Saturday, September 3, 2011

Tradisi Raya


Mercun.Yang nie memang tak yah cakap, tau je nak raya memang riuh la duk main mercun..aku tukang tengok je.
Beli jersey..baju raya tak excited mana nak beli tapi lagi excited nak beli jersey(walaupun sekadar yang siam je) sebab musim bola baru bermula

Lepak dengan kawan-kawan..Setahun 2 kali pun dapat jumpa kawan-kawan lama

Minum teh o ais sampai kembung.Sebab lepak dengan member sampai dinihari sampai tak ingat nak balik umah.

Main futsal..Tiap-tiap tahun akan main tapi tiap-tiap tahun geng main futsal semakin pupus dan semakin lambat.

Jem..Kat Kelantan nie kalau time raya tak merasa jem memang tak sah. Memang tipu la kalau dapat cari jalan yang tak jem.Setakat sejam dua tue memang biasa la.Dan tiap-tiap tahun tempat yang sama juga akan jem.

Kenduri..yang nak dirikan masjid mesti ambik kesempatan time-time cuti dan raya macam nie ajak orang kenduri kendara.kadang-kadang dalam satu hari tue 3,4 tempat orang ajak p makan kenduri


Itu saja tradisi raya.Raya sebulan kan tapi hari nie dan esok orang mula balik untuk kerja.

2 comments:

  1. KB mmg selalu jem.... da mcm KL hehehe

    ReplyDelete
  2. bunyi mercun memang meriah time2 raya ni . hehe

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share