Thursday, September 8, 2011

Malaysia akan jadi ini macam juga nanti

Utk sumber lebih lanjut klik sini
Kenapa aku kata nanti Malaysia kita akan terjadi situasi macam artikel kat atas nie seperti di China? Sebabnya keadaaan negara kita pun tambah tolak lebih kurang sama dengan yang ada kat sana.Tak percaya? Cuba kita lihat ye, dalam artikel nie, kerajaan Komunis China memang telah diakui ramai sangat mengongkong setiap apa yang ditulis atau yang dibaca oleh rakyatnya.Walaupun kau kaya ke, tak kaya ke, kalau kau bukan dari kerajaan komunis, setiap apa yang kau nak sebut, kena tapis banyak kali. Sekarang tak sama ke dengan yang ada kat Malaysia? Memang betul, negara kita amalkan demokrasi dan jauh sekali daripada komunis kat China tapi cara perintah sama je.Sekarang nie, kat negara kita, tengok dalam media, semua yang ditulis mesti pasal kerajaan baik, kerajaan elok.Kalau bab nak kutuk atau nak 'improve' cara kerajaan perintah mesti kena tapis. Dalam filem pun sama, mana ada filem yang dikeluarkan kat negara kita nie yang tunjukkan realiti kehidupan kat negara kita. Bagitau aku kalau ada dan aku nak tengok.Contoh terbaik pasal polis lah. Semua orang tahu la kan, polis kat negara kita nie memang dah tenat. Parah dah keadaan dia. Banyak dah kes-kes yang libatkan ketidaktelusan polis dan salah laku polis.Tak perlu la aku nak sebut kes-kes contoh kat sini, kalau sesiapa yang peka, baca, dan dengar mesti akan tau juga.Tapi dalam filem, polis Malaysia paling hebat. Come on lah, nak tipu siapa kan. Tengok India, Indonesia ke, Amerika Syarikat sekalipun, banyak filem siarkan pasal salah laku dan realiti polis mereka. Mereka tak malu malah itu merupakan satu langkah sebenarnya untuk memperbaiki imej polis negara mereka. Filem sebenarnya adalah satu alat media dan ia jika digunakan dengan baik dapat membantu masyarakat, membantu komunikasi antara kerajaan dan masyarakat umum. Tapi ini tidak, dalam, si Hero mesti polis, pastu boleh pulak polis pangkat Inspektor ada rumah besar dan kereta besar, pakai pulak pakaian macam model. Time meeting hero yang muda nie bagi arahan kat koperal atau yang bawah-bawah yang tua-tua. Hei, tengok kat balai-balai la, berapa kerat yang muda dapat jadi Inspektor? aku tak suka kalau yang muda jadi pangkat besar dah dalam polis sebab kurang pengalaman. nanti ada kes-kes besar mula gelabah tak tahu nak buat apa.Contoh terbaik polis luar negara telus, Ketua Polis di UK letak jawatan baru-baru ini ekoran insiden rusuhan kat London. Yang kes tue memang salah (ataupun tidak) kelakuan polis sebab tertembak seorang remaja tetapi Ketua Polis diorang sanggup letak jawatan atas alasan tidak menjalankan tanggungjawab beliau dengan baik. Ketua Polis kita? berlumba nak kumpul harta dan bodek raja-raja dan pak-pak menteri.

Eh..dah jauh aku melalut, siap masuk polis dan filem lagi. Berbalik kepada topik asal tadi.Sekarang pun dah ramai rakyat negara kita yang berhijrah ke luar. Contoh terbaik kekurangan pakar-pakar doktor kat sini. Puncanya, ramai pelajar kita dah habis belajar kat luar negara terus sambung dan berkerja dan menetap kat sana. Kenapa? Gaji murah? Kurang benefit? Aku rasa itu bukan alasan kuat.  Cuba tanya orang cina pulak, Robert Kwok, jutawan Genting, dan macam-macam lagi tauke besar, ada diorang duk kat KL? Takdenya, semua menetap kat luar. Masa mula-mula nak bukak perniagaan je duk Malaysia nie. Ananda Krishnan? Duduk Malaysia? Cehh..Sebab utama adalah politik negara kita. Aku tak nak kata yang biru atau yang hijau atau warna atau bentuk apa sekali pun la kan.Kita kaji contoh tauke kedai la kan. Mula-mula nak bukak kedai bukan main susah lagi. Kena apply sana sini. Tapi yang tue takpe la kan sebab prosedur tapi karenah birokrasi tue yang pening. Nak gi jabatan tanah, kalau letak borang tue sendiri alamat bertahun la baru bleh diorang tengok.Tapi kalau kenal orang dalam, silap-silap hari ini anta, lusa siap semuanya, tapi kena berserta wang sogok la kan.Pastu nak ambik lesen lagi. Dalam Jakim sendiri pun corrupt jabatan mana lagi yang bersih aku sendiri tak tahu. Tue yang kecik-kecik, lagi besar projek, lagi besar kena suap lagi besar tangan yang nak ambik bahagian. Boleh dikatakan setiap hari, setiap hal, setiap orang kalau nak buat kerja dengan aman dan cepat, kena bagi rasuah. Hei, kat KB nie, nak jadi tukang sapu jalan pun kena kenal orang dalam tau.bukan lagi nak mintak jawatan besar-besar.Lu Fikirlah sendiri.

