Monday, September 5, 2011

Otak dah berkarat

Dah hari isnin. lagi seminggu maka tamatlah cuti semester yang panjang nie.Isnin depan baru kaki aku akan menapak di Selangor balik.Bila difikirkan balik, macam kejap je cuti 3 bulan lebih. Teringat lagi aku mula-mula cuti, aku balik awal sebab ada member kawin kat KB nie.Lepas tue mula bosan sebab tak tahu nak buat apa. Sempat jugak lah aku tidur makan, kumpul lemak selama 2 minggu. Padahal sebelum cuti dah canang gila-gila nak kerja situ la, sini lah.Last-last kerja dengan bantal je.Bila dah tak tahan dengan katil, aku pun redah jugak lah cari kerja area KB. Nak pergi KL macam malas pulak, yalah, baru je balik ada hati lagi nak gi KL, lagipun aku pk malas nak cari umah sewa lagi , hal-hal lain kat KL yang serba mahal tue.Mujur ada rezeki aku, jumpa la kerja kat Dynasty Inn KB.Masa interview tue memang aku goreng sampai hangus, kalau lama lagi duk interview dengan tokey cina tue memang terkantoi la. Maklumlah, hotel tak suka ambik orang part time, lebih-lebih lagi untuk receptionist. Betul jugak kan, cuba fikir, sebulan tue baru proses nak belajar selok belok system dan tempat kerja tue, pastu sebulan kedua tue nak memahirkan diri dan mengenal regular customer serba macam, takkan selepas 2 bulan dah berenti, buat penat orang lame je nak mengajar.
Aku diterima kerja tengah bulan 5.Bab gaji aku tak kira sangat sebenarnya sebab duk pun kat KB, asal lepas duit minyak, ada duit lebih-lebih buat makan time kerja sudah. Rumah tak kena bayar dah pun. Lagipun takat gaji kat KB nie memang sedih sket lah berbanding kat KL kan. Aku sendiri terkejut mula-mula tau dulu tapi kerja pun stakat part time je buat ape nak demand-demand kan. Cuti nie memang niat aku nak habiskan masa dan cari pengalaman baru.
Aku nak citer panjang pasal kat tempat kerja pun bukannya best sangat pun kan. Lagipun setakat kerja receptionist nie apa la sangat kan. Orang lain kerja kat bangunan bertingkat-tingkat,gaji riban-riban tue lagi best.Aku nie time sampai waktu kerja memang duk hadap kaunter hotel, bila orang datang sapa pastu blah. Tapi sempat jugak la aku kumpul siri Friends sepanjang aku duk kat hotel tue.haha.Satu je yang aku suka bab kerja kat hotel nie sebab tiap hari dapat jumpa orang baru.Sebelum nie aku ingat sebab cuti lama mesti berkarat otak nanti tapi kerja kat hotel nie at least dapat jugak guna sepatah dua English, takde lah karat tue tebal dua inci sebelum masuk sem balik.
Nie dah nak masuk balik, otak memang berkarat sangat. Dah la sem baru nie dah kena start buat tesis final year.Memang kena start from zero balik la nie.Kena cari inisiatif nie.

p/s tiap-tiap tahun korban jalan raya masa ops sikap tak pernah nak turun banyak. Memang kena berhati-hati memandu di jalan raya.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share