Sunday, September 18, 2011

Mahu yang bertaraf dunia?

Legasi tinggalan Dr M untuk negara kita adalah wawasan 2020. Dengan wawasan 2020, Dr M harapkan negara kita mampu menjadi negara maju. Dan untuk mencapai tahap sebegitu, perlu dibina kemudahan-kemudahan yang bertaraf dunia.Satu aspek penting negara yang sangat dititikberatkan sudah pasti universiti negara dalam usaha negara menempatkan diri dalam kelompok negara-negara maju. Tapi, kita ambik tengok universiti negara kita, adakah layak untuk bersaing dengan universiti yang bertaraf dunia yang lain?
Saban tahun, pihak kementerian pengajian tinggi selalu uar-uarkan mahu menarik lebih ramai pelajar asing untuk menuntut di universiti dalam negara kita. Satu aspek yang mungkin menarik minat pelajar asing adalah matawang kita. Jika dibandingkan dengan matawang negara lain, matawang kita boleh dianggap masih lagi rendah. Tapi ada satu perkara yang selalu menjadi batu penghalang kepada kemajuan universiti negara kita.Kemudahan infrastruktur. Aku ambil secara keseluruhannya, universiti dalam negara kita jauh tertinggal belakang daripada universiti-universiti yang ada di rantau asean. Kita ambil 5 universiti yang tertua dan tersohor di negara kita, UPM, USM, UM, UKM dan UIA. Adakah kita rasa kemudahan dalam universiti-universiti ini sudah layak bergelar taraf dunia?

Tak perlu pergi jauh la kan. Aku ambik contoh UPM. Untuk 2 hari ini bekalan air dikhabarkan akan terputus. Bekalan air boleh terputus, bukankah satu benda yang sangat bodoh. Aku tak pasti lah samada masalah air nie datang dari UPM, atau kerajaan Selangor . Tapi walau daripada siapa pun punca masalah ini, sepatutnya masalah ini tak patut muncul.Kemudahan air adalah kemudahan asas bagi manusia. Kalau tiada air, macam mana manusia nak hidup dengan normal. Kalau dekat UPM nie ada air terjun atau sungai-sungai yang air jernih tak mengapa boleh aku pergi terjun mandi tapi masalahnya, UPM nie bukit je banyak tapi air terjun takde jugak.
Orang akan kata aku nie takde semangat sayang kat universiti langsung sebab pergi kutuk dan kritik universiti sendiri. Biar lah orang nak kata apa tapi yang menanggung seksa nya aku sendiri. Orang lain boleh kata macam-macam tapi tak merasa apa yang pelajar rasa. Pihak pengurusan boleh kata pelajar harus bersabar tapi mereka tak merasa susah mencari air untuk mandi dan sembahyang. Mereka semua duk kat rumah masing-masing yang besar, dan selalu ada air.Orang akan cakap juga, kalau dah tak suka, keluar saja dari UPM. Aku tunggu masa je nak keluar dari UPM nie. Nasib je nie dapat UPM.
Ok, aku pun dah malas nak bebel banyak-banyak lagi. Itu baru bab kemudahan air. Tak masuk lagi kemudahan lain.Jangan nak harapkan pelajar jadi bertaraf dunia kalau kemudahan bertaraf macam tempat orang asli di pedalaman Papua New Guinea

2 comments:

  1. UPM xda air? nasib baik xda kt situ buat masa ni heheheh

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share