Tuesday, September 6, 2011

Saingan Piala Malaysia 2011 bermula malam ini


Malam ini akan bermula lah saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia 2011. Juara bertahan Kelantan akan berkunjung ke Sarawak untuk perlawanan pertama.Skuad Kelantan dilihat antara skuad pilihan untuk menjulang Piala Malaysia pada tahun ini setelah menjadi juara liga super dan naib juara Piala FA. Meskipun ketiadaan Apek yang kini dalam skuad olimpik bersama Izuan, Kelantan dilihat masih lagi kuat. Ini berikutan kemasukan Azamuddin dan R Surendran. Malam ini penjaga gol berpengalaman Mat Chah akan menjaga gawang Kelantan mengantikan Apek. Satu aspek yang sedikit mencacatkan persiapan Kelantan adalah ketiadaan backup penjaga gol dengan Halim Napi dan Norhadi masing-masing dikatakan cedera panjang. Kelantan dikatakan terpaksa mengambil penjaga gol skuad Piala Presiden.
Sebagai peminat dan penyokong Red Warrior, aku berharap dalam saingan peringkat kumpulan ini Kelantan akan mempamerkan prestasi yang konsisten lebih daripada yang ditunjukkan semasa dalam saingan liga super.Kesemua pasukan dalam kumpulan C sebenarnya berpeluang untuk mencari tempat ke saingan seterusnya dengan Felda United dan Johor FC memang tidak boleh dipandang rendah meskipun mereka telah dibelasah oleh Kelantan dalam tahun ini. Cuma Sarawak yang bermain dalam liga perdana tidak diketahui kemampuan mereka. Namun begitu,jurulatih berpengalaman Sarawak, Robert Albert bukanlah seorang yang boleh dipandang rendah oleh mana-mana pasukan. Perlawanan pertama malam ini akan menentukan samada persiapan skuad masing-masing berjaya atau tidak. Cuma sedikit terkilan adalah ketiadaan Presiden Kelantan iaitu Tan Sri Annuar Musa yang masih lagi berada di USA.Diharapkan TSAM dapat berada di Kelantan pada sabtu ini untuk perlawanan kedua.
Malam ini tiada siaran langsung untuk Kelantan sebaliknya untuk pasukan lain. Para peminat tempatan sudah pasti tidak sabar menanti saingan Piala Malaysia bermula pada malam ini.Sama-sama kita semua memeriahkan saingan piala malaysia dengan pergi dan memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing di stadium.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share