Okey, kita sentuh pulak bab pelajaran. Aku rasa (walaupun aku sendiri tak berapa arif) sistem belajar kita dan negara china lebih kurang sama.Berorientasikan ujian semata-mata. Orang sekeliling kita gilakan kat A's bukan minat atau skil seseorang budak itu ada. Kalau dia dapat 7'A memang akan dicop power walaupun dia tue kalau suruh cakap kat depan 10 orang gagap-gagap.Sistem kita memang dah tunggang langgang, dari sekolah rendah sampai peringkat u. Sebab tue universiti-universiti negara kita mana masuk ranking tinggi-tinggi dalam dunia. UM pun dapat 100 lebih. Tue universiti terkenal dan tertua kat negara kita. Universiti lain aku tak tau la kan. Pastu pulak kerajaan duk salahkan pelajar. Pelajar tak tau nak salahkan siapa. Universiti pun salahkan pelajar. Mak bapak salahkan institusi pembelajaran.Sekolah disalahkan masyarakat. Pendek kata semua salah. Dah tak tau siapa punca. Sekejap kena belajar dalam Eng, pastu tukar ke BM pastu ada pula ura-ura Eng kena kaji balik. Tak ke gila pelajar2. Guru-guru lagi la pening. Bagi aku, satu je salah kat sini, politik. Politik main peranan dalam semua hal.Sebab tue kalau kita tengok orang -orang cina semua hantar anak diorang belajar kat luar negara. Satu sebab diorang susah nak dapat biasiswa atau kurang dapat tempat dalam ipta, keduanya sebab diorang tahu u kat luar jauh lagi hebat dan berbaloi untuk anak-anak mereka. U kat singapore pun masuk antara u tertinggi kat asia. U kat negara kita nie dah terjerat dengan politik. Mana taknya, nak buat kolej baru kena tunggu parti mana perintah. Nak sambung lab-lab pun kena bagi kat kroni. Duit untuk geran-geran disekat. Malah, kertas-kertas untuk pelajar dan pensyarah pun dah kena potong atas alasan membazir, Alasan tak munasabah padahal kerajaan dan potong belanjawan kementerian sebab bukak kementerian yang takda hasil langsung (Permata).Yang susahnya, rakyat.Walhal duit cukai rakyat juga yang jadi belanjawan untuk pendidikan tapi cukai dibayar hasil tidak setimpal dengan apa yang sepatutnya boleh. Cuba tengok u luar-luar.Tak payah tengok bab akademik la, tengok yang fizikal sudah. Bukan main besar, cantik. orang kata kondusif la. U kat Malaysia nie. Setiap negeri ada u, siap ada universiti banyak nama lagi.Tapi hasilnya? tarak..nak tukar katil baru pun kena tunggu dua tiga minggu.Tue pun belum tentu boleh tukar, silap-silap diorang gi baiki je katil yang kalau seorang perserta Biggest Loser letak paha dah runtuh.Tue belum lagi pasal akademik kan.

Okey, dah panjang gila aku membebel nie.Kesimpulannya, bukan takde rase cinta atau semangat patriotik kat negara tapi untuk hidup tak mustahil ramai rakyat kita akan berhijrah keluar lepas nie.Selagi politik negara kita berada ditakuk yang sama,selagi pemikiran masyarakat dan kerajaan kita tak berubah, selagi itulah negara kita akan kekal berada dilandasan yang sama.Aku nyatakan ini bukan semata-mata sebab agama atau bangsa tetapi sebagai seorang manusia. Orang selalu kata jangan kita tengok apa sumbangan negara kepada kita tetapi apa sumbangan kita kepada negara. Aku jawab , kita perlu tengok apa sumbangan negara sebab kita dah banyak sumbang kepada negara tapi hasilnya banyak perkara sumbang yang kita dapat.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share