Wednesday, September 21, 2011

Ganti lagi


Inter dah pecat gasperini..Tapi kalau diikutkan rekod Gasperini kat Inter lagi teruk daripada Benitez.Aku rasa ini semua gara-gara penangan Mourinho..The Curse of the Special One..Kenapa tidaknya. Sejak Mourinho pergi Real, dah 3 jurulatih ambik alih Inter tapi semua tak bertahan lama.Semua tak dapat bawak kejayaan seperti Mourinho. Sama seperti yang terjadi kat Porto dan Chelsea. Tengok Chelsea. Paling lama Ancelloti tapi still kena pecat juga dalam era selepas Mourinho. Selepas nie ura-ura kedengaran Ranieri akan ambil alih Inter sampai hujung musim. Untuk memulihkan dan menjaga Inter dalam masa Moratti mencari siapa yang betul-betul mampu bawa Inter ke medan kejayaan. Tapi dalam keadaan sekarang, aku rasa kurang jurulatih yang betul-betul berkaliber. Ancelloti memang susah nak masuk Inter sebab dia ada history yang lama dengan AC Milan. Aku paling suka kalau Hiddink dipikat oleh Inter tapi sebab Hiddink ada kontrak lagi dengan pasukan Turki.Van Gaal antara nama yang tersohor tapi aku tak rasa dia nak ke Itali. entah laa, pening juga pikir siapa yang akan ambil alih Inter. Inter tak menang lagi musim nie. Tapi nasib baik masih diawal musim. Diharapkan jurulatih baru lepas dapat mengembalikan keyakinan kepada semua Interisti.Ada jurulatih ke takde jurulatih ke, Inter tetap Inter. Aku dah biasa. Inter memang dah kerap kali bertukar jurulatih nie sejak dari dulu lagi. Forza Inter!

p/s.. Selangor pun dah pecak Devan. Agaknya musim depan (2012), siapa yang akan ambil alih Merah Kuning. dengar kata Irfan Bakti dan Sathia antara nama yang dicalonkan. Tapi tak mungkin Terengganu akan lepas dengan mudah Irfan selepas kejayaan yang dia bawa untuk skuad penyu.Kelantan pula aku rasa pasti akan bertukar jurulatih jugak tahun depan. Sebabnya Karathu dah tua dan kontraknya hanya setahun kalau diikut yang sebelum nie lah. K Devan untuk Kelantan? hmmm tak mustahil. Resume dia pun memang hebat jugak. Takpe Tan Sri Annuar Musa pasti akan memilih jurulatih yang terbaik untuk TRW. Untuk masa ini, TRW akan fokuskan kepada Piala Malaysia dahulu. Owwhh..selingan. Jepun menang dengan Malaysia tadi. Kalau takde Apek mungkin dah banyak bolos tapi overall Malaysia dah bertahan dengan baik. What's more to expect kan? ini skuad Ong Kim Swee..Bukan King Rajagopal. Kalau skuad harimau tua yang main tadi, pasti lebih banyak gol.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share