik sebab tak sokong pemain negara tapi orang lain pun boleh baca dan lihat sendiri bagaimana persembahan Safiq Rahim untuk Selangor sepanjang saingan Piala Malaysia nie. Lagi mahu hantar trial di QPR? QPR yang ada Joey Barton, Wright Phillip? Aku tak nak nanti orang gelakkan kat negara kita je.
Okey, berkaitan dengan match EPL, yang orang kata clash of the titan.Man Utd lawan Chelsea. Liverpool awal musim macam dah bagi harapan palsu, macam biasa. Man City awal-awal nampak garang tapi kemudian kendur sikit walaupun penuh pemain kat bangku simpanan. Arsenal pulak masih berkabung 2 pemain utama keluar dan masih mencari kemenangan moral. Jadi orang duk cakap-cakap tinggal Chelsea je yang layak nak cabar Man Utd. Tapi sebaliknya yang berlaku pada perlawanan lepas. Sebagai peminat neutral sebab aku tak sokong mana-mana pasukan EPL, Chelsea ada ramuan nak cabar Man Utd, dengan AVB, Mata dan harapan agar Torres boleh sumbat gol dengan baik

tapi setakat ini, Ferguson masih terlalu kuat kat EPL.Diorang tak beli pemain bintang. Scholes dah takde tapi pemain muda diorang dapat cope dengan mudah dalam first team.Lepas-lepas nie tak tahu lah kan macam mana keadaan mereka kalau ada kecederaan teruk ke kat sapa.So, untuk ramalan awal musim sampai bulan 12, Man Utd mungkin akan pimpin takhta liga melainkan Man City dan Liverpool dapat beri kekalahan kat Ferguson tapi aku rasa-rasa amat susah untuk itu terjadi.
Beralih kepada liga itali pula. Orang duk kutuk Inter, kalah dengan kelab Itali, geng tua, eto'o blah. Aku rilek. Aku tahu Inter tetap teguh. Seri dengan Roma boleh dianggap sebagai langkah baru.Sebabnya selepas Mou pergi 3 jurulatih untuk masa setahun ambik alih Inter. benitez, leonardo dan sekarang Gasperinni. So memang banyak perubahan kat Inter. AC sebelum ini duk canang pasukan terbaik, tapi tengok kena hatrik kat Cavani. baru la senyap geng Merah dari Milan tue. Inter dah susun balik langkah. Lepas nie bila Milito dan Sneider temui rentak balik, siap sedia la Serie A

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